Showing posts with label adaptasi. Show all posts
Showing posts with label adaptasi. Show all posts

Thursday, October 27, 2022

Review Novel : ilustrasi oleh : Ed


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel ini adalah sequel/sambungan Novel Kanvas. Watak Ed diperkembangkan lagi. Mula baca cam pening dengan adik nya tu. Tapi lama-lama baca dah paham.


Blurb :

Bakat melukis yang meramal masa depan. Anugerah, atau sumpahan?

Kerana satu tugasan kelas, persahabatan Ingrid si gadis aneh dan Adry yang istimewa mula terjalin. Tetapi penemuan sebuah jurnal hitam tinggalan seseorang menghantar seribu satu persoalan dalam hidup Adry.

Jurnal itu… siapa pemiliknya? Benarkah isinya meramal takdir yang belum tertulis?

“Saya rasa mungkin ada jalan untuk stop benda ni. Break the curse.” - Kara

“… kita musnahkan ‘sumpahan’ ni... dan lepas tu apa? Happily, ever after?” - Ed

… but this book might haunt you.
You’ve been warned.


Saturday, September 10, 2022

Review Drama : Ghost Doctor


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Drama 16 episod saya tonton di Netflix. Best. Recommend. Lepas 1 episod, sambung episod seterusnya. Ending, nak tau apa jadi pada roh bertiga tu. 

Sinopsis 

Cha Young Min doktor bedah hebat dan kerek. Han Seun Tak, cucu pengarah Hospital diorang kerja baru masuk intern kat situ. Jenis Happy Go Lucky tapi selalu mengelak dari buat prosedur. CYM accident, koma tapi roh dia berlegar di hospital. Semasa HST nak selamatkan nyawa nya di OT, CYM secara tak sengaja merasuk HST dan melakukan OP pada dirinya sendiri.

Thursday, March 17, 2022

Review Novel : Nadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ini novel kedua dari penulis ini. 


Sinopsis

Rutin hidup Jasmin tak ada bezanya dengan majoriti warga Kuala Lumpur yang lain. Bangun pagi-pergi kerja-balik kerja dan perkara yang sama diulang selagi Tuhan izinkan dia bernyawa. Namun, tanpa disangka perkenalan dia dengan seseorang telah mengubah rutinnya 180 darjah! Hidup yang selama ini biasa-biasa, tiba-tiba jadi luar biasa dan Jasmin suka!

Namun keseronokan itu tanpa sedar membawa dia ke dalam sebuah konflik yang melibatkan hidup dan matinya satu nyawa. Dan untuk kekal hidup, Jasmin harus memilih...

Nyawa dia... atau lelaki yang disayanginya!

Kalau nak lari dari kisah cliche, boleh try baca novel ni.

Friday, March 2, 2012

Review novel : Kan Kukejar Cinta Kamu

Salam..
Jom review novel.. Selamat sudah menghabiskan novel ni semalam.
Saya order novel ni directly dari penulisnya sebab belum jumpa novel ni di kedai-kedai buku.
Dah la ramai yang review cakap novel ni sangat best.
Terus tak sabar tunggu novel ni sampai kat kedai buku Penang.
Maka orderla saya di FB Fauziah Ashari (FA)
Yang bestnya siap dapat autograph.. \{^_^}/
FA juga penulis novel Ombak Rindu



Saya sangat suka novel ni. Hero dan heroin nya bukan la 100% perfect seperti dalam novel - novel lain.
Masing-masing ada kelebihan keburukan. Novel ni sangat sesuai untuk yang baru kahwin.
Banyak asam garam rumah tangga. Adengan dalam bilik tidur pun ada.. Hahahaa..
Tapi tak de la censored, cerita directly. Mana yang dah kahwin paham la.. +_+
Saya bagi 4 bintang dari 5 (4/5)

Sinopsis
Alma dan Rayyan berkahwin 3 bulan sebelum pulang ke Malaysia.
Kedua-dua keluarga mereka bermusuh. Tapi demi cinta diorg redah dan sanggup hadapi dugaan bersama.
Sehari selepas kepulangan mereka ke Malaysia, Rayyan kemalangan dan hilang ingatan.
Berbagai cara Alma lakukan untuk mendapatkan Rayyan semula.
Tambah lak dengan nenek Rayyan yang mengetahui perkahwinan mereka.
Sehinggalah keluarga Rayyan merampas syer syarikat keluarga Alma sebanyak 60%
Alma dibuang keluarga apabila mereka mengetahui yang dia sudah berkahwin dengan musuh keluarga.
Alma putus asa dan membawa diri ke JB. Tinggal bersama Kalsom dan jadikan keluarga Kalsom sebagai keluarga angkatnya.
Kemudian nekad untuk bercerai dengan Rayyan setelah mengetahui yang Rayyan akan berkahwin dengan Dilaila.
Rayyan bersetuju untuk bercerai dengan perjanjian. Mereka harus tinggal bersama selama 2 tahun atau syer 20% milik Alma menjadi milik Rayyan, dan beberapa syarat lain.
Berbagai dugaan berlaku pada mereka semasa tinggal serumah.
Bergaduh, bemesra. Dan Rayyan menjadi bertambah keliru apabila perkara negatif tentang Alma di ceritakan.
Sehinggalah rahsia sebenar permusuhan keluarga mereka terbongkar.
Dan yang jahat mendapat balasan dan insaf.
Yan jujur dan benar mendapat bahagian mereka.
Yang penting happy ending. huhuhu

Ok.. itu sahaja..
Jumpa lagi di next entry :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...