Showing posts with label Karya. Show all posts
Showing posts with label Karya. Show all posts

Thursday, November 9, 2023

Review Novel : Especially For You

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Novel ini saya beli di Pesta Buku hari tu. Rasanya beli di booth Poreng Kertas kot. Pertama kali rasanya baca karya Rin Ahmad. Ok, not bad. Saya suka. Dua-dua bukan kisah cliche.

Can't Fight This Feeling - FarahHusain. 

Kata Adam, first impression are lasting.
Gara-gara tanggapan pertama yang tak indah, layanan Adam pada Adiana tak pernah yang elok. Ada sahaja yang tak kena tentang Adiana pada mata Adam. Cara dia berpakaian, cara dia bercakap, sampaikan kasut yang dipakai Adiana pun serba tak kena di mata Adam. 

Kata Adiana, first impressions are always unreliable.
Pertama kali jumpa Adam, Adiana dapat rasakan dia adalah jejaka idaman kalbu. Tapi bila Adam layan dia dengan dingin, terus dia pangkah besar-besar. Elok-elok Adiana ada crush pada Adam, terus rasa nak crush sahaja jejaka itu secara literal!

Namun apabila takdir meletakkan kedua-dua mereka dalam situasi yang sukar nak dielakkan, mampukah mereka menukar first impression masing-masing atau kedua-duanya akan kekal dengan persepsi sendiri?

2. Love Is All Around - Rin Ahmad.

Ada tiga perkara yang Lia Arissa benar-benar positif pada kala perkataan positif sangat sensitif di zaman pandemik ini. 

Pertama, dia dah serabut sangat dengan teman serumahnya Laila yang asyik cari gaduh.
Dua, Alan Eusoff muncul dan memberi dia ‘rasa’ yang berbeza.
Tiga, si abang sangat tak sukakan Alan Eusoff.

Dia rasa dia boleh saja hadap Laila dan boleh menangi hati si abang walaupun dia tak pasti apa masalah mereka berdua tapi, perkara nombor dua itu dia sendiri ragu-ragu. Jadi wujudlah tiga perkara negatif apabila melibatkan Alan Eusoff.

Satu, apa signifikan Alan dengan kisah The Khadijah Wannabe dan The Men Misery?
Dua, bolehkah Alan buat dia lupa akan kisah cinta silamnya?
Tiga, apabila Arissa positif yang dia sukakan Alan dan setiap kali bersama kata Arissa, “Love feels easy and simple like breathing.” Malangnya balas Alan, “You are not my happy place.”

Positive vs. Negative. Yang mana satu pilihan Arissa?

Wednesday, September 13, 2023

Review Novel: Mahkota Kertas


Novel yang dibeli ketika pesta buku. Beli sebab nak banya karya penulis. Saya ada baca beberapa karyanya sebelum ni. Not bad kisah ni. Laim dari yang lain. Banyak juga watak dalam novel ni.


BLURB

“I heard stories. Dah ramai pelajar kat sini yang ternampak hantu tu.” - Maissa
“Hantu apa? Pocong? Toyol? Puntianak?” - Shad
“Saya tak payah cari puntianak, sebab makhluk tu dah ada kat depan mata saya sekarang.” - Maissa
Bermula dengan dialog ringkas itu, hati SHAD FAKHIRI mula dicuri oleh gadis penuh misteri bernama NUR MAISSA. Apa saja dia sanggup buat untuk buktikan yang dia ikhlas untuk berkawan. Tapi ternyata Maissa bukan seperti gadis-gadis lain. Kalau biasanya mereka semua lebih memilih untuk keluar berjanji temu di restoran-restoran mahal, harapkan jambangan bunga ros atau teddy bear besar setiap kali merajuk, Maissa lebih suka memilih untuk melawat bilik mayat, mengunjungi rumah-rumah kosong yang dikaitkan dengan kisah-kisah hantu dan lepak di kawasan perkuburan. Nama gelaran gadis itu, Maissa the ghostbuster.
Pelik, tapi yang pelik itu jugalah yang buatkan Shad semakin jatuh sayang dari hari ke hari.
“Trying to prove that you’re not a damsel in distress?” - Shad
“What if… I’m the damsel who loves her distress?” - Maissa
Namun, di sebalik hati Maissa yang keras dan mulut yang sentiasa lantang bersuara, ada satu kisah silam pahit yang tersimpan jauh. Sepasang mata yang selalu merenung tajam itu jugalah yang menitiskan air mata hampir setiap malam. Tatkala jiwa Maissa kian rapuh, Shad muncul dalam hidupnya dan menjadi satu-satunya insan yang sudi meminjamkan bahu.
“Awak dah terlalu banyak menderita, May. Awak biarkan hidup awak tanpa rasa bahagia. Awak lalui hidup ni dengan cara awak sendiri tanpa peduli pun tentang orang lain. It’s time to change it. Face your fear and fight it. And when it’s over, I’ll be here waiting.” - Shad

