Showing posts with label melayu. Show all posts
Showing posts with label melayu. Show all posts

Monday, August 21, 2023

Review Novel : The Sleepwalker


BLURB;

Mewarisi penyakit keturunan dari arwah bapanya, dua puluh enam tahun Sara Aina menjalani hidup yang berbeza. Dikawal ketat, disekat kebebasan, malah dia langsung tidak dibenarkan bermalam di tempat lain selain dari kediaman sendiri. Jika ingkar, kecelakaan mungkin menimpa dirinya. Malang sungguh! 

Suatu hari, nasib Sara Aina berubah dengan pelawaan daripada Puan Faezah. Akhirnya dia mengorak langkah, keluar juga dari kepompong demi meneroka dunia yang lebih luas. Namun luasnya dunia ini membuatkan dia menjadi huru-hara pula. Apatah lagi bila bertemu semula dengan crush zaman remajanya yang cukup fobia kepada hantu! 

“Lain kali kalau nak pergi mana-mana, call la dulu. Kau ingat aku ni tak ada kerja lain ke? Asyik nak kena jadi driver kau?” ~ Gibran. 

Kemunculan Sara Aina membuatkan Gibran sakit mata, sakit hati dan meluat tak terkata. Apatah lagi insiden dia ‘menghalau’ hantu palsu telah meruntuhkan egonya di depan Sara Aina. Mana dia tak geram, penyakit pelik si sleepwalker itulah yang menjadi punca! Kata orang tua, jangan menyampah beria-ia. 

Sampai satu masa, mungkin hati akan berbolak rasa. Lalu Gibran tertelan kata sendiri. Yang dia tidak suka itulah mula dipuja-puja jiwa. Dari ‘I don’t care’ tiba-tiba menjadi ‘I do care’. Malah tabiat Sara Aina yang kerap berjalan dalam tidur membuatkan dia gigih pula ingin menjadi ‘penjaga’. 

“To be honest, aku nak hak untuk menjaga kau Sara. Aku tak nak lagi sembunyi-sembunyi buat semua tu. It was so hard for me.” ~ Gibran. 

Akhirnya hati mula suka sama suka. Greenlight juga sudah dinyala dari kedua pihak keluarga. Namun satu rahsia gelap yang tersimpan lebih dua puluh dua tahun lalu begitu pantas meranapkan segalanya. Sara Aina pergi menjauh, Gibran pula terhimpit diantara tuntutan cinta dan setia. Keadaan bertambah buruk apabila Fuzan si gila bayang mula membuat onar. Jerih, gigih, penuh susah payah Gibran cuba menyelamatkan Sara Aina. Cuma sehebat mana pun dia bertungkus lumus, bergelut, mampu atau tidak dendam di jiwa Sara Aina terpadam? 

Atau… hubungan mereka telah ditakdirkan bergerak hanya sekerat jalan saja? 

Thursday, July 27, 2023

Review Novel : Tak Mampu Menjaga Cintamu



TAJUK:- TAK MAMPU MENJAGA CINTAMU - Ayumi Syafiqah 

JUMLAH MUKA SURAT : 582

BLURB:-

Cinta yang hadir bukan untuk melemahkan jiwa, tetapi untuk menguatkan hati menjalani hari-hari yang mendatang. Kerana itulah, Anatasya memilih untuk menerima Naqiu dalam hidupnya biarpun cintanya pernah dipermainkan lelaki itu lima tahun yang lalu. Dia cuba memujuk hati untuk memaafkan dan memberi peluang kepada diri untuk bahagia sekali lagi.

“Abang rindukan Tasya yang dulu. Tasya yang sentiasa ceria bila jumpa abang, Tasya yang tak pernah lekang dengan senyuman, Tasya yang suka ketawa, Tasya yang pandai ambik hati abang, Tasya yang tak pernah ragu dengan abang.” – Naqiu.

Itu yang Naqiu mahu dan itu juga yang cuba ditunaikan demi menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri. Namun, hanya kerana satu insiden, kepercayaan yang mula dibina Anatasya musnah dalam sekelip mata. Cinta yang hadir untuk kali kedua nyata tetap tidak mampu dijaga dengan sempurna.

