Wednesday, December 26, 2018
8/12/2018 - sehari di Alor Setar
Assalamualaikum dan Selamat pagi,
8/12/2018 tarikh adik lelaki saya akad nikah di Alor Setar. Adik ada sediakan homestay untuk keluarga kami bermalam di sana. Disebabkan ramai yang bermalam di sana, Husband plam nak bertolak awal pagi hari Sabtu. Cousin pun nak gerak sekali dengan kami. 7 pagi kami jumpa di Tol sungai Dua.
Drive straight, tak stop mana² pun. 8.15 pagi sampai masjid. Akad nikah di Masjid Zahir. Husband Mandikan Anas. Auni saya dah mandikan kat rumah. Ingat nak pergi makan dulu tapi tak tahu kedai mana nak tuju. Takut lambat lak patah balik ke masjid. Terus masuk masjid, cantik design masjid. Kami jalan-jalan dalam dan luar. Bergambar kat depan Masjid sementara tunggu yang lain sampai.
8.50 pagi, kadi sampai. Semua masuk dalam, ambil tempat. 9.10pagi, Alhamdulillah adik saya sah bergelar suami kepada pasangannya. Kemudian solat sunat, batal wudhu, pemberian mas kahwin, dan bergambar. Selepas semuanya selesai kami rombongan lelaki bergerak ke restoran nasi kandar Salam untuk sarapan.
Lepas sarapan semua buat hal sendiri sementara nak tunggu majlis persandingan 1.30 petang nanti. Suami bawa kami ke Rumah Merdeka. Rumah 2 tingkat yang ada di pamerkan barang-barang bekas perdana menteri kita. Tiada bayaran masuk di kenakan, cuma kena tulis nama setiap pengunjung. Dah habis pusing, saya ajak husband ke Keriang Hill Resort. Sebab tonton drama Lelaki Kiriman Tuhan terus teringin nak datang sini. Ada gak call bulan lepas nak book 2 malam sempena birthday husband tapu fully book.
Park kereta. Bergambar dan jalan-jalan sekitar resort. Staf situ mula² tak bagi bergambar, lepas tu bagi pulak. Ada pengantin datang bergambar, itu pun di larang. Mungkin staf situ ingat kami bermalam disitu kot. Sini cuma resort yang ada kedai makan, ada tasik dan kawasan menghijau. Ada dewan untuk diadakan majlis. Resort pun cuma beberapa buah je dan semua fully book.
Cuaca panas, kami tak pusing habis pun. Terus masuk kereta. Perjalanan nak pulang ke homestay, husband stop di kedai makan jual bihun sup. Kami makan dan minum dulu. Lepas tu terus ke homestay, solat dan bergerak ke rumah pengantin perempuan jam 1.30 petang. Majlis diadakan di sebuah homestay guna khidmat wedding planner. Majlis tersusun elok. Lepas ni sedia duit guna WP gak 😊
3 petang kami ke homestay semula, tukar pakaian dan bertolak pulang ke rumah. Anas Auni tidur sepanjang perjalanan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thanks :)