Itu janji Shad. Mampukah janji itu terus dipegang hingga tiba masanya untuk Maissa belajar buka hatinya dan mula mengenal cinta?

Monday, August 28, 2023

Review Novel : Kompilasi siri 3 Mimpikan Cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ada 4 siri novel ni. Saya beli sebab setiap siri ada karya penulis kegemaran saya. Beli masa di pesta buku dengan diskaun. Tak ingat berapa diskaun tapi murah banyak dari Shopee.

4 cerita bergabung di dalam satu naskhah.

· Denda Cinta – Sufea Hareez
Misi Aqil, menjejaki kisah ayah kandung yang telah meninggal. Bila bertemu Aisha, hatinya jadi nanar, tingkah serba tak kena. Kerja gila Aqil menyebabkan Aisha dalam dilema. Jika silap langkah, dia bakal didenda.

· Begitulah Cinta – Hezzy Azra
Kerana hati sudah terpaut, Que sanggup memohon kerja di kafe milik Addra. Berbalaskah perasaan Que bila Addra hanya menganggapnya sekadar pekerja?

· Lelaki Itu – Nani Yuhanna
Memegang status bapa tunggal, Hilman tak pernah pasang angan-angan untuk bercinta lagi. Mampukah dibuka semula hatinya saat mengetahui cinta Kriesya padanya?

· Tak Terhitung – Hani Fazuha
Hajar yang polos. Ditinggalkan suami pun dia masih bersangka baik. Dan pertemuan yang tak disangka dengan Doktor Hadif mencipta satu dimensi baru dirinya. Namun, bahagia itu tidak mudah walau banyak jalan yang boleh dipilih.

Thursday, October 20, 2022

Review Novel : Kanvas


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Novel terbitan Prolog Media.

Sinopsis

If love is mystery, would you risk your heart trying to solve it?"

Bagi Ed, melukis adalah jiwanya. Cuma lukisannya bukan lukisan biasa-biasa. Lukisan dia "hidup" hingga menyebabkan orang sekeliling takut dengannya. Ed tidak ambil kisah dengan pandangan orang lain asalkan hidup dia tenang. Tapi apabila salah satu lukisannya tiba-tiba jadi nyata, ketenangannya mula berkocak. 

Bagi Kara, hidupnya bahagia bersama ayah yang penyayang dan teman lelaki idaman ramai. Namun segalanya musnah kerana sebuah tragedi. Tragedi yang buat dunia Kara dan Ed bertembung. 

Bersama, mereka mula mencari jawapan kepada setiap misteri dan persoalan. Persoalan yang tiada sesiapa yang tahu jawapannya dan misteri yang tiada sesiapa pun pasti penyelesaiannya. 

Tiada sesiapa, kecuali kanvas lukisan Ed. 

"You, me and a mystery to solve.

Ed nampak bayangan dalam kepalanya dan luahkan ke lukisan. Dan lepas beberapa hari apa yang dilukis jadi nyata


Best je. Bacaan santai dan menarik kisahnya. Katanya dah adaptasi tapi saya tak pasti tajuknya apa.

Monday, August 29, 2022

Review Novel : Benci : Benar-benar cinta

Beli novel ni sebab dah baca karya penulis ni under Prolog Media. Karya di PM best dan wow. Tapi naskhah ni sama cam lambakan karya lain di kedai buku.
Kisah kahwin paksa, kena dera, pukul then tetiba jatuh cinta. Cuma ending tak la 'they live happily ever after'.
Saya dah move on dari membaca kisah cliche camtu.

