Monday, January 21, 2019

Review novel : Maaf Jika Aku Tak Sempurna


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Novel ni saya dibeli lepas saya jatuh cinta dengan karya Acik Lana. Nak jimat saya beli yang prelove. Novel ni dapat harga RM15. Boleh lagi nak baca. Novel tebal bahagian tengah macam kurang elok sikit. Muka surat elok je lagi, belum bercerai. Saya jenis tak kisah sangat. So, ok je la. Nak baca je pun. Silap² nanti saya pun jual balik lepas baca.

Sinopsis
Novel ini mengisahkan tentang Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan & gemar keluar malam berpesta di kelab bersama kawan-kawannya sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan kerisauan kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri lalu telah meminta jasa baik Luqman yang baru pulang dari UK anak kepada Rashid bekas pekebun sayur kawan baik bapa Melina untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina sebagai  jalan untuk menyelamatkan Melina yang semakin hanyut. Luqman di lantik menjadi driver  yang dibayar gaji yang sangat tinggi bagi mengawasi gerak geri Melina.Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara Melina & Luqman.Walaupun lemas dengan kehadiran Luqman,terselit juga rasa bangga kerana dapat driver yang hensem & selalu dipuji-puji kawan2nya. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Datuk Zakri, bapa Melina terlibat dalam kemalangan lalu meninggal dunia.Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau sempat meninggalkan amanat penting  wasiat kepada bapa Luqman, Rashid. Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci perkahwinan yang tidak pernah mereka setujui. Berlakulah perkenalan sebenar antara dua watak yang saling membenci itu. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?

Bagi saya kisah kahwin paksa dalam novel atau drama melayu memang tipikal dan cliche. Bersepah kisah macam ni dalam lambakan novel di Malaysia. Bayangan watak hero dan heroin yang terlalu semourna penampilannya buatkan pembaca terawang-awang. Jangan lupa berpijak pada bumi yang nyata ye. Kisah romantik suami isteri, adengan peluk cium dan di atas katil. Walaupun tak detail, tak elok untuk dibaca oleh remaja sekolah. Novel agak tebal dan kisahnya meleret antara dua watak utama hari ke hari. Mungkin boleh di pendekkan dan kurang tebal, harga pun lebih murah. Mungkin sebab ini karya kedua penulis, dia masih mentah. Buku diterbitkan 2012, sekarang dah 2019.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...