Selepas je saya discharge dari hospital, saya dapat extra 3 hari MC. Discharge Ahad, MC sehingga Rabu. Hubby lak on leave Isnin dan Selasa. Ntah macam mana masa sembang dengan hubby dalam kereta ajak dia g somewhere. Dia pun setuju nak ke Bukit Tinggi. Masa tengah bersiap, packing barang saya cakap kat hubby g Cameron je la. Lebih mudah. Hotel budget pun banyak. Bukit Tinggi tak banyak pilihan kot. Lagi pun saya baru sekali je pergi sana. Kurang pengetahuan sikit banding dengan Cameron. Hubby lak kata bila lagi nak try tempat yang belum pernah pergi. Ok, dia belum pernah ke Bukit Tinggi.
Kami bertolak dari Penang dalam pukul 4 petang. Memang tak de rushing pun. Sampai sana dalam 9.30 malam dengan bantuan GPS handphone kami berdua. First hotel jumpa The Chateau. Di bawa melihat bilik yang ada. Tinggal room Superior sahaja yang price nya RM750++ Memang lari bajet kami. Terus gerak ke Colmar Tropicale (CT). Price RM 249 untuk 2 single bed + breakfast + free admission Botanical Garden / Japanese village. Kami decide ambil je bilik tu. Saya dapat harga Government servant RM209. Masuk bilik tak de pun 2 single bed. Memang Queen size bed. Memang berbaloi dengan harga yang di bayar.
Chef Special Fried Rice |
menu breakfast kami pagi itu |
Sampai CT tangkap gambar lagi then gerak balik. Hubby ajak ke Ampang melawat abang dan kakak iparnya. Saya ikut je. Then malam tu lepas Isyak kami gerak balik ke Penang. Alhamdulillah selamat sampai.
p/s - baju yg sama saya dan hubby pakai dengan maternity photoshoot. Ini satu-satunya baju maternity yang saya beli. Itu pun beli untuk photoshoot dan hanyalah dress biasa yang juga boleh pakai after confinement. Hari-hari lain saya belasah pakai t-shirt dan seluar track saja T_T Sangat tak berminat untuk bercantik-cantik.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)