Sinopsis

Zara dan Zairel dinikahkan lepas kena tangkap basah. Zairel yang plan sebab nak balas dendam pad Zara. Banyak la plan dia. Dari buatkan Zara jatuh cinta, kahwin, dera dan dapatkan Arissa semula. Sn semua rancangannya berjaya mengikut yang dia plan. Malangnya dia jatuh cinta pada Zara. Itu takde dalam plan dia. Tapi dia nafikan perasaannya dan terus seksa Zara. 


Thursday, April 7, 2022

Review Novel : Dua Dunia, Separuh Mimpi



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel yang dibeli bulan September 2021 dan dibaca bulan Mac 2022. Saya ambil masa 2 hari nak habiskan. Novel dari Lynn Dayana memang saya tak ambil masa yang lama. Novelnya jenis 'susah nak letak'.
Ada 2 kisah dalam novel ni.

Dua Dunia

Kisah Aina yang ada pendamping iaitu Aida sejak umurnya 12 tahun. Di awalnya ibu dan abangnya marahkan Aina. Pelbagai cara di gunakan untuk merawat. Dan bila kedua mereka tidak percayakan kewujudan Aida, Aina hanya mendiamkan diri. Sehinggalah usianya 25 tahun, Aida masih setia menemaninya. Malah Aida pernah menyelamatkan Aina. Percintaan Aina dan Idham juga putus tanpa restu ibu Idham. Ibu Idham merasakan Aina tidak waras kerana sering dilihat bercakap seorang. Ibu Aina berniat ingin menjodohkan Aina dengan Ustaz Adam yang baru berhijrah ke kampung mereka. Malangnya ustaz Adam datang kerumah dan melamar Aida. 

Marah ke ibu Aina bila tahu anaknya tidak dipinang tetapi meminang orang yang tak wujud? Aap rahsia mereka? Bagaimana akhirnya jodoh Aina?

Separuh Mimpi

Fendi, seornag Doktor di Hospital swasta. Berkawan baik dengan Sally, Sham dan Ghaz. Sham ditukarkna ke jabatan lain, jabatan yang menguruskan VVIP. Setiap kali tidur, Fendi akan mimpikan Sara. Dalam mimpi Sara dikenali sebagai Siti April Rambutan Autumn dan Fendi sebagai Batman. Satu hari, Sham membocorkan rahsia tentang pesakitnya. Dia merasakan ada yang tidak kena. Fendi cuba untuk membantu Sham. Rupanya pesakit Sham adalah Sara. Mereka berempat berpakat membantu Sara. Bila Sara sedar, Sara tidak mengenali Fendi. Fendi yang kecewa cuba melupakan Sara. Daatkah dia melupakan Sara? Bagaimana pula Sara yang serik dengan lelaki selepas tunangnya cuba membunuhnya.

Novel wajib beli.

Thursday, February 7, 2019

Review Novel : Potret Dua Wajah



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya jarang membaca karya penulis ini. Novel ini saya beli semasa kempen 12.12 di website Alaf21. 12 novel dengan harga rm24 termasuk penghantaran. Sayapilih novel dari penulis yang saya familiar. Dengan Alaf 21, kalau nama.penulisnya terpampang besar di kulit novel, kiranya penulis tersebut sudah ada nama di syarikat mereka. Kisah novel ni dari kisah benar dan di olah sendiri oleh penulis supaya lebih menarik. Banyak sangat nama watak didalam ini hingga saya keliru tentang mereka. Pada penulis, kisah di asrama banyak kawan-kawan tapi bila masuk plot penceritaan, pembaca mulai pening dan bosan, sementalah lagi mereka punya pelbagai karakter. Gaya bahasanya sarat dan kisahnya meleret. Saya setia membaca plot demi plot kerana ingin mengetahui kebenarannya. Malangny, endingnya mengecewakan saya.

