Showing posts with label aleya aneesa. Show all posts
Showing posts with label aleya aneesa. Show all posts

Wednesday, August 26, 2020

Review novel : Kekasih Cadangan Hati

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
Novel diberi sendiri dari penulisnya. Baru tau rupanya Aleya Aneesa dan Anggerik Mahwa orang yang sama. Antara penulis favourite saya dan ternyata karyanya tidak mengecewakan. Kisah rumah tangga yang agak berat tapi masih enjoy membacanya.

Sinopsis

Zehra berkahwin 7 tahun dengan Khalil dan hidup bersama naka mereka Iman. Malangnya perkahwinan mereka tidak seperti orang lain. Hidup umpama neraka bila Khalil selalu menghadiahkan sepak terajang kepada mereka berdua. Hidup mereka berubah selepas jiran baru mereka berpindah. Iman yang muram kembali ceria dengan teman spermainan baru Reha. Rupanya jiran baru mereka adalah teman baik Zehra semasa di kolej, Tasya dan Raimi. Raimi tidak sukakan Zehra kerana kisah silam mereka tetapi tidak Tasya. Baginya Zehra penyelamat anaknya. Raimi dan Tasya menyelamatkan Zehra selepas teruk dibelasah Khalil dan akhirnya Khalil meceraikan Zehra. Malangnya Khalil masih mengganggi Zehra. Demi menyelamatkan nyawa Iman dan menunaikan janji, Zehra berkahwin dengan Raimi selepas kematian Tasya. Perkahwinan mereka hanya di atas kertas. Hubungan mereka sekadar pelengkap kepada Iman dan Reha yang masing-masing tiada ibu bapa. Pelbagai dugaan menimpa mereka. Khalil yang tidak insaf, cubaan merogol Zehra, kehadiran Hidayah, wanita pilihan ibu Raimi menjadi kan mereka tersepit. Bahagiakah perkahwinan mereka? Bagaimana kesudahannya?

Best cerita ni. 4.5/5 saya bagi. Tak rugi memilikinya. 

Monday, April 8, 2019

Review novel : Cemburu Seorang Aku


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hari ni saya nak review novel Lynn Dayana terbitan Poreng Kertas. Penulis favourite saya dan semestinya hasilnya tidak mengecewakan. Novelnya tebal dan tidak bosan membacanya. Bila dah start pegang memang susah nak stop.

Sinopsis
Sufi dan Tri berkawan baik sejak berumur 10 tahun. Keluarga mereka juga saling mengenali dan merestui hubungan mereka. Tri pernah melamar Sufi 5 tahun lepas tapi Sufi menolak dengan alasan belum bersedia. Hari ni, bila Tri bersedia ingin menamatkan zaman bujang dengan model, Hana dan Sufi rasa seperti dipukul. Dia kini sedar dia punya perasaan pada Tri tapi persediaan perkahwinan mereka sedang berlangsung. Sufi menyibukkan diri dan mengelak dari Tri tapi Tri walau apa jua keputusannya, dia mahu Sufi ada bersama. Ini menjadikan Hana rimas dan cemburu. Hana mengugut Sufi supaya tidak hadir pada majlis mereka dan Sufi akur. Malangnya Hana yang tidak datang saat mahu diijabkabulkan menjadikan Sufi sebagai penyebab. Tri berang dan tidak mahu Sufi wujud di dalam hidupnya. Sufi akur dan berpindah tempat kerja. Hana muncul semula dan mengumumkan tarikh pernikahan. Tri keliru. Lebih keliru bila Theya menceritakan hal sebenar. Bila Hana kemalangan dan Theya meninggal, Sufi sekali lagi jadi buruan wartawan dan polis. Perlukah Sufi berpindah ke planet lain supaya Hana puas atau biar dirinya mati saja?

Novel ini memang WAJIB dibaca bagi penggemar novel dan sediakan tisu banyak-banyak.

Wednesday, September 12, 2018

Review Novel : Jebat


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel terbaru dari E-man Sufi yang juga sambungan kisah Jebat Mastura dari novel 'Bukan Kerna Aku Tak Cinta'. Niis saja novelnya dan hanya tertumpu pada satu kisah. Jebat diburu ekoran kisah lampaunya. Kisah mereka semasa diburu diceritakan secara terperinci. Bila baca novel ni, saya terbayang watak Sharnaaz dan Nelydia. Katanya novel adaptasi dari filem. Tapi saya tak pasti filem sudah ditayang atau belum.

