Showing posts with label studio photoshoot. Show all posts
Showing posts with label studio photoshoot. Show all posts

Wednesday, June 3, 2020

Photoshoot Raya 2020



Seperti kebiasaan, setiap tahun Hari Raya Aidilfitri saya akan buat Photoshoot Studio. Tahun ni berbeza ekoran Pandemic Covid19. 2 minggu sebelum Raya baru dapar kelulusan untuk photoshoot. Itu pun limited slot. 


Tahun ni Anas berpuasa, kami photoshoot lepas raya. Nak buat bulan puasa, slot malam cam selalu tak de lak. Kami fikir baik buat lepas Raya. Anas tak la mengamuk dan bagi macam-macam alasan.


Tahun ni bayaran RM90. Wajib online banking, booking slot,datang on time, tak de tukar baju, wajib guna sanitizer, wajib guna face mask. Macam-macam peraturan kali ni. Nak putuskan rangkaian Covid-19 kan.

Kami amik slot petang lepas Zohor. Sampai just on time kami sampai. Terus masuk studio, cek suhu, catat nama, terus shoot. Shoot dalam 30 minit camtu la. Dengan ragam budak-budak ni, nasib la dqpat at least 20 shot. 


Lepas 3 hari gambar dah boleh tengok kat Google drive. Cepat - cepat save sebab gambar last year tak save dalam Laptop. Save dalam handphone pastu handphone rosak. Tahun ni cari tak jumpa dah 😭



Sunday, January 8, 2012

1st wedding anniversary

Salam..
Akhirnya terhasilkan entry pasal wedding anniversary yang pertama ni.
Saya dan hubby tak de plan nak ke mana-mana atau celebrate pon.

Cuma fikir nak g studio ambil gambar je.
Nak buat macam rutin la every year sambut anniversary nak g studio ambil gambar.
InsyaAllah..
Malangnya tarikh 1.1.12 tu kedai tutup.
Kebetulan hari ahad dan public holiday plak.
Tangguh la dulu nak wat studio shoot tu.

Kami just pergi dinner je. Hubby suruh saya pilih nak makan kat mana.
Tiba-tiba terbayang Cordon Bleu Secret Recipe.
Then terus ke sana lepas maghrib.

Jom la tengok gambar yang tak seberapa ini...

 Nak kek choc indulgence tapi dah habis. Amik la kek ni ntap ape namanya
Janji boleh tulis atas tu.. ngeee
tu yang penting ;)



Gambar tangkap sendiri. Burok.


 Gmbar wifey lebih banayak dari gambar hubby.. ngeee


 Hubby nak jugak gambar dia ^_^


Ada lagi menu yg di order tapi lupa nak snap.
Lapar ya amat masa tu. kekekeke


Then keesokan harinya g cari studio shoot gambar.
Mahal nak mampos kedai kodak tu.
Dah la tak mesra alam.

RM200++
  • photoshoot couple
  • picture 10R + frame
  • CD copy
  • 4R pic 2 keping
Then request tak nak pic 4R sebab dah ada 10R dan CD copy
tak leh. Katanya kena amik gak.
Dahla untuk 2 keping 4R tu saja dah RM25++
Gambar siap selepas 3 hari.
Dekat resit tulis dapat 4 keping gambar 4R
tapi dapat 3 keping je.
Bila g balik kedai tanya, laki bini tokey kedai mengeras memang 3 keping.
Hubby malas bising-bising. Keluar camtu je.
Dah la bayar mahal. service cam haram je.

Cakap kat hubby lepas ni jangan jejak kaki dah kat kedai tu.
Emosi nya menaip ni..
Heheheheh.. lepas geram..
So ini la gambarnya..


Anak tokey kedai suruh saya buka spec.
Katanya pembalikan cahaya la apa la..
Dah la buruk kalau buka spec.
Badan kembang lak tu..
huhhuhu.. banyak songeh daa Miza ni..
Hubby ku jugak handsome ^_^

Frame panas dari oven 10R (+.+)


asalnya nak gantung tapi hubby 
belum ada masa
so, saya sandarkan pada dinding je

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...