Sinopsis
Aisyah pelajar tingkatan empat yang baru bersekolah di SMKTSU amat meminati bidang seni. Dia terjumpa Galeri Dania di sekolahnya dan meminati hasil seni pelukis itu hinggakan dia menyelidik berkenaan pelukis itu dengan seniornya namun tak siapa menceritakan hal sebenar pada Aisyah. Aisyah mendekati Iman, adik angkat pada Dania, yang juga pelukis lukisan. Dania dijumpai menggantung diri di dalam bilik kelas nya selepas berita kehamilannya. Seisi sekolah melontar tuduhan pada Cikgu Masriezal sebagai orang yang bertanggunjawab. Tambahan pula semua warga sekolah tahu hubungan cinta mereka. Perletakan jawatan Cikgu tersebut menguatkan lagi tuduhan itu. Selepas beberapa bulan, Cikgu Masriezal kembali ke asrama mencari Iman untuk membantunya menyelesaikan misteri pembunuhan Dania. Potret dua wajah yang Aisyah jumpa di Galeri menarik minatnya. Dia asyik meniru karya tersebut hingga terjadi beberapa insiden misteri. Kehadiran entiti misteri di asrama menguatkan lagi dakwaan Hantu Dania. Cikgu Masriezal tidak jemu mencari bukti kematian Dania. Padanya Dania bukan menggantung diri tetapi dibunuh dan mayatnya digantung bagi mengaburi mata orang lain. Beberapa suspek di kesan dan pelbagai tanda mereka jumpa. Cikgu Masriezal juga berusaha mengembalikan semula semangat Danila, kakak Dania yang tenggelam dalam duniannya sendiri selepas kematian Dania.

Kalau sukakan misteri, boleh dapatkan karya ini. Kisah misteri, banyak watak, plot, dan agak meleret kisahnya. Banyak bahasa baru yang saya jumpa. Untuk pelajar sekolah menengah elok la baca untuk menambahkan tatabahasa karangan.

Monday, May 21, 2018

Review novel : Cinta Sampai Mati


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya nak buat ulasan berkenaan novel di atas. Kali pertama baca hasil karya dan penulisan ini. Saya mengenalinya dari FB. Belian novel secara online dari penulis sendiri. Saya bertangguh membaca sebab dahulukan novel lain dari penulis yang saya dah biasa. Selepas membaca, kisahnya menarik, bukan jalan cerita cliche tapi bagi saya kategori 18SX. Hanya untuk bacaan wanita dah matang atau berkahwin. Penulis banyak mengulang bab yang sama. Mungkin nak ingatkan pembaca berkenaan jalan ceritanya. Dia juga melompat tahun ke tahun. Ada kisah sekarang dan ada flashback. Kalau baca dengan teliti tak akan keliru. Lagipun penulis ada nyatakan tahun.

Wangi Nur Jannah menjalinkan hubungan cinta denga Abid Ubaidillah sejak umur 13 tahun. Dengan Abid dia menjadi insan yang lebih baik. Belajar solat, patuh pada hukum agama dan cemerlang dalam pelajaran. Selepas PMR, Abid terpaksa berpindah ke Madinah dan meninggalkan Wangi dengan janji akan berjumpa semula selepas 15 tahun. Selepas 2 tahun Abis pergi, Wangi mulai sunyi. Pelarannya merosot. Bila dia berbaik dengan Princess dia menjadi lebih teruk. Princess ingin membalas dendam kerana cintanya pada Abid tidak berbalas. Tujuannya hanya ingin Wangi rosak dan merana. Wangi diperkenalkan pada Edika oleh Princess dan hidup Wangi makin kelam bersama Edika. Edika menjadikan Wangi pelacur. Selepas 15 tahun Abid datang tetapi Wangi minta melupakannya. Abid mengahwini Princess tetapi bila Abid tahu mengenai Wangi melalui Princess dia nekad membawa Wangi keluar dari jalan hitam.

Not bad jalan cerita novel ni. Cuma untuk di jadikan koleksi mungkin tidak. Tidak kena dengan jiwa saya.

Monday, October 16, 2017

Review novel : Antologi cerpen Helo


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Februari turn buku tebal ni. Tebal oih.. 40 cerpen ada dalam tu. Jenuh nak baca. Dan ke tak nak habiskan dalam 28 hari. Moga tercapai matlamat. Chaiyokk

1. 1800-729264 - Ika Madera
Kisah anak yang menjejaki ayahnya dengan ruangan mendengan luahan hati orang² tua.

2. Aduhai, Sejak bila rindu bertamu - Dhuha Steffa
Nouha bekerja part time di kedai buku semasa cuti semester. Dia selalu makan di kedai Nasi Penyet. Pekerja di situ, Zayn perasan kehadirannya di situ yang juga adalah sepupu temannya, Reena.

