Friday, June 2, 2023

Review Series / Drama : Sweet Tooth

Assalamualaikum fan salam sejahtera,
Drama ni selalu tengok trailer di Netflix tapi tak terasa nak tonton. Masa start season 2, tertengok trailer then naik top 10 di Netflix. Drama korea pun dah complete. Tengah bosan, play la juga. Episod pertama kisah asal usul agak slow then dah best. Terus marathon sampai habis season 2. Sekarang kena tunggu season 3.

Dunia di landa virus apa ntah. Ramai la mati dengan simptom selsema. Dalam masa yang sama bayi yang lahir semua kacukan manusia dan haiwan dipanggil hybrid. Manusia yang tinggal anggap hybrid punca virus dan mereka memburu hybrid. Tapi sebenarnya hybrid diburu untuk buat antidot pulihkan mana yang kena virus untuk semnetara. Gus adalah hybrid pertama ciptaan Birdie. Semasa virus dilepaskan, Birdie serahkan Gus pada Richard untuk jaga dan lindung. Gus adalah kacukan manusia rusa. Gus membesar dalam hutan. Richard ajar semua benda pada Gus sebelum Richard juga mati disebabkan virus. Gus teringin nak jumpa ibunya, Birdie. 

Berjaya ke Gus jumpa ibunya? Selamat je dia menjelajah dunia luar buat pertama kali? 

Gus sangat naif dan dia seperti kanak-kanak lain, suka mencuba walau dilarang.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...