Monday, November 5, 2018

Projek Kasih Sunshine Charity Run


Event : Projek Kasih Sunshine Charity Run
Date : 4/11/2018, Sunday
Venue : Sunshine Square, Bayan Baru
Fee : RM40
Distance : 4km


Rasa lama dah tak join event di Pulau. Saya prefee di Seberang. Sebab kos, jarak dan masa. Collect baju sehari sebelum event di dalam Sunshine. Flag off 7.15pm ikut jadual. Ada beberapa kategori. Jarak ada 4km dan 10km. Untuk 10km ada hadiah untuk 10 pelari terpantas. Yang 4km tak da time limit.


Kami bertolak dari rumah selepas Solat Subuh. Sampai sana 7 pagi masa tengah berucap. Kami bawa Anas Auni sebab ada agenda lain lepas larian. 7 pagi peserta 10km dilepaskan. 10 minit selepas tu 4km pula. Laluan di jalan raya. Susah sikit nak tolak stroller. Banyak anggota RELA dan Polis berkawal sepanjang jalan.


Selepas 50 minit kami tiba di finishing. Beratur panjang untuk ambil goodie bag. Walaupun panjang ia teratur. Lepas ambil goodie bag, diberi roti, energy drink dan ais krim. Wow, pertama kali saya join larian dapat ais krim. Anas Auni masih tidur. Mereka tidur dari rumah hingga habis larian. Kami la yang makan ais krim.


Lepas makan ais krim pergi ambil air dari truck. Ada 4 truck. Chek Hup, Super Coffee, Pearl Coffee dan Milo. Kemudian Zumba, pemberian hadiah pada pemenang. Penutup adalah lucky draw. Macam biasa tiada tuah buat kami. 10.30 pagi majlis selesai.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...