“Dia tak pernah berubah. Dia masih Naqiu yang dulu, yang tak pernah tahu menghargai, yang hanya tahu melukakan hati aku.” – Anatasya.

Kata maaf yang dihulur hanya dipandang sepi. Naqiu lelah sendiri. Andai melangkah pergi mampu mengubat luka di hati, untuk apa dia terus setia di sisi?

“Kenapa harus memilih jalan derita sedangkan jalan bahagia ada depan mata?”


Monday, July 24, 2023

Review Novel : Nafsu


Novel 7/2023

Nafsu - Ayumi Syafiqah 

Tiga saudara Waji, Nas, dan Umai mengikat sumpah untuk tidak bercerita tentang kejadian yang berlaku pada malam kehilangan Sari sampai bila-bila. Tragedi berdarah itu biarlah terkubur begitu sahaja.

Sepuluh tahun berlalu, semuanya berubah apabila Sari pulang ke rumah.

“Cik Sari… Cik Sari dah balik ke rumah.”
“Sari masih hidup,”
“Jadi dia tak mati malam tu?”
“Kalau pun dia tak mati malam tu, macam mana dia boleh survive sepuluh tahun dalam hutan tu? Sepuluh tahun! Tak masuk akal!”

Perjalanan Nashita mencari jawapan kepada kisah silam membawa langkahnya ke pintu Vila Mandura – sebuah vila kepunyaan keturunan keluarga Mandura.

Tuesday, March 21, 2023

Review Novel 1/2023 : Kelab Duka Lara


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel keluara Prolog Media (PM). Saya tak perlu fikir 2 kali untuk membeli karya PM walaupun saya tak kenal penulisnya. Saya suka genre PM. Dah beberapa penulis baru saya kenal dari mereka dan terus hunting karya-karya lama mereka. Dan ini salah satu penulis yang saya baru kenal dan saya suka hasilnya 

Sinopsis

Kisah dongeng zaman dulu 'Batu Belah Batu Bertangkup' (BBBB) di gabungkan dengan kisah moden.
Zain Pekan yang disumpah oleh BBBB. Dia kena selesaikan 3 misi sebelum dibenarkan berjumpa dengan ibunya yang di telan BBBB. 
Misi terakhirnya dengan Dian. Dian juga membantu Zain menamatkan sumpah nya.

Kakau fikirkan tak sangka lak ada yang kreatif nak gabungkan kisah klasik dan moden dalam sebuah novel. Menarik.

Monday, August 29, 2022

Review Novel : Benci : Benar-benar cinta

Beli novel ni sebab dah baca karya penulis ni under Prolog Media. Karya di PM best dan wow. Tapi naskhah ni sama cam lambakan karya lain di kedai buku.
Kisah kahwin paksa, kena dera, pukul then tetiba jatuh cinta. Cuma ending tak la 'they live happily ever after'.
Saya dah move on dari membaca kisah cliche camtu.

Sinopsis

Zara dan Zairel dinikahkan lepas kena tangkap basah. Zairel yang plan sebab nak balas dendam pad Zara. Banyak la plan dia. Dari buatkan Zara jatuh cinta, kahwin, dera dan dapatkan Arissa semula. Sn semua rancangannya berjaya mengikut yang dia plan. Malangnya dia jatuh cinta pada Zara. Itu takde dalam plan dia. Tapi dia nafikan perasaannya dan terus seksa Zara. 


Thursday, August 18, 2022

Review Novel : Partner in love

Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Novel ke 18 yang dibaca tahun 2022. Ini karya pertama dibaca dari penulis ini. Beli di Shopee Prolog Media dengan bundle sale. Jimat.

Sinopsis 

Khalisa dan Rayyan bergabung untuk selesaikan puzzle yang ditinggalkan Ariffin. Akibat terhutang budi pada Ariffin yang menyelamatkan nyawa kawan baiknya, Lisa setuju. Rayyan pula demi membongkar rahsia ayahnya juga bersetuju. Syarat pertama mereka perlu berkahwin. Tanpa cinta antara satu sama lain, mereka bernikah. Bermula dari itu, mereka berdua bergabung menyelesaikan misteri demi misteri mengikut klu yang ditinggalkan. Apa yang mereka cari, mereka tidak pasti. Bagaimana pengakhiran hubungan mereka setelah tamat permainan juga tidak tahu.
Mereka hanya berserah.