Sinopsis
Jebat dan Mastura berbulan madu di Prague di taja oleh kakak Mastura Hannah Maryam. Keseronokan mereka terganggu bila Jebat perasan kehadiran lelaki bertatu ular yang cukup dikenalinya. Tanpa memeberitahu Mastura dia bergegas mengajak Mastura pulang ke Malaysia dengan alasan bapa saudaranya, Bujang sakit. Uncle Bujan juga diserang menyebabkan Airen menghubungi Jebat. Mastura dibawa tinggal di villa keluarganya untuk mengelakkan dari diserang. Semasa Jebat melawat Uncle Bujang sekali lagi mereka di serang. Jebat mengarahkan Airen menyelamatkan Mastura dan Uncle Bujang tapi Mas yang degil mengekori Jebat. Dia semakin curiga dengan Jebat hinggalah Jebat menceritakan kisah silamnya. Setelah Jebat mengetahui dia di serang oleh geng Uncle Keong, di ke Taiping untuk bersua dan menyelesaikan semuanya. Kehadiran Mastura melambatkan pergerakannya. Apatah lagi dengan sikap degil dan keras kepala Mas. Jebat jyga diekori Jasmine yang juga berdendam dengannya hingga menjadikan Mas sebagai tebusan.

Saya suka buku ni. Rasa macam saya ada dalam s

Tuesday, June 26, 2018

Review Novel : Seperti Ada Cinta


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Novel dari Poreng Kertas, karya  Hezzy Azra. Novel ni best, menarik. Rasa macam ketagih kopi. Teringat-ingat je pada Farra dan Nashriq bila kat tempat kerja. Novel ni baca masa waktu terluang kat rumah je. Tapi sebab best, saya memang berjaya habiskan dalam waktu yang pantas.

Sinopsis
Fara dan Ilhan bertunang selapas 8 tahun menyulam cinta. Dengan perjanji tempoh bertunang selama setahun tetapi Ilhan masih belum memberi kata putus akan tarikh nikah mereka. Alasan Ilhan untuk perkembangkan kerjayanya. Dr Nashriq di pertemukan dengan Fara bila Fara mendapatkan rawatan di klinik Lokum akibat demam. Rupanya Farra crushnya 13 tahun lalu. Perjumpaan semula mereka dipanjangkan bila Farra di masukkan ke hospital kerana denggi. Mereka berkomunikasi di Facebook dan whatsapp tetapi Nashriq hormatkan Farra sebagai tunangan orang. Nashriq rapat dengan Aireen, teman semasa housemanshipnya dahulu tetapi dia tidak pasti apa hubungan mereka bila Aireen lebih banyak diam dari berbicara. Bagi Aireen, keluarganya yang utama dan dia tahu apa yang diputuskan oleh mereka adalah yang terbaik. Hubungan Farra dan Ilhan yang semakin pincang membuatkan dia nekad untuk perbaikinya tetapi apa yang dilihatnya merubah segala-galanya. Ayah Aireen pula mendesak Nashriq untuk mempercepatkan perkahwinan antara mereka tetapi Nashriq keliru dengan perasaan Aireen padanya. Bagaimana kesudahan hubungan mereka. 

Bagi saya, novel ni terbaik. Penceritaan, gaya bahasa dan semuanya sempurna. Tak rugi memilikinya sebagai koleksi.

Monday, March 12, 2018

Review Novel : Sayangku Merajuk


Novel pertama bulan Mac. Mula pembacaan hujung Februari. Seronok ceritanya. Banyak plot dan watak. Penulis pandai gabungkan plot. Tapi tajuk bagi saya tak menarik. Mungkin tajuk perlu lebih catchy. Tajuk ni nampak macam kebudak-budakan.

Sinopsis
Aireen dan Shahir berkahwin ketika melanjutkan pelajatan di luar negara dengan restu ibu Aireen tetapi tidak ibu Shahir. Demi agama Islam, Shahir pulang ke Malaysia supaya Laura tidak terpesong akidah. Tetapi kepulangan terlalu lama. Aireen menunggu selama 5 bulan teapi Shahir tidak datang dan dia oulang ke Malaysia dengan kejian orang kampung bahawa dia mengandungkan anak luar nikah. Bagi Aireen dia telah dicerailan Shahir kerana perjanjian mereka talak jatuh ketika Shahir menikahi Laura. Selepas 5 tahun, mereka terjumpa dan Shahir kembali memburu Aireen. Bagi dia Aireen masih isterinya. Tambahan pula dengan kehadiran si kembar. Aireen yang bersedia menjadi isteri Zarul, mula rawan dengan kehadiran Shahir di rumah mereka. Madam Anna yang perasan perubahan Shahir mengupah penyiasat untuk memberi amaran pada Aireen. Akhirnya Shahir melepaskan Aireen. Berbahagiakah Aireen bersama Zarul dan kembar? Laura menggunkan Amar untuk memerangkap Shahir dan Aireen. Siapa dalang disebalik kemalangan Dyra dan hampir merogol Aireen?


