Thursday, June 2, 2022

Review Novel : Cempaka Melati

Novel ke 15 yang saya baca di tahun 2022. Novel ini dibeli pukal di shopee Prolog Media kerana saya percayakan hasil keluaran PM. 


Blurb/Sinopsis

"Benarkah demi cinta, manusia sanggup berkorban apa sahaja?"

Kerana sebuah kisah yang melukakan, Cempaka cipta ‘syurga’ baru di Pulau Pangkor. Tetapi kemunculan dua orang lelaki telah merosakkan kedamaiannya.

Addin, cinta pertamanya datang bersama kisah lama.
Zhariff, lelaki yang penuh misteri muncul membawa harapan baru.

Sejarah hidupnya turut menjadi perhatian hingga membuatkan Cempaka terpaksa menjejaki rahsia keluarga yang selama ini disimpan rapi oleh arwah opahnya.
Cempaka berharap akan menemui jawapan namun sebaliknya makin banyak persoalan yang muncul hingga buat dia hampir berputus asa. Zhariff datang menghulur bantuan namun kemelut yang melanda makin membingungkan.

Mampukah Cempaka menerima segala kebenaran yang terbongkar?

Kisah novel ni berkisarkan dunia realiti dan dunia lain. Saya anggap dunia bunian la sebab itu je yang tahu kewujudannya. Boleh la untuk bacaan ringan santai-santai. 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...