Wednesday, November 7, 2018

Review novel : Aku Bukan Mistress


Novel ketiga karya Acik Lana yang saya baca. Saya dah jatuh cinta dengan gaya bahasa dan penceritaan beliau. Catche, easy dan simple. Kena dengan selera saya. Apa yang saya perhatikan novel AL semuanya tebal². Bila dah baca baru saya perasan dia detailkan kisah wataknya. Cerita setiap watak dari hari ke hari di ulas secara terperinci. Rupa-rupanya novel ni pernah dijadikan drama. Tajuk ke bertukar jadi 'Dia Isteriku'.

Sinopsis
Mya dibeli oleh Mikail dengan hara 50 ribu dari bapak ayam yang bernama David. Mya di jual oleh suami mak ciknya kepada David untuk melunaskan hutang. Sejak itu dia menjadi hamba Mikail. Mikail yang garang, ego dan tegas. Tugasnya ibarat pembantu rumah dan malamnya harus melayan kehendak batin Mikail. Mikail seorang yang baran, tegas dan sentiasa mahukan keinginannya dituruti. Dia berkawan baik dengan Adam yang juga sukakan Mya. Adam menyembunyikan perasaanya dari Mikail. Dia pernah merogol Mya ketika Mikail mabuk. Dia tidak lagi pulang ke kampung. Selepas 2 tahun, Mikail mula sedar dia sebenarnya dia tidak boleh kehilangan Mya. Mya pulang ke kampung selepas mendapat berita kematian neneknya dengan keizinan Mikail. Di kampung Mikail mengetahui rahsia Mya dari sepupunya, Yati. Kisah Mya mengorat ayah tirinnya sehingga di tangkap khalwat. Sejak itu Mya diusir kampung. Mikail berang dengan berita itu. Mikail berjumpa dengan sahabat Mya di Kuala Lumpur dan kisah sebenar terbongkar. Berita Mya dipinang Syamil mengejutkan Mikail dan dia mula tidak senang duduk. Dia mengajak Mya bernikah tetapi Mya menolak. Mereka dinikahkan di pejabat agama selepas ditangkap khalwat. Perkahwinan mereka dirahsiakan dan hubungan mereka di tentang hebat oleh ibu Mikail, Datin Adibah. Tambahan pula Suzanne anak saudaranya membongkar tentang Mya dan Mikail yang tinggal sebumbung. Datin Adibah bertambah berang bila Mikail mempertahankan Mya dan bertambah marah bila mengetahui mereka sudah bernikah. Campur tangan Dato Luthfi lebih menjadikan Mikail berang. Apatah lagi, ayahnya ingin mengambil bayinya. 

Bagaimana kesudahan hubungan mereka selepas ditentang ibu bapa Mikail? Hubungan Mya dengan ibu saudaranya? Kisah Adam merogol Mya? Cerita ini best, menarik dan tak rugi memilikinya. Nak let go pun sayang. Tapi saya tak rajin nak baca berulang kali.



No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...