Monday, January 29, 2018

Review novel : Kief



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tahun 2018 saya berazam untuk membaca 1 novel 1 bulan. Dan Januari saya berjaya baca 2 novel. Novel ke2 tahun 2018 adalah Kief karya Dhiya Zafira, penulis thriller. Kisahnya ada terselit adengan romantis hero dan heroin. Pelbagai rasa boleh di rasai ketika membaca novelnya.

Sinopsis
Kief, ahli bomba, kematian isteri, duda anak seorang, Emma. Dia membesarkan Emma tanpa isteri selama 13 tahun. Dia juga mengambil alih menjaga Arin, bekas adik ipar yang koma selama 5 tahun selepas kakak kandungnya berpindah ke Australia mengikut suaminya. Keajaiban berlaku bila Arin membuka mata dan meneruskan kehidupan seperti mereka yang normal. Ibu Kief bercadang supaya Kief dan Arin bernikah. Kief cuba membuka hatinya menerima Arin dan mereka di nikahkan. Mereka bahagia bila masing² cuba menerima pasangan masing². Kemunculan Rais yang menyatakan Emma adalah anaknya menyebabkan Kief berang. Lebik buruk lagi bila asrama Emma terbakar. Kief menjadi lebih berhati² bila Emma di luar. Arin mendesak Kief melakukan ujian DNA untuk kebaikan Emma di masa akan datang tetapi keputusannya mengambil masa yang lama dan mereka ditimpa musibah lagi angkara Muaz. Siapa Muaz?

Karya terbitan Poreng Kertas wajib d miliki sebagai koleksi peribadi. Dapatkannya untuk ketahui kisah selanjutnya.


Monday, November 24, 2014

REview Novel : Terus Cintai Aku


Novel yang saya beli dari group preloved. Beli sebab penulisnya, novel ni masih dijual di kedai buku tapi nasib baik saya tak beli yang baru. Rugi kot. Cerita meleret-leret. Baru seminggu saya habiskan bacaan, dan sekarang saya dah tak ingat jalan ceritanya.

Sinopsis
Zalis yang berpegang pada janji zaman kanak-kanaknya yabg Khilfie akan bernikah dengannya dan dia terus bersendirian. Hubungan mereka terputus bila ibu bapa Khilfie meninggal dan dia di jaga oleh ibu saudaranya dan berpindah. Apabila mereka bertemu semula, Khilfie akan melangsungkan majlis bertunang dan Zalis kecewa. Ini menyebabkan Zalis mengelak dari bertemu dengan Khilfie tetapi sebaliknya dengan Khilfie yang teruja bertemu semula dengan teman kecilnya. Semuanya berubah bila rahsia tentang janji zaman kecil mereka di ketahui Zalis. Bagaimanakah kesudahan kisah cinta mereka?

Monday, October 3, 2011

novel : kasih benar kasih

salam... hai...
saya dah wat keputusan sepanjang saya MC ni nak ulas pasal novel yg sy dah baca..
hahahaha :)
boleh gak wat rujukan org ramai..
(konon ramai la mlawat blog ni) wekkkk
biar la..
leh wat rujukan kelak dah tua2.. ngeee..
okey.. back to topic.. ^___^


okay,sudah setel baca buku diatas.
best okay.. 4/5
recommended..

kisah pasal nura, 29 tahun x kawin2.
mak ayah dia pakat nak jodoh dia ngan Dinzley, 32 tahun yg juga
anak kenalan rapat mereka.
diorg mintak tempoh setahun untuk kenal hati budi msg2.
selepas 6 bulan diorg akan tunang. kalau ok, 6 bln berikutnya kahwin.
dlm knal2 tu diorg mcm ok la.
so bertunang.
lepas tunang tu dah fall in love tapi x ngaku.
tgal dekat nak nikah 2 bulan terakhir kot (lupa)

ex gf dinzley muncul.
tujuan utama xnk bg diorg kawin.
reka crita konon sakit xde ms nak hidup dah
suruh dinzley janji x kawin dgn nura sblm dia mati.
dinzley pun bingai setuju (marah ni)
so dia pon x contact nura n kerap jumpa ex dia.
nura penah nampak tp tak gtau dinzley.
masa tu br diorg sedar yg diorg dah in love.

masa perjumpaan keluarga tuk bncg hal kahwin diorg, dinzley mntk tangguh kahwin.
nura yang malu mintak putus trus dan bw diri.
dinzley lak br tau yg ex dia tipu hal sakit tu.
trus jejak nura n ajak kawin.
nura trus stuju.

lepas setaun kawin diorg x bahagia sbb nura bls dendam kat dinzley.
dia x jlnkn tggjwb isteri.
dinzley je yg mghrp dan gembirakan nura.
soparents diorg wat plan tuk satukan diorg balik ngn libatkan ex dinzley.
nak bg nura jeles.
dan berkesan.. nura br sedar yg dia mmg cintakan dinzley & x sgup berjauhan..
so happy ending..

hahaha.. habis smua sy crita..
ada la part2 lain tp smua short cut dah bila sy crita...
sila lah beli ok.. tak rugi..