3. Akhir memori Usang - Ijazati Habib
Iqbal adalah sahabat Aulia tetapi Aulia putuskan hubungan persahabatan itu mereka. Dia mengutus surat memohon maaf tetapi sudah terlambat.

4. Atap Nipah batang Mengkuang - Faiznur
Raihanah, si tomboi yang dihantar tinggal bersama Mak Awa oleh mama supaya dia berubah. Dia bertemu Yusuf dan berubah dengan bantuan Mak Awa hingga berjaya ke Universiti.

5. Auni Nasi Ayam - Noor suraya
Auni yang membantu ibunya menjual nasi ayam tetapi dia kehilangan kawan baiknya sebab usaha murninya itu.

6. Awak bukan dia - RodieR
Sabina, tinggal di kondominium. Dia selalu terserempak dengan seorang lelaki di dalam lif. Lelaki itu akan menemaninya hingga sampai di tingkat rumahnya. Mereka tidak pernah bertegur sapa. Sabina menyangka lelaki itu pemilik penthouse. Dia senang dengan lelaki itu tetapi bila mengetahui lelaki lain pemilik penthouse tersebut dia kecewa.

7. Cinta ilusi - Smahadzir
Yusof, pelukis jalanan yang cintakan Azmira si pelakon popular namun cintanya hanyalah cinta ilusi bila si pelakon itu lebih cintakan wang ringgit.

8. Dunia sebelah sini - Kamalia
Kisah mengenai mangsa sindiket pelacuran yang ingin menyelamatkan diri.

9. Elegi bisu (Pinjamkan Neena suara) - Nurazz Ahmad
Neena yang bisu tapi mampu mendengar. Kerana cacat, dia dibuang ayahnya. Sifat ayahnya menjadikan dia benci. Tetapi berita kematian ayah, menjadikan dia mampu bersuara.

10. Helo untuk Raudhah - Rhea
Raudhah, pegawai pemasaran bank yang di kehendaki menelefon pelanggan untuk memasarkan produk baru mereka. Dia menelefon Amir dan perbualan itu memanjangkan lagi perhubungan mereka.

11. Helo! Tolong Aku - Shifa Shahirah
Tutty diganggu selepas berpindah kerana tuan asal rumah berkenaan di tanam di dinding rumah.

12. Helo, kunci - SK
Kekwa, guru di perkampungan orang asli mengambil nasa untuk mendalami anak muridnya.

13. Helo... Ini payung Teduh - Aidah Bakri
Hayfa yang ditinggalkan Ady dan berjumpa semula selepas 7 tahun untuk menyambung semula ikatan mereka.

14. Janji asmida - Fatihah Pauzihal
Asmida yang benci dengan Jef, lelaki di kampungnya yang ke Australia. Bagi Asmida, Jeg kerja petik epal di sana tetapi dia belajar menjadi cef. Bila pulang, Jef menagih janji Asmida.

15. Janji yang terakhir - M.Muhaimin
Kisah lawyer yang ada pengalaman paedofilia. Seriously saya lompat-lompat baca perenggan. Saya tak paham dan ini bukan jiwa saya.

16. Jiwa - Nuh
Jiwa, lelaki dingin yang kesunyian dari kecil. Teman lamanya menghubunginya dan mengimbau kenangan lama dan dia tidak lagi merasakan dirinya sendiri.

17. Jogjakarta - Jane Doe
Zahra bercuti bersama ibunya ke Jogjakarta dengan misi memujuk ibunya menerima lamaran pak cik Amirul. Di situ dia tahu sebab kenapa ibunya setia pada arwah baba nya.

18. Kerana Jun - Awana
Alif, pelajar jurusan perubatan, berkenalan dengan Jun secara tidak sengaja. Sejak perkenalan itu, Alif berubah menjadi lebih baik. 7 Ramadhan, ketika dia on call di kecemasan, Jun di bawa dan meninggal di hadapannya.

19. Kiah ratu borong - Diq Na
Kiah bertungkus lumus kerja sebab nak duit lebih nak shopping di Langkawi, rombongan orang kampungnya. Dia pengsan di rumah sebelum bertolak ke Langkawi hingga di masukkan ke hospital. Hasratnya nak memborong musnah bila dia pengsan dan bas yang ditunggu juga tidak datang.

