Kita dah lalu PKP, PKPB dan sekarang PKPP ekoran dari Covid19. Sebaik sahaja PKPP diumumkan, boleh rentas negeri dan pelbagai syarat lagi, destinasi pertama kami sekeluarga adalah Taman Burung, Kulim. Kali kedua rentas negeri selepas balik kampung husband di Perak.
Tujuan kesini sebab nak biasakan Anas Auni dengan norma baharu. Banyak dah beritahu semasa mereka dalam rumah. Tunjuk gambar dan video tapi selagi mereka tak rasa sendiri agak susah nak biasakan mereka. Maklumla dah 3 bulan tak keluar rumah dan banyak peraturan kena patuhi sekarang. Dari pakai mask, cuci tangan, ambil suhu, penjarakan sosial dan lain-lain lagi.
Masa sampai sini dah petang, orang pun tak ramai. Harga tiket dewasa RM5, Kanak-kanak rm3,makanan ikan dan arnab rm1. Mula2 jumpa kolam ikan. Anas Auni seronok tengok ikan lepas tu jalan-jalan dalam tu. Kecik je taman burung ni. Ada juga arnab, kura-kura, sesumpah, ayam dan semestinya burung.
Seronok la bebudak ni. Anas bagi makan burung, burung datang kat tangan dia. Lepastu ada pegang haiwan lain. Siap kena puji lagi kata berani dengan penjaga haiwan situ. Cuaca pun elok, tak panas tak hujan. Boleh datang lagi lain kali.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)