Thursday, February 2, 2023

Staycation 8/2022 : Tamu Hotel & Suites

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..


Masa pergi Matta Fair bulan Ogos yang lepas saya ada beli baucar Tamu Hotel & Suites. Masa beli tak de plan pun nak guna bila. Tapi tahu yang hotel ni ada view yang cantik. Hotel lak sah laku 6 bulan. Boleh guna masa weekend. Lepas discuss dengan husband, kami decide nak guna masa birthday husband Disember. Tapi masa tu cuti sekolah. Saya ada email tanya berkenaan surcaj. Balasan email kata ada surcaj RM50 on school holiday dan public holiday. Tapi dari coversation by phone cakap no surcaj on that date.


PERBELANJAAN

Bilik : RM190 x 2

Upgrade bilik : RM 120 x 2

Minyak : RM82

Tol : RM37.01

Sebabkan balasan email lambat, saya call dan booking by phone untuk date 17 - 19/12/2022. Siap dapat booking number. Saya upgrade ke Junior Suite dan request bilik nombor 11. Untuk upgrade bilik saya perlu bayar RM120 / night. 

Sabtu 17/12/2022


8.15 pagi gerak dari rumah. Hujan on and off. 9.30 stop RnR pergi toilet.11.40 pagi stop RnR Sungai Buloh. Cari makan. Saya makan nasi ayam, husband Sate Hj Samuri, Auni Donat, Anas Fries. Air beli yang Tealive gun baucar Buy 1 Free 1. Then gerak semula ke hotel. 30 minit juga perjalanan. Jalan dah mula sesak. 1 lebih sampai hotel. Terus masuk parking tingkat 7 dan angkut barang ke lobi. Lobi di ground floor.


Saya terus ke kaunter check in. Staf cakap check in 3 petang. Masa tu baru 1.30 petang. Saya cakap nak register je dulu dan request nak bilik nombor 11. Buat bayaran untuk upgrade bilik. Staf minta tunggu hingga 2.30 petang untuk ambil kunci bilik. Then 1 staf lelaki datang dan dia inform pada staf yang handle saya untuk bagi je bilik yang available. No need tunggu. Dan bilik yang saya request full sampai esok. Unless saya upgrade ke executive. Kena add onn rm180 per night. Lari bajet.


Then terus ke tingkat 19. Masuk bilik cam bau kurang best sikit. Buka aircond dan round bilik. Besar juga. Ada 2 sofa, katil king, bed side table, meja untuk makan, meja kerja, toilet with bath tub. Ada 2 pintu nak masuk ke toilet. 1 pintu terus ke wardrobe. Wardrobe tersorok sikit dengan iron set. Ada juga mini fridge dan coffee things. Sejadah di sediakan. 


Aircond tak boleh selaras suhu. Boleh on off ja. Aircond bila rasa sejuk sangat kena off then lama-lama bilik cam tak de pengudaraan. Dinding bilik fully cermin. Memang nampak full city keliling. Kalau rasa cerah sangat tarik langsir. TV flatscreen. Basic channel. Masa hujan signal hilang. Pasti kejap-kejap lost signal. Wifi kami guna 4 users. Ok je speed.


Masuk bilik, kemas barang, rest, solat, mandi, Anas Auni gilir² rendam bath tub. Saya bawa Nas Auni explore hotel. Pergi tengok pook dan gym. Lepas Asar kami gerak keluar. Husband ajak ke KLCC. Kami jalan kaki je dari hotel. Jarak 1.5 kilometer. Lama la juga kami berjalan. Stop bergambar. Auni nak kipas la. Pastu letih jalan. Husband tolak stroller. Anas dan Auni bergilir duduk dalam stroller.

Kami melalui kedai-kedai makan sepanjang Kampung Baru. Sambil-sambil tengok kedai nak makan malam nanti. Lepas tu lalu stesen LRT dan Saloma Bridge. Lama stop sini sebb bergambar. Orang ramai. Masih cerah, belum ada lampu lagi. 

Sampai di Suria KLCC ingat nak jalan-jalan dalam Mall tapi orang sangat-sangat ramai. Sudahnya kami patah balik ke Kmpung Baru. Mencabar nak lintas jalan kat sini. Sampai Kg. Baru, saya survey kedai nak makan. Sempat beli Kunafa dan baklava. RM15 serba satu. Buat rasa sebab ramai beratur. Decide nak makan di Suraya Tomyam. Kedai penuh. Beratur kat luar tunggu turn dalam 3 orang je tunggu. Sampai turn saya, duduk kerusi tengok menu. Tetiba blackout. Order la jugak order kueteow celup, teh o ais, limau ais, lokching. Semua rm24.

