Sunday, January 27, 2019

Anas Syauqi masuk Pra Sekolah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
2.1.2019 sesi persekolah bermula. Anas Syauqi berumur 6 tahun dan saya daftar untuk Pra secara online. Maklumat berkenaan pendaftaran dan taklimat boleh tengok di ENTRY NI.

Uniform

Baju putih berkolar : RM8.50
Seluar track Blue black : RM11.20
Kasut (longwan) : RM7.90

Semasa sesi taklimat (penghujung November) ada diberitahu berkenaan uniform standard Pra sekolah di seluruh Malaysia. Baju putih berkolar lengan pendek / panjang dan track bottom blue black. Kasut dan stokin putih / hitam.

Disember baru