Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Novel ni saya beli preloved. Best jugak. Acik Lana dah jadi penulis kesukaan saya selain dari Lynn Dayana, Hezzy Azra, Aleya Aneesa, Hlovte, Suri Ryana dan banyak lagi. Cerita tak stereotaip keseluruhannya. Cerita tentang perempuan cantik yang mempergunakan kelebihan dirinya untuk mencari suami di kalangan berharta.
Sinopsis
Keisha, gadis cantik pan Asian, anak yatim piatu yang tidak berpelajaran tinggi. Menggunakan kelebihannya untuk mencari suami di kalangan VIP. Hubungannya sebagai perempuan simpanan Dato' Eusof dilimpahi kemewahan tetapi dia hanya mahu menjadi isteri supaya kedudukannya kukuh tapi Dato' Eusoff hanya mahukan tubuhnya. Keisha pula ada prinsip hanya suami dapar menidurinya. Dato' Eusof setuju untuk bernikah walaupun mendapat halangan isteri dan anak-anaknya. Malangnya Keisha ditinggalkan sebelum diakadkan. Kaef bertindak sebagai hero menyelamatkan maruah Keisya. Kaef adalah lelaki biasa, tidak punya harta dan tidak dipandang oleh Keisha. Tetapi dia sentiasa menjadi penyelamat pada Keisya, Keisya di bawa tinggal bersama keluarganya. Keisya menjalinkan hubungan bersama Tan Sri Emran, duda anak 2 yang mahu memjliki tubuh Keisya tetapi tidak mahu menjadikannya isteri. Dia mempunyai pelbagai helah untuk menjerat Keisya tetapi Keisya melarikan diri selepas mukanya ditoreh. Sekali lagi Kaef menyelamatkannya. Keisya menjadi murung, merasakan dirinya cacat. Keluarga Kaef berusaha merubah dirinya menjadi lebih baik sehinggalah Kaef dan Keisya bertunang. Dugaan melanda hubungan mereka bila syarikat Kaef di saman, hampir dibakar dan Iskandar mengugut Keisya dengan nyawa Kaef. Keisya nekad berkahwin dengan Tan Sri Emran dan menyelesaikan semua hutang Kaef dengan bantuan suaminya. Kaef kecewa, merasakan Keisya kembali pada perangai asalnya. Keisya mula selesa dengan kehidupan barunya bergelar isteri keoada Tan Sri dan ibu kepada anak-anak tirinya. Kaef masih sendiri.
Bagaimana kesudahan hidup Kaef. Adakah dia bujang selamanya? Kisah ni best, lain dari yang lain. Tak sabar nak tahu kesudahannya.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)