Monday, January 7, 2019

Dinner Anniversary yang ke 8

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Seperti kebiasaan, kami sekeluarga akan dinner pada malam tahun baru sempena ulangtahun perkahwinan kami. Ini tahun ke 4 kami buat camni. Sejak ada Anas memang ini je cara sambutan. Nak check in hotel mahal masa² camni. Sebelum Krismas saya survey hotel yang beri harga yang terbaik buat kami 4 beranak. Anas dan Auni makin meningkat umur, ada hotel yang dah kenakan cas bermula 4 tahun.


Lepas survey beberapa hotel di Pulau dan Seberang saya pilih Hotel Sunway, Seberang Jaya sebab harga paling murah, ada lucky draw, kanak² umur 6 tahun baru kena bayar, diskaun 20% untuk pemegang sunway pals, kad maybank dan dapat 4x point. Saya ada kad sunway dan call ke hotel untuk pengesahan. Staf hotel minta datang ke hotel untuk booking. Saya ke hotel 2 minggu sebelum tarikh dinner. Saya diminta untuk bayar penuh untuk dapat baucar yang ada nombor lucky draw.


Ada kejadian berkenaan sunway pals point. Saya cerita di post lain.

31/12/2018

Ini meja kami
9 pagi saya dapat panggilan dari pihak hotel. Tanya sekiranya ada penambahan ahli untuk dinner malam ni. Dinner bermula 6.30petang. Kami bertolak dari rumah 6.25 petang lepas husband balik kerja. Jalan jammed, lepas sejam baru sampai. Anas dan Auni tidur dalam kereta. Dukung la dua² masuk dalam hotel dan naik ke Cengal Ballroom di tingkat 1. Beri voucher pada staf yang tunggu depan hotel dan kami di bawa ke meja kami, 6 seater table. Atas meja ada party pack box. Dalam box ada wisel, mercun dan mask.

Pasta station
Anas dan Auni mood belum ok. Anas la swing teruk. Auni kejap je ok. Bawa dia pergi tempat makanan dan suruh pilih nak makan apa. Dia nak spagheti alfredo. Ada stesen pasta. Boleh pilih nak penne atau spagheti then masakn ada 3 pilihan, arabica, alfredo dan aglio olio. Sementara tunggu siap masak saya pergi ambil roasted lamb. Saya suka rasa lamb di hotel. Beberapa tahun lepas sedap. Berulang kali saya ambil tapi tidak tahun ini. Sos saja yang sedap. Boleh pilih mushroom atau blackpepper.

Spagheti Alfredo

Suap Auni makan pasta. Saya rasa sikit pasta dan tak sedap. Untuk Anas husband ambil Roasted turkey dan buah strawberry. Buah ada atas desert dia kutip habis. Habis makan lamb, saya ambil chicken lasagna dengan Majitas. Lasagna ok, Majitas pertama kali makan. Macam chicken roll je rasanya.

Menu utama. Nasi, sayur, ikan, mussle.
Saya langsung tak makan.
Tak leh nak komen sedap ke tak.
Tak makan sebab masakannya tak menarik
Lasagna dan Majitad

Sambil makan ada live band. Meja kami tepi pentas. Sedap suara penyanyi. Ada lelaki dan perempuan. Pelbagai bahasa penyanyi boleh menyanyi. Sambil² dengar nyanyian saya pergi ambil desert lak. Saya ambil fruit crumble dengan sos kastad. Ambil sikit je nak rasa. Sedap. Plan nak repeat makan tapi lupa.


Tengok anas makan roasted Turkey sampai 3 pinggan, saya pun pergi ambil. Rasa macam lamb. Tak sedap. Mungkin sebab tak marinated langsung pastu bau hanyir, hamis masa makan. Nak banding dengan lamb yang makan masa majlis akikah memang lain sangat rasanya.

Kiri stesyen Lamb
Kanan turkey
Lepas makan crumble, saya jalan² pilih nak rasa makanan apa lak. Anas Auni saya bagi Aiskrim. Main menu saya tak rasa nak makan. Ada nasi minyak, ayam , udang, ketam, sayur brokoli, sayur buncis, siput. Semua hidangan tu masak berkering, tak de kuah dan nampak berminyak. Tak tertarik langsung nak makan. Saya ke stesyen pasta. Yang tinggal hanya penne dan saya minta masak aglio olio. Yang ni sedap tapi agak berminyak.

Dah kenyang tapi rasa nak makan lagi. Ambil ais krim. Dessert banyak ada tapi tak rasa nak mencuba. Nampak tak menarik. Aiskrim ada 3 flavour vanila, coklat dan mint. Vanila je saya tak makan. Lain² sedap. First round ambil sempat makan 3 suap je. Lepas tu Auni amik makan. Saya pergi ambil yang lain lak.


Lucky draw ada 3 je dan langsung kami tak bertuah. 10 malam kami berangkat pulang. Bergambar jap kat depan lepas tu terus gerak balik.





No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...