NEW YEAR FUN WALK 2019.
Date: 27-01-2019
Time: 7.30am
Location: Taman Kerapu Jln Permatang Pauh.
Fee: RM 30 per pax
OKU : RM 20 per pax
Baju collect sehari sebelum event. Dapat goodie bag dan wristband.
Flag off 7.30 pagi. Gerak dari rumah 6.45pagi. Tinggal Anas Auni kat rumah parent. Kami pergi naik motosikal je. Senang nak parking. Masa sampai tengah senamrobik, kemuadian diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu negeri Pulau Pinang. Selepas itu terus semua peserta di lepaskan. Kami naik pentas bergambar dulu dengan backdrop.
Acara ni walkathon je. Semua berjalan santai je. Saya dan suami jalan² sambil berbual. Selepas 56 minit kami sampai ke garisan penamat. Beratur nak ambil medal, air mineral dan roti. Tunjuk wristband dan semua tu di beri selepas wristband di potong. Smooth je masa bagi medal, saya suka konsep macam ni. Baru la adil. Semua dapat sama rata.
Kami bergambar jap, terjumpa dengan kawan sekolah, sempat bergambar dan terus gerak balik. 9 pagi dah sampai rumah. Anas dan Auni pun tengah tidur lagi. Nasib tak bawa. Kalau tak letih je menolak stroller.
hihih CT suka tengok ramai kawan2 blogger minat join aktiviti cemni
ReplyDeletekite sokong dari jauh jee eyh hehe..