Showing posts with label ayu emelda. Show all posts
Showing posts with label ayu emelda. Show all posts

Monday, September 3, 2018

Review novel : Panahan Cinta Mr. Agoraphobia


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Novel ni saya beli kerana penulisnya. Masa baca blurp di bahgian belakang, tak tertarik untuk beli walaupun kisahnya bukan cliche tapi sambar juga sebab penulisnya. Dah baca, ok la. Tak la best sangat. Saya tak suka penggunaan nama 'Tuan Faleeq' berkali-kali. Pastu banyak part romantik. Sesi sentuhan tubuh suami isteri di ceritakan terlalu detail. Bagi saya tak perlu. Banyak pembaca novel belum berkahwin. Tak sesuai. Tapi novel dah melalui suntingan editor, mungkin bagi mereka ia tak keterlaluan.

Sinopsis
Thalia Aysara pelajar di Universiti yang selalu dimarahi Dr Aliff, pensyarahnya kerana pelajarannya makin merosot. Dia bekerja lebih masa bagi menyara keluarga dan membayar hutang Abang Joe. Bila Abang Joe cuba untuk merogolnya dia lari menyelamatkan diri di sebuah kilang milik Al-Hayyan group. Tuan Faleeq pengurus kilang tersebut menghantar Thalia ke hospital bila dia pengsan dan juga menyelesaikan semua hutang milik keluarga Thalia kepada Abang Joe. Abang Joe bertindak membakar kilang Al-Hayyan. Thalia yang kebetulan lalu di situ bertindak menyelamatkan Tuan Faleeq. Selepas kejadian itu, Abang Joe diberkas polis dan Tuan Faleeq menghidap agoraphobia. Ketika sesi praktikal di Al-Hayyan Group, ibu bapa Tuan Faleeq merasakn Thalia sesuai menjadi isteri Faleeq kerana dengan kehadiran Thalia, Faleeq berjaya keluar dari zon selamatnya. Pada awalnya, kedua-dua mereka menentang keras. Apatah lagi bila Dr Alif meluahkan perasaan pada Thalia. Selepas berkahwin, Thalia harus menghadap kehadiran Hanee dn Abang Joe yang lari dari penjara. 
Boleh la nak baca. Tapi tebal. Sejak jadi mak anak dua ni, malas nak pegang buku tebal-tebal.

Friday, August 24, 2018

Review novel : My Juna


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya baru berjinak-jinak membaca hasil karya Acik Lana. Cara penceritaanya masuk dengan jiwa.

Sinopsis
Juna, lelaki kacak, kasanova, buaya darat, kaki kelab, kaki botol dan pelbagai lagi sifat negatif. Dalam buruknya, dia anak bongsu yang manja dan sangat sayang pada ibunya. Jane pula gadis yang berbeza sifat dengan Juna. Jane dikenali Juna melalui front cover majalah. Selepas kejadian Juna di selamatkan Jane, mereka kerap kali terserempak. Jane yang mengetahui sifat buruk Juna masih berkawan dengannya. Baginya, manusia tidak perlu di pandang hina hanya kerana sisi negatifnya. Juna masih banyak sifat terpuji dan Juna sangat menghormatinya. Jane mengambil keputusan berpisah dengan zack bila lekaki itu mengongkingnya malangnya Zack bertindak agresif bila menculiknya. Juna tampil sebagai hero menyelamatkan Jane dengan bantuan kuasanya. Selepas itu, Jane mula aktif sebagai model dan mula didekati oleh Datur Arshad hingga dia dilamar. Juna pula mulai berubah bila Khaty tampil membocorkan rahsianya pada mama. Dia dihalau keluar dan hidup menumpang pada Kay. Seminggu sebelum pernikah Jane dengan Dato, dia mulau rasa yang keputusannya silap. Dia nekad melarikan diri malam perkahwinannya bila mngetahu Dato menggunakan taktik kotor. Jane juga dibuang keluarga. Jane dan juna saling memerlukan dan mereka sedar perasaan mereka. Dapatkah Jane menerima sisi gelap Juna. Bagaimana dengan ibu ayahnya yang sangat mahukan dia menjadi isteri Dato Arshad. Percayakah keluarga Juna bila Juna mengaku sudah berubah? Dato Arshad nekad tidak mahukan sesiapa memeiliki Jane. Baginya, Jane adalah Maira miliknya selamanya.

Novel ni best. Tak rugi membaca. Saya tak sabar nak beli karya Acik Lana lagi.

Tuesday, February 5, 2013

Review Novel - Benci! Benci! Benci!

Salam..
Saya beli novel ni atas recommend dari forum. Firstly cover novel ni sangat tak menarik. Maaf, Alaf 21 perlu perbaiki. Rasanya banyak dah cover novel Laf21 yang buruk-buruk. Kalau ikutkan penulisnya agak popular tetapi saya tak rasa saya pernah membaca hasil karya beliau. Di awal pembacaan, ya quite nice story nya. Bila heroin dah kahwin saya jadi letih membaca. Mereka suami isteri asyik dengan konflik yang tak sudah-sudah. Sampai saya terfikir, bila diorang nak berdamai ni. Di pertengahan macam kelam kabut pun ada. Tak synchronize. Saya mampu bagi 2.7/5 bintang sahaja.

Sinopsis

Qisha dipinang Zarif sebanyak 3 kali tetapi dia menolak atas alasannya tersendiri dan dia juga telak mempunyai pilihan sendiri, Akim yang belajar di luar negara. Tetapi sudah jodoh mereka, Qisha menerima lamaran Zarif setelah mereka mulai rapat. Di hari perkahwinan mereka, Zarif mula berasa curiga pada isterinya apabila mengetahui yang isterinya berjumpa dengan Akim. Bermula dari saat itu, Zarif melayan Qisha umpama pelacur, orang gaji. Apatah lagi mereka tinggal di luar negara kerana Zarif perlu menamatkan pelajarannya. Berbagai dugaan yang harus mereka lalui dalam rumah tangga mereka. Tambahan pula dengan kehadiran Akim yang masih menaruh dendam pada Zarif. Sehinggalah Qisha hilang sabar apabila kandungannya keguguran dan membawa diri ke pangkuan keluarganya dan saat itu Zarif mulai sedar namun sudah terlewat. Apakah keksudahan hubungan mereka? Dapatkah di selamtkan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...