Saturday, September 24, 2011

novel : usah menangis sayang

salam..
beberapa hari lepas dah abis bc novel ni


ok la.. rate 2.5/5..
leh la wat baca boring2 macam saya ni..
kalau nak wat koleksi @ baca kali ke3, 4 tak dah kot..

kisah pasal tini dan isma kawan baik dr kecik.
isma kawin ngan lecturer diorg.
tini bercinta ngan abg isma.
pasal cemburu isma cerai ngan hubby dia (x ingt nama pe) :)
talak tiga.
pasal syg sgt ngan hubby, isma suruh tini kahwin ngan hubby dia.
tini yg terhutang budi ngan isma pun stuju.
lepas diorg kahwin tgal asing2 sbb x in love pon.
isma lak kemalangan dan hilang bila jatuh gaung.
lepas 3 tahun. hubby tini ni kna kanser paru2.
tini jaga masa di wad dan umah.
jatuh cinta lak diorg ni.
pastu jumpa isma yg hilang ingatan di hospital.
isma jatuh di wad kepla terhantuk, ingt balik..
rupanya isma pon dah ada pakwe.
mai cari tini sbb nak dptkan pengesahan samada dia isteri org atau bujang.
so happy ending.

wahhh.. habis saya crita 1 novel ^__^
ada la lg part yg sy x crita tapi ringkasannya cmtu la
byk typo error buku ni. mana yg patut nama tini diorg type isma..
nasib la saya phm crita ni..

so sekrang tinggal last novel yg belum baca..
huhhu.. nak kena ajak hubby g popular nak borong buku. 
so, ini la buku last.. belum baca pun g.. xde mood lagi..



sapa dah baca buku bawah ni..
tahun lepas kot saya beli buku ni..
tapi dah baca dekat 4 kali dah..
best sangat buku ni..
memang edisi susah nak letak..
rate saya 6/5 banyak kan?
silalah beli kalau ada peluang..
tak rugi

p/s - rini birthday my cousin.. cousin yg paling rapat ngan saya.. dan sebaya.. dia juga ngan pregnant baby 1st.. 7 bulan dah.. all the best daya.. aku doakan yang terbaik

Monday, September 12, 2011

novel oh novel

salam..
entry kali ni nak bercerita hal novel.
mana yang rapat dengan saya mesti tau saya ni pembaca tegar novel sejak di bangku sekolah lagi..
cuma sejak bekerja hobi ini makin berkurangan.
bukannya tidak membaca. kalau dahulu 1 novel boleh dihabiskan dalam 1 - 2 hari,
sejak bekerja 1 novel mengambil masa berminggu untuk dihabiskan.
membeli juga hanya 1-2 kali sebulan. masa student dulu. smgu mesti ada 2 novel baru di beli.
bila dah MC ni, sah - sah la boring.
maka kembali la habit saya.
nak membeli la masalah sebab saya hanya di rumah. keluar hanya ke hospital.
bulan pertama MC sy beli online pada blogger yang menjual novel.
saya dah cerita dalam entry lepas.

bila berjalan - jalan di forum saya akan senaraikan dalam handphone novel mana yang suggest by other readers.
lepas raya ni, saya makin biasa dengan diri baru saya. :) maka saya mulakan operasi.. :)
ajak hubby ke shopping complex yang ada kemudahan untuk pergerakan wheel chair.
masuk popular, nak gila saya tgok novel yg byk stok baru..
lama kot tak masuk kedai buku. lebih 2 bulan.
dr 8 buah novel yang disenarai yang jumpa 3 je..


semalam ke shopping mall lagi.. asalnya hubby nak g repair hp.
daha diajaknya saya pergi. ikut la.. lagipun bosan duk umah je hari - hari.
masuk POPULAR shopping mall ni jumpa lagi 2 novel dalam senarai. banyak lagi yang tak explore,
sempit sikit popular ni, pergerakan wheel chair jadi payah. nampak je novel yang nak terus g bayar.
tak sanggup nak jelajah dah.
orang pun ramai.
ye lah weekend kan.



dalam semua buku yang dibeli baru abis baca sebuah.. hahaha..
lambatkan..
mau tak. asal nak baca je tv tayang crita best.
terpaksa la hold dulu.
asal malam je semua asyik suruh tutup lampu.
takkan nak baca dalam gelap..
so ini buku yang dah dibaca.
pada yang minat novel dan belum beli lagi, recommended.
3/5 bintang dari saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...