20. Kisah kami seperti K-drama Full House - Bidayatul H
Ainul terlanggar kereta mewah hingga mrnyebabkan dia terpaksa kahwin kontrak selama setahun dengan pemilik kereta itu, Teguh. Dalam masa setahun mereka jatuh cinta tetapi mereka berdua telah diculik dan suaminya meninggal. Semasa diculik, ingatannya kembali pulih. Dia telah ingat semula kenangan silamnya dan setelah dia dapat menerima kematian suaminya, dia terima khabar baharu pula.

21. Kisah sahabat pena - Kasieh Azieah
Penulis (tidak bernama) mempunyai sahabat pena yang dikenali di MiRC dan berutus surat waktu itu. Sejak 5 tahun suratnya tidak berbalas dan kemudian di bermimpi akan Jelita. Mimpi yang perlu dirungkaikan. Dia berpindah ke rumah sewa dekat dengan tempat kerjanya. Setiap pagi didatangi seorang budak sekolah bernama Jelita yang menjual kuih. Persoalan mengenai Bunga dan Jelita terungkai selepas Bunga tidak datang tetapi turut meragut nyawanya.

22. Mak Comblang tak jadi - Noriha
Muna, janda anak dua diceraikan di hadapan jiran mereka, Pyan. Lelaki muda 10 tahun dari Muna itu menjadi pendengar setia keluh kesahnya. Muna menyampaikan hasrat hati Ustazah Mariya yang tertarik pada Pyan dan insiden itu menyebabkan Pyan merajuk. Rupanya Pyan menyimpan perasaan pada Kak Muna.

23. Mawar putih sepanjang tahun - Amira Aurora
Maya, Fizah dan Alex teman rapat ketika melanjutkan pelajaran. Persahabatan mereka diteruskan selepas bekerjaya. Diam² Alex rasa sesuatu pada Maya walaupun berteman dengan Cecilia. Dia meluahkan perasaan tetapi Maya menolak. 2 tahun mereka terpisah tanpa khabar. Alex bertukar kerja juga agama. Kembalinya Alex dengan Muhammad Al-Fateh menjalinkan hubungan mereka semula.

24. Moshi-moshi - Misa Faizal
Effendi lelaki kacukam melayu Jepun marah apabila dipadankan dengan jururawat peribadi neneknya. Dia tidak tahu niat sebenar neneknya itu.

25. Pada malam itu - Zurhan Bakar
Seorang lelaki yang kerjanya menyamun, merompak dan mencuri. Kawan dia menasihatinya agar berubah. Satu malam dia bercadang nak merompak pemandu teksi tetapi dia pula dirompak.

26. Pakej terbaik - Asyiqin Adir
Piko dan Azwan adalah sahabat baik juga teman serumah. Hubungan mereka menjadi renggang bila Izwan menggunakan talian IGILA. Dia lebih banyak melihat telwfon bimbit dari berhububg dengan Piko. Mereka bergaduh kerana Piko ingin meminjam telefon Izwan. Piko merajuk dan Izwan mula merasakan kehilangan sejak itu dia berubah.

27. Panggilan dari langit - Rosie Izlyana
Heidi menjalin hubungan dengan suami orang. Sebab itu dia tidak mahu pulang ke kampung berjumpa ibu dan keluarganya kerana ibu nya juga adalah mangsa poligami. Dia nekad memutuskan hubungan dengan Mukhlis selepas kekasihnya itu menimang cahaya mata.

28. Permaisuri - Norliza Baharom
Imran telefonis kecemasan menerima panggilan dari Nuraina yang meminta bantuan. Dari telefon Imran membantu Nuraina menyelamatkan diri dari suaminya yang panas baran sementara menunggu bantuan sampai tetapi suami wanita itu berjaya menjumpainya.

29. Rahsia di sebalik senyuman - Nurul Shifa
Farhan berkenalan dengan gadis didalam tren semasa pulang ke kampung. Rupanya gadis itu anak saudara jirannya yang kematian seluruh ahli keluarganya. Dia jatuh cinta tetapi baru dia ketahui bahawa gadis itu bisu.

