Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

Journey 1st trimester

Perkembangan saya setakat ni yang sempat saya conteng :)

  • minggu ke 4 - hanyalah loya. Ada hari yang loya dari pagi sampai ke malam. Ada hari yang loya di waktu pagi je. Tapi tak de la sampai muntah kuar air je pun. Selera makan memang la membuak-buak. Dah makan nasi 2 pinggan pun masih lapar T__T
  • minggu ke 5 - masih seperti minggu 4. Waktu tidur je bangun 2, 3 kali ke toilet nak buang air. Bahagian peha yang patah rasa sangat sakit. Tak tahu kenapa. So far belum jumpa doktor. Dah siap2 ambil darah untuk buka buku pink. Ada satu malam tu saya sakit di bahagian suprapubic (ari-ari). Hubby bawa ke klinik. Katanya normal dan sekali lagi cek UPT dan ini hasilnya.
  • minggu ke 6 - Masih selsema dan batuk. Kaki masih sakit on off. Plan nak pergi buat buku pink minggu ni. Fikir macam awal je lagi. Nanti nak kena g klinik every month. Lepas raya la baru pergi. Sempat la sebelum 12 minggu. Saya ada call KK last week. Buku pink kena buat sebelum 12 minggu. Cuma plan nak pergi klinik scan je. Cuma nak make sure saya tak mengandung luar rahim atau molar pregnancy.Di tempat kerja saya memang boleh scan tapi hanya untuk pesakit yang di rujuk. Ye saya staf, tapi saya tak perlu nak guna kelebihan itu untuk benda yang tak sepatutnya. Oleh itu saya rela ke GP. Memang ada cerita di GP yang saya pergi tapi nanti la crita kalau rajin. Ngeee
di scan 4w 3d, ikut LMP ~6w
  • Minggu ke 7 - sudah masuk Ramadhan. selera makan makin menurun. Nampak nasi rasa kembang tekak. Paksa diri makan jugak untuk tenaga. Yang boleh minum susu segelas semasa sahur dan sebelum tidur. 
  • Minggu ke 8 - Wajib muntah selepas makan. Selera makan takde langsung. Susu langsung tak boleh tengok. Sentiasa bau kurang menyenangkan bila tengok makanan atau ke bazar ramadhan. Tenaga makin menurun. Tak mampu berdiri lama, pening dan nak pitam. Dah buka buku pink. Scan pun dah nampak shape :)
  • Minggu ke 9,10,11 - masih seperti mingu yang lepas, mutah selepas makan. Tak makan pun muntah. Selera makan tiada. Masih sembelit T_T Bila nk hilang alah ni?
  • Minggu ke 12 - Raya!! Dan sudah tidak muntah lepas makan. Yeaaaahh.. Tapi masih belum ada selera makan. Cuma paksa diri untuk makan supaya baby dapat zat.

Thursday, August 30, 2012

Hadiah 3 Julai

Di entry INI saya letakkan cerita kenangan 3 Julai tahun lepas. Tapi 3 Julai tahun ini saya menerima hadiah dan semestinya kenangan yang tidak dapat di lupakan juga. Maaf cerita bulan Julai, bulan Ogos baru mau publish entry. Saya sangat takut berlaku masalah, sementelah masih di awal kandungan. Ini pun saya masih takut. Apa sahaja mampu terjadi atas kuasa Allah. Saya tidak berhenti berdoa akan kandungan saya selamat sehingga melahirkan. Amin


Kenapa baru sekarang saya publish entry ini? Mengikut perkiraan saya, semasa 3 Julai kandungan saya baru berusia 2 minggu 5 hari. Tetapi mengikut perkiraan LMP 4 minggu ++. Nampak kat result tu ada tulis weakly? Bacaan hcG level masih rendah,

Camna saya boleh jalankan ujian ni, padahal saya masih belum di beri kebenaran untuk pregnant. Salahkan saya atas kedegilan ini. Setelah sebulan berhenti secara sendirinya penggunaan nasal spray, then saya dan hubby terus planning untuk pregnant. Alhamdulillah berjaya. Period baru lewat beberapa hari, tetapi tangan dah gatal nak check. Ditambah rasa nak pitam, demam dan loya sehari suntuk. Maka keesokkan harinya saya curi-curi hantar spesimen ke makmal. Dan itulah keputusannya. ~_^

Tahu je keputusan memang tak sabar sangat nak inform hubby tapi hubby keje malam. Seharusnya dia tengah tidur waktu itu. Then bila balik rumah beritahu dia macam blur dan mintak kepastian. Bila dah pasti baru lah dia tersenyum lebar dan ....... (censored) muahahahahhaahha

Then just inform mak, sedara terdekat dan BFF ku. Berbagai nasihat mereka berikan secara percuma dan juga ucapan tahniah. Thanks my love. Then hubby tanya nak bersalin kat government ke private? Kelakar je, baby baru sangat dah di fikir kan sampai ke situ. Hubby Google diet, emosi dan ayat-ayat Quran untuk preggy mommy, Ape pun saya bahagia dan gembira dengan kehadirannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...