Jalan penceritaan yang unik. Penulis berjaya bawa saya masuk ke dunianya. Saya google Setiap tempat yang watak utama lawati.

Monday, March 28, 2022

Review Novel : Rooftop



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selepas beberapa buah novel Farah Izzlorna saya baca, saya dah jatuh cinta dengan karyanya. Tambahan pulak kisah ni ada kaitan dengan novelnya yang saya baca sebelum ni. 

Blurrp

Apa yang akan berlaku jika tiba-tiba muncul seorang lelaki yang hanya anda seorang saja boleh melihat dan mendengar?
Aya, gadis yang suka menyendiri. Jadual hidupnya ke kelas dan balik rumah. Namun ketenangan itu menjadi huru-hara apabila seorang lelaki menjelma dan ingin berdamping dengannya.
Siapa dia ni? Kenapa dia pilih aku? Nenek moyang aku membela ke?
K, lelaki sarkastik yang suka mencampuri urusan hidup Aya menyebabkan gadis itu kerap hilang sabar. Puas Aya halau, tetapi K tetap setia di sisi.
Akhirnya, mereka bersahabat. Namun ada sesuatu yang pelik tentang K yang membuatkan Aya nekad mahu mencari jawapannya.
Siapa K, pendamping dia selama ni? Kenapa dalam gembira K, terselit duka?
“Aya, kebaikan juga boleh membunuh.”


Jika anda dash bosan dengan novel kisah cinta, kahwin paksa then jatuh cinta lepas kahwin boleh la cuba membaca novel ni. Masih ada kisah cinta cuma tak membosankan. 

Monday, March 14, 2022

Review Novel : Maia

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Novel pertama dari penulis ini. Saya berani beli kerana novel ni keluaran Prolog Media. Saya percaya produk PM tak kan mengecewakan saya.

SINOPSIS 

Apa yang akan kau lakukan kalau kau tahu orang di sekeliling kau penuh dengan kepura-puraan?

Bagi Maia, dia memilih untuk mengasingkan diri. Biarlah dia hidup sepi tanpa sesiapa asalkan hatinya aman dan tidak terluka.

Namun perkenalannya dengan Azad mengubah semuanya. Kesepiannya mula terisi dan Maia mula terasa benar-benar 'hidup' untuk pertama kalinya.

Sayangnya, ada harga yang perlu dibayar untuk dia mengecapi semua itu.

Sanggupkah Maia membayar harga yang tinggi demi mendapatkan sesuatu yang normal? Atau dia rela selamanya hidup dalam kesepian?


Kalau rasa nak kelainan, boleh pilih novel ni. Memang out of box. 

Wednesday, December 11, 2019

Review novel : Katakan Kau Cinta



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Novel yang saya beli masa sale 12.12 last year. Dah setahun baru sampai turn novel ni. Masa beli main klik je novel mana yg belum pernah baca. Dah baca rasa tak sabar nak habiskan sebab nak move ke next novel dan nak sedwkahkan novel ni pada pesakit cancer. Honestly, ceritanya cliche - kahwin paksa, hero heroin cantik dan kacak nak mampus, heroin alim, hero cemburu. Ada konflik orang ketiga dan banyak gangguan rumah tangga.

80% dari jalan cerita novel ni saya rasa kisah suami isteri nak beromen je. Mungkin saya dah terlalu tua kot tapi kalau sekadar 1 bab nak sentuh hububgan suami isteri after ijab ok. Tapi boleh jatakan every chapter penulis kisah suami peluj isteri, kiss sana sini, mandi bersama then romen. WTF!

Then ending macam kelam kabut nak habiskan. Ntah apa jadi kat kakak tiri dan Murad yang nak bunuh tu. Takkan terlepas camtu je. Tetiba mak mentua baik lepas beranak. Masa awal bukan main lagi Firaunnya.

Menyesal beli. Tak rasa pun nak review versi sendiri. Nasib baik beli harga RM2 je. Saya bagi 1/5 je.