Lepas habis makan masih tak de letrik. Husband nak makan kedai lain seberang sana. Kedai Kelantan gak. Lebih kurang je menunya. Tapi Suraya nampk lebih meriah. Husband order bohun celup. Otak-otak ada letak atas meja. Kalau nak makan, makan je then bayar. Kalau tak nai abaikan je. Sedap otak-otak. Lembut je isinya. Lokching mahal sikit sini. Rm3 satu. Lepas makan jalan balik hotel. Semua bergilir mandi rendam bath tub. Husband order McDelivery kat Anas. 


Ahad 18/12/2022

Lepas Subuh, mandi then pergi breakfast di tingkat 27. Breakfast untuk 2 dewasa. Untuk Anas kalau nak breakfast kena tambah RM25. Tapi Kami 2 je pergi. Anas Auni tinggal dalam bilik. Lagipun Auni tengah tidur. Anas habiskan fries Mcd semalam. Sebut nombor bilik dan cari tempat duduk. Pusing seluruh tingkat, tak de tempat kosong. Penuh orang. Staf pula bagi je semua masuk, tak tengok pun tempat ada ke tak. 

Sambil-sambil tu tengok menu. Ada nasi lemak, bihun singapore, soto, pancake, egg station, kopi, jus, buah-buah, salad, pastri, sosej, meatball with gravy, potatoes, baked beans, ham, bubur. Rasanya itu je seingat saya. Then ada meja kosong untuk 2 orang. Terus duduk dan husband pergi ambil makan. 

Habis makan saya ingat nak ambil soto. Malangnya saya tak nampak sup tumpah penuh lantai dan saya jatuh melutut di situ. Sakit. Nak bergerak, berjalan susah. Husband tak perasan saya jatuh. Staf pun tak nampak. Then ada sorang makcik panggil staf. Staf datang letak signage je. Tak de pun minta maaf atau tanya keadaan saya. Tak jadi makan. Habiskan air dan terus balik bilik. 

Masuk bilik saya penuhkan bathtub dengan air panas dan berendam. Untuk legakan sakit saya. Seharian hari tu hanya baring dan minimukan pergerakan. U tuk.lunch husband order foodpanda nasi goreng untuk Anas Auni. Saya tak rasa nak makan apa-apa. Petang lepas solat Asar baru keluar cari makan. Masa ni dah lapar sangat. Malam ni pergi lorong lain lak. Kurang meriah lorong ni. Kedai pun tak banyak pilihan. 

Aim nak makan di kedai Suraya 2. Ramai la jugak orangnya. Ajak husband pergi kedai Suraya yang semalam makan. Penuh jugak dan beratur di luar panjang. Pergi kedai lain. Kedai husband makan semalam. Wan Mat Tomyam. Kami order nasi goreng biasa, bihun celup, bihun tomyam, nasi putih, telur dadar, sotong celup tepung, jus mangga, jus tembikai dan teh o ais. Total harga RM53. Mahal dan tak sedap. Air jus buah je sedap. Not recommend.

Habis makan husband nak beli lok ching bawa balik bilik. Anas nak mangga asam. Masuk kedai Suraya 2 dan beli bungkus ja. Rm16. Pastu jalan balik hotel. Singgah level pool nak tengok pemandangan. Cantik. Lepas tu balik bilik rehat tidur dan bincang plan esok.

Isnin 19/12/2022

Lepas solat Subuh, husband ajak pergi breakfast. Tak mandi, gosok gigi je. Pagi ni ada tempat duduk. Menu nasi kerabu, ayam berempah, mi goreng, bubur, mi tomyam, egg station, pastri, roti jala, penkek, pau, hashbrown, yogurt, salad, kek, puding roti, sosej, turkey ham, buah, mesin kopi, teh, dan jus buah.

Lepas makan masuk bilik, kemas baju, asingkan baju kotor, bersih, iron baju dan tudung yang nak pakai. Anas Auni masih tidur. Lepas mandi dan siap kemas baru kejutkan Anas Auni. Siap semua, ready for check out. Simpan luggage dalam bonet dan saya pergi kaunter untuk check out. Saya ada inform tentang insiden pagi semalam pada staf. Staf kaunter minta maaf pada saya.

Masuk kereta terus ke destinasi seterusnya, Decathlon, Cyberjaya. Rupanya terletak dalam mall. DPulze Mall kalau tak silap saya. Anas Auni lapar. Diorang tak breakfast tadi. Awalnya ingat nak makan 4fingers tapi diorang ada bulk order. Lambat. Kami masuk Pino Pizza. Order 3 menu, set Piza, Nasi dan ayam goreng. Auni dah start tak sihat dari pagi tadi. Sikit je la dia makan. Tak habis pun nasi. Bungkuskan je. Piza sedap, ayam pun sedap.

Lepas makan baru masuk Decathlon. Lepas beli semua barang yang nak, masuk kereta terus drive ke Sunway Lagoon. Masa sampai dah dekat 6 petang. Kena Beratur untuk entrance. Untuk Night Park baru je boleh masuk. Limited tempat untuk Night Park. Side mandian, pasir, haiwan semua tutup. Tak boleh masuk dah. 



No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...