30. Ramadan tanpa Emir - Fairuz zainal
Farhana dan Zakwan bercerai di usia muda tanpa Zakwan ketahui isterinya mengandung. Dia membawa diri ke Australia dan akhirnya dia pulang bila sakit. Dia merasa sendiri. Apatah lagi bila tahu ada anak yang sangat membenci dirinya. Dia rapatkan diri dengan Emir yang menjadi sukarelawan di Usat Jagaan orang tua tapi Emir berubah bila tahu dia ayahnya.

31. Robin hood - Pena kayu
Jaja yang anti kucing tetapi di sebabkan seekor kucing yang menyelamatkan nyawanya Jaja berubah. Kucing itu diberi nama Robin Hood. Dia sedih bila Robin di racun. Tuan kepada bini Robin menyelamatkannya.

32. Separuh nyawa - Pingu Toha
Hanisuraya yang di khabarkan hanya punya masa setahun untuk hidup kerana sakit yang di hidapinya nekad untuk terbang dari bumbung rumahnya. Di selamatkan oleh Zahrin. Zahrin berikannya semangat untuk hidup dan itu akhir pertemuan mereka sebelum zahrin ditugaskan di Sarawak. Seleoas 15 tahun mereka di temukan tetapi Zahrin pergi dahulu dari Hanisuraya.

33. Serendipity - Chrysalis
Kisah jiran yang bertemu di parking. Mereka bertegur sapa setelah tayar kereta Durrah pancit. Farhi ingin membantu selepas mengetahui status Durrah. Dia tidak mahu di persalahkan atau di pandang serong. Durrah meminta bantuan Farhi untuk bersua muka dengan bekas suaminya.

34. Tak cinta tak apa, Tak sayang aku rela - Naurah Iman
Melur yang mempunyai retrogade amnesia tidak ingat kehadiran Tuah dan Nadin Melati. Jebat setia pada Melur. Sabar menanti waktu Melur pulih.

35. Tiga Panggilan - Liana Azwar
Ainina di lamar oleh sahabat ayahnya untuk anak teruna nya Anwar. Masing² di satu kan jodoh mereka kerana umur telah lanjut tetapi belum punya teman. Tambahan pula ayah mereka ingin eratkan lagi hubungan kekeluargaan.

36. Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu - Aylanins
Hidayah benci dengan Aris, penjual sayur dan Malim gunung yang juga jirannya.
Aris suka kam Hidayah. Dia selalu meminta bantuan Hidayah menjaga neneknya bila dia menjadi malim gunung. Hidayah sedap perasaannya bila Aris terlibat dalam runtuhan Gunung Kinabalu.

37. Tok Jah - Syarmiza Basir
Kisah Tok Jah mengenang anak dan cucu cicitnya bersama arwah suami. Dia menunggu panggilan abadi yang belum sampai setelah 80 tahun

38. Tren Terakhir Dari Monaco - Wizana Emilia
Tia terjumpa Adli tanpa sengaja di Monaco. Dia sukakan Adli dan ingin berjumpa semula di Malaysia. Tia menetapkan syarat agar mereka tidak berhubung sehingga tarikh pertemuan mereka 21 Mei.

39. Warkah Rindu Bertinta Biru - Afeena Shah
Nila yang masih hidup dalam kenangan bersama Wadi, kekasihnya yang telah meninggal dunia. Setiap hari dia menulis untuk Wadi. Tingkah lakunya itu menarik perhatian Fareez. Fareez meendekati Nila tetapi dia setia pada Wadi.

40. Yang Paling Manis - Orked V.
Zatul dan Munirah bersahabat baik di tingkatan 6. Dia selalu berkongsi rasa cintannya pada Kamaruddin dengan Munirah. Kebetulan Kamaruddin juga bersekolah di situ dan Munirah diperkenalkan dengan Kamaruddin. Perdahabatan mereka mulai renggang dan bila Zatul menerima kad undangan perkahwinan bekas rakan karibnya dia mula teringat kenangan mereka.

Akhirnya habis juga bacaan saya untuk 3 karya Jemari seni. 3 buah buku yang tebal-tebal. 2 himpunan novel dan 1 himpunan cerpen. Saya mengambil masa lebih kurang 8 bulan untuk habiskan bacaan. Mari teruskan membaca naskhah seterusnya. Membaca Jaambatan ilmu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...