Sinopsis dari belakang buku
Norisha Barbara Jane, gadis berdarah kacukan yang lahir hasil hubungan luar nikah ibu dan bapanya meletakkan dirinya gadis yang cukup malang. Dibuang keluarga sendiri, dipulau orang kampung malah menjadi mangsa kebencian kakak tirinya sendiri. Nur Izham Syah, lelaki bekerja dan egois. Cinta baginya adalah permainan.
Kemalangan yang tidak disengajakan telah menerbitkan rasa dendam Izham kepada Norisha. Gadis itu perlu mendapat balasan di atas apa yang terjadi. Kehilangan Kartini (kakak tiri Norisha) pada hari pernikahan mereka umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Untuk merealisasikan rancangan jahat itu, Norisha perlu menjadi pengantinnya. Kerana budi yang ditabur demi menjaga maruah, Norisha sanggup menjadi pengantin kepada lelaki yang tidak dikenali.
Mampukah perkahwinan berasaskan dendam melahirkan bibit cinta antara mereka? Dan apa yang bakal terjadi apabila Farid, lelaki yang tidak jemu menagih cinta Norisha hadir? Lebih parah lagi apabila Kartini merebut kembali pengantin lelaki. Berjayakah rancangan jahatnya untuk membunuh Norisha?

Tuesday, June 25, 2019

Revie novel : Rindu yang terlarang


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya beli novel ini kerana penulisnya. Malangnya saya rasa kisahnya, jalan penceritaan agak kebudak-budakan. Saya rasa bisan nak meneruskan pembacaan. Lama saya berhenti. Lama juga masa diambil untuk meneruskan pembacaan.

Sinopsis
Faith dan Ainura berkahwin tanpa restu keluarga. Ibu bapa mereka bergaduh berkenaan isu tanah dan hubungan mereka tidak pernah nampak akan berbaik. Akibat mendapat tentangan keluarga mereka bernikah dengan diwalikan oleh tok wan. Bahagia mereka cuma sementara bila keluarga masing² mengetahui hubungan mereka. Ain di dera dan Faith dipaksa menceraikan isterinya. Selama 6 tahun masing² hidup merana. Bagi Ain, Faith telah mati. Dia sempurna drngan tok wan dan Fawwaz. Faith pula kemalangan dan koma. Baginya dia tidak ada keluarga. Pertemuan semula Faith dengan Ainura merubahkan kehidupan. Faith mula mengejar Ain. Ditambah pula dengan kehadiran Fawwaz, Faith lebih bersemangat. Ain pula tidak mahu hubungan baiknya dengan ibu bapa kembali rosak dengan berkahwin semula dengan Faith. Dia mula membuka hatinya pada Redza. Adakah Faith berjaya merebut hati Ain?

Saya bagi 2/5 untuk novel ni. Ini hanya pendapat saya. Boleh baca dan mungkin pendapat orang lain berbeza.

Monday, April 8, 2019

Review novel : Cemburu Seorang Aku


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hari ni saya nak review novel Lynn Dayana terbitan Poreng Kertas. Penulis favourite saya dan semestinya hasilnya tidak mengecewakan. Novelnya tebal dan tidak bosan membacanya. Bila dah start pegang memang susah nak stop.

Sinopsis
Sufi dan Tri berkawan baik sejak berumur 10 tahun. Keluarga mereka juga saling mengenali dan merestui hubungan mereka. Tri pernah melamar Sufi 5 tahun lepas tapi Sufi menolak dengan alasan belum bersedia. Hari ni, bila Tri bersedia ingin menamatkan zaman bujang dengan model, Hana dan Sufi rasa seperti dipukul. Dia kini sedar dia punya perasaan pada Tri tapi persediaan perkahwinan mereka sedang berlangsung. Sufi menyibukkan diri dan mengelak dari Tri tapi Tri walau apa jua keputusannya, dia mahu Sufi ada bersama. Ini menjadikan Hana rimas dan cemburu. Hana mengugut Sufi supaya tidak hadir pada majlis mereka dan Sufi akur. Malangnya Hana yang tidak datang saat mahu diijabkabulkan menjadikan Sufi sebagai penyebab. Tri berang dan tidak mahu Sufi wujud di dalam hidupnya. Sufi akur dan berpindah tempat kerja. Hana muncul semula dan mengumumkan tarikh pernikahan. Tri keliru. Lebih keliru bila Theya menceritakan hal sebenar. Bila Hana kemalangan dan Theya meninggal, Sufi sekali lagi jadi buruan wartawan dan polis. Perlukah Sufi berpindah ke planet lain supaya Hana puas atau biar dirinya mati saja?

