Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entri berkenaan rumah. Rumah saya ada 4 bilik. Setiap bilik ada tingkap. Cuma master bedroom tingkap design berbeza dari bilik² lain. Di ruang tamu ada sluding door dan dapur juga bertingkap. Sebelum masuk rumah, extend belakang rumah jadikan side laundry. Tambahan 2 tingkap di situ.
Mulanya pasang langsir di ruang tamu dan master bedroom dahulu. Sebab di situ bila malam memang transparent sangat. Kami banyak habiskan masa di master bedroom. Sementara nak pasang langsir, husband tutup tingkap dengan kain hitam dan kotak. Dekat ruang tamu, biar je. Mulanya kami mintak quotation pada MK Curtain. 2 staf datang untuk buat measurement dan kami kena pergi kedai untuk dapatkan harga. Harga yang diberi untuk tingkap master bedroom dan sliding door RM1256. Harga termasuk rod, upah jahit, kain. Transportation kena tambah RM 30 Kalau untuk satu rumah RM3078. Tingkap² lailetak bidai.
Lepas tu kami pergi pula kedai curtain area rumah kami. Pilih kain, bagi design langsir dan alamat rumah untuk ambil ukuran dan quotation tapi sampai sudah tak datang dengan pelbagai alasan.
Lepas survey, blogwalking dan jalan² bulan Jun baru pasang Langsir. Pilih kain di MK Wedding. Kami pilih kain paling murah dan dah siap jahit. Yang tak de tebuk lubang je. Staf situ kata boleh jahitkan percuma. Kena beli eye lap je. Pilih 2 design. Satu untuk tingkat atas, satu untuk sliding door bawah.
Harga yang dibayar :
Eye lap 56 pcs : RM 100.60
Langsir bilik atas : RM 189.00
Langsir sliding door : RM309.00
Untuk bilik-bilik tidur yang lain saya pasang ready made. Beli di kedai di kampung husband. Lepas tu beli cangkuk dan rail di kedai hardware
Hook (12 pcs) : RM3 - beli 2 pcs
Rail (2m) : RM28.50 - beli 2
2 pintu side belakang pasang blind. Lepas setahun baru pergi cari blind. Itu pun sebab nak pasang blind kat rumah abang ipar, sekali jalan order untuk kami. Saya dah buat ukuran siap² untuk tingkap belakang. Size lebih kurang 48 x 48 inci. Kedai buat ukuran 54x54. Design vertical. Colour saya pilih dark pink dan light pink. Siap lepas seminggu. Untuk dua² tingkap ni harga RM130 setiap satu.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)