Showing posts with label bijan. Show all posts
Showing posts with label bijan. Show all posts

Wednesday, September 19, 2018

Malaysian Day 2018 Fun Walk Celebration


Tarikh : 16/9/2018
Flagg off : 7 pagi
Tempat : Auto City, Juru
Jarak : 5km
Bayaran : RM26.50 (+ GST)


Event ni saya daftar awal lagi, rasanya bulan April saya daftar. Masa tu GST masih ada. Cepat je daftar bila event buat area seberang ni. Bayaran pun kurang dari RM30. Hari collect baju ada perubahan tapi tak de masalah sebab Howei sentiasa update melalui email. Kena rajin cek email la ye.


Sehari sebelum acara collect baju. Dari 10pagi hingga 10 malam. Kami pergi lepas 2 petang. Orang pun tak ramai. Tunjuk receipt melalui telefon dan siap. Dapat baju, lucky draw number dan sticker bendera Malaysia.


Hari acara, hujan dari malam. Husband plan nak hantar anak-anak rumah family saya je sebab dah hujan kan. Saya lak nak bawa je. Kalau hujan biar saya jaga bawah khemah je nanti. Sambil-sambil tu saya semak update di Fanpage organizer samada acara jalan ke batal. Sampai sana beratur untuk ambil wristband dan bendera. Dan emcee umum acara ditunda 8 pagi. Sementara tu dipasangnya lagu patriotik. Berteduh la bawah khemah ramai-ramai.


7.55pagi acara diteruskan. Peserta dilepaskan. Payung bawa 2. Husband bawa satu sambil tolak stroller Anas. Payung saya letak kat stroller Auni. Saya susah tolak stroller dan pegang payung. Saya basah dalam hujan renyai. Laluan 5 km kami di kawasan kilang. Jalan tak sibuk dan bahaya. Tak banyak kenderaan. Semuapun jalan santai je. Ada je yang pulun lari. Kami baru 5miniy jalan, mereka dah sampai finishing. Acara pemberian medal berjalan lancar. Dah 2 event anjuran organize ni saya join, memang smooth aturcaranya termasuk pemberian medal. Itu yang paling penting. Banyak orang terus balik lepas dapat medal.



Hanya dapat medal. Tiada goodie bag atau makanan. Pisang dan plain water dah diberi semasa 2km terakhir. Cadangnya nak tunggu lucky draw. Ada zumba. Lepastu tengok hadiah lucky draw tak menarik teruk husband ajak balik.


Wednesday, September 12, 2018

Review Novel : Jebat


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel terbaru dari E-man Sufi yang juga sambungan kisah Jebat Mastura dari novel 'Bukan Kerna Aku Tak Cinta'. Niis saja novelnya dan hanya tertumpu pada satu kisah. Jebat diburu ekoran kisah lampaunya. Kisah mereka semasa diburu diceritakan secara terperinci. Bila baca novel ni, saya terbayang watak Sharnaaz dan Nelydia. Katanya novel adaptasi dari filem. Tapi saya tak pasti filem sudah ditayang atau belum.

Sinopsis
Jebat dan Mastura berbulan madu di Prague di taja oleh kakak Mastura Hannah Maryam. Keseronokan mereka terganggu bila Jebat perasan kehadiran lelaki bertatu ular yang cukup dikenalinya. Tanpa memeberitahu Mastura dia bergegas mengajak Mastura pulang ke Malaysia dengan alasan bapa saudaranya, Bujang sakit. Uncle Bujan juga diserang menyebabkan Airen menghubungi Jebat. Mastura dibawa tinggal di villa keluarganya untuk mengelakkan dari diserang. Semasa Jebat melawat Uncle Bujang sekali lagi mereka di serang. Jebat mengarahkan Airen menyelamatkan Mastura dan Uncle Bujang tapi Mas yang degil mengekori Jebat. Dia semakin curiga dengan Jebat hinggalah Jebat menceritakan kisah silamnya. Setelah Jebat mengetahui dia di serang oleh geng Uncle Keong, di ke Taiping untuk bersua dan menyelesaikan semuanya. Kehadiran Mastura melambatkan pergerakannya. Apatah lagi dengan sikap degil dan keras kepala Mas. Jebat jyga diekori Jasmine yang juga berdendam dengannya hingga menjadikan Mas sebagai tebusan.

Saya suka buku ni. Rasa macam saya ada dalam s

Saturday, September 1, 2018

Sambutan Hari Kebangsaan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Malaysia dah merdeka 61 tahun. Tahniah Malaysia dan goodluck Mlaysia baru. Biasanya hari merdeka lepak di rumah. Tahun ni sekolah Anas ada buat sambutan. Mulanya malas nak pergi. Cikgu pun tak cakap wajib hadir. Tapi Anas sehari sebelum dah excited. Macam-macam dia cerita. Pergi lah kami. Dah la terlewat bangun. Pastu kasut sekah Anas lupa ambil di rumah mak.


Nasib la masa sampai budak-budak baru nak mula. Semua berbaris menyanyi lagu kebangsaan pastu ada sesi soal jawab berkenaan hari merdeka. Anas satu pun tak jawab. Dia kata dia tak tahu jawapan. Lepas tu kena berarak di luar sekolah dan bergambar. Selesai semuanya, masuk dalam kelas balik kena buat kolaj bersama ibu dan ayah. Kolaj terbaik dapat hadiah. Anas dapat saguhati je. Dapat goody bag dan duit.


Kemudian makan. Pihak tabika sediakan sandwich dan kuih. 11.30 pagi semuanya selesai dan boleh bersurai.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...