Novel ini memang WAJIB dibaca bagi penggemar novel dan sediakan tisu banyak-banyak.

Monday, March 25, 2019

Review novel : Jadikan aku yang Terakhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Novel ke 5 (kalau tak silap) karya E-man Sufi. Rasanya, saya dah ada semua. Saya serasi dengan penulisan penulis ini. Novel ni pun best. Tak sabar nak habiskan bacaan, nak tau endingnya.

Sinopsis
Kisah bermula apabila Deniz diarahkan oleh ayahnya, Aziz  bekerja di kafe yang terletak di kawasan jauh dari Kuala Lumpur. Tanpa pengetahuan ayahnya yang bekerja di Madinah, Deniz telah bertukar tempat dengan adik tirinya, Aisyah Nadine. Sementara Aisyah menyamar sebagai dirinya, Deniz pergi ke Izmir untuk bertemu ibu kandungnya tanpa pengetahuan Aziz.
Kerana terlalu sayangkan kakak tiri, Aisyah sanggup menyamar sebagai Deniz. Dia yang merupakan graduan dalam bidang veterinar terpaksa bekerja sebagai bakeri di kafe milik Iskandar.
“Kalau untuk Deniz, bukan setakat madu... Dengan sarang kelulut, satu ladang ni abang bagi percuma... Syaratnya... Jadi isteri abang nak?” - Reyhan
“Eee... Abang Reyhan ni kan banyak sangat makan madulah ni! Cakap pun merepek aja… Orang seriuslah!” – Aisyah.
Tanpa dirancang, Aisyah jatuh cinta dengan Reyhan, abang kepada Iskandar hingga dia lupa kehadirannya di kampung itu hanya sementara. Bahkan dia sendiri tidak bersedia berdepan dengan Reyhan jika identiti sebenarnya terbongkar. Sungguh dia tak berniat menipu sesiapa!
“Awak tak patut libatkan Reyhan... Apa salah dia? Awak tahu kan yang awak dah perbodohkan dia... Perasaan dia macam mana pulak? Awak ingat dia nak bertepuk tangan kalau tahu awak tipu dia? Awak bukan Deniz! Awak Aisyah...”- Iskandar
Cinta... Bukankah asasnya keikhlasan dan kejujuran? Mampukah Aisyah terus berahsia tatkala semuanya mulai berubah? Masihkah cinta Aisyah menjadi yang terakhir buat Reyhan?

Cerita ni tertumpu pada kekeluargaan dan percintaan. Sweet dan buat senyum sampai telinga.

Wednesday, March 20, 2019

Review novel : Kukejar Kau Lari



Assalamualaikum,
Saya tak pernah baca karya dari penulis ni. Ni karya beliau yang pertama saya baca. Novel ni dicetak pada 2014, 5 tahun lepas. Gaya bahasa dan penceritaannya teratur dan 'skema'. Mungkin penulis punya gaya penulisan sebegitu. Saya kurang meminati gaya bahasa seperti ini. Sedikit bosan tapi isi utama novel menarik. Kisah anak yatim yang ditindas, di dera mental dan diambil hak mereka. Tidak terlalu sarat dengan cinta. Banyak typo berkaitan nama watak. Terlalu banyak watak di dalam kisah ini. Sesuai la untuk pembacaan remaja, kanak² sekolah kerana elemen persahabatan banyak diterapkan.

Sinopsis
Sejak kecil Nadira dibesarkan di Rumah Anak-anak Yatim Al-Mustaqim. Namun dia harus pergi kerana diambil oleh keluarga angkat yang kaya-raya. Dia protes. Akhirnya, dia meninggalkan rakan-rakannya, iaitu Zariq, Tajol dan Busrya. Sepuluh tahun kemudian, mereka bertemu semula. Namun, dalam rindu dan sayang ada rasa benci di hati.

Kemunculan Nadira membuatkan banyak hati yang kecewa. Pertemuan itu tidak menggembirakan Zariq. Dia tahu perasaan Nadira terhadapnya, tetapi dia tidak sanggup melihat Tajol, sahabat baiknya terluka kerana gadis itu.
Busyra pula tersasar arah. Cintanya pada Zariq rupa-rupanya hanya bertepuk sebelah tangan. Dia benci Nadira! Dia cemburukan Nadira! Nadira juga apabila Busyra selalu mendekati Zariq. Namun cinta bersegi-segi ini makin konflik bila Hardy, abang angkatnya meluahkan perasaan cinta.


Monday, February 25, 2019

Review Novel : Pelangi Cinta Buat Suami


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Novel kedua yang saya baca di bulan Februari. Karya Acik Lana yang dibeli prelove. Agak tebal novelnya. Nasib baik kisahnya tak cliche. Menarik kisahnya, tak sabar nak habiskan tp sebab tugas hakiki saya terpaksa bahagikan masa nak khatam. Agak lama juga masa yang di ambil.

Imanina, gadis kolej yang mengambil bidang fesyen berusia 25 tahun jatuh cinta pada duda, Tengku Qalif selepas membaca catatan peribadi milik lelaki itu bersama arwah isterinya, Liyana. Walaupun di layan dengan teruk.oleh Tengku Qalif, Imanina nekad untuk merebut cinta lelaki itu. Mereka berkhwinxkerana Tengku Qalif rasa tercabar. Imanina di layan dengan buruk oleh Qalif hinggakan Qalif setuju jika Amri, sahabat baiknya jatuh cinta pada Amri. Makin hari perangai Imanina yang penyabar, kelakar, blur menambat hati Qalif. Tambahan pula Qalif mulai perasan pandangan cinta Amri dan Syauqi pada isterinya. Dia mula rasa cemburu tetapi menafikan perasaannya. Qalif nekad mengakui perasaanya pada Imanina dan mereka menyulam cinta bersama hari ke hari. Rumahtangga mereka di landa badai bila kapal Qalif di serang lanun di depan mata Imanina. Qalif hilang di lautan dan semua mengatakan dia sudah mati. Imanina percaya Qalif masih hidup selagi jasad Qalif tidak dijumpai. Selepas 5 tahun, Imanina buat membuka hatinya pada Syauqi dan ingin menunutut fasakh, dia menerima panggilan dari ibu mertuanya yang Qalif dijumpai. Tapi Qalif bukan lagi Qalif. Berjayakan Imanina kembalikan semula ingatannya dan Qalif yang baru tega mengasari Imanina dan anak mereka. 


Kisah ini agak menarik, bukan cliche seperti kebiasaan novel melayu. Tapi di penghujung penulis agak rushing. Tetiba adengan dah jadi selepas 3 tahun, lepas tu tak cerita pun camna Imanina jumpa semula dengan Syauqi. Adik Qalif yang perangai tak senonoh pun kejap je kemunculannya. Tapi lain² gaya penceritaannya digarap dengan baik.

Wednesday, June 6, 2018

Review Novel - Tolong Pikat Hatinya


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Novel ni saya baca sepanjang Ramadhan. Permulaan pembacaan agak lambat. Saya belum dapat rentak. Saya keliru, banyak sangat nama dan watak. Lepas tu melompat adengan. Dah masuk suku bacaan, dah dapat rentak rasa tak leh nak stop dah baca.

Sinopsis
Ryan mengejar bekas isterinya Gia selepas mereka bercerai tetapi jejak Gia tak dapat di kesan. Zara menukar identiti selepas harga dirinya tercalar. Selepas kenaikan pangkat, Zara menjadi rapat dengan Ryan. Mereka jadi teman rapat tanpa sedar mereka menyintai satu sama lain. Ryan terjumpa Gia yang telah berkahwin. Harapannya hancur. Lebih buruk apabila mengetahui status Zara sebagai isteri orang. Zara membawa diri, mengusahakan resort keluarganya. Mereka berjumpa semula bila Ryan membeli resort milik keluarga Zara. 

Not bad. Saya tak kisah untuk cari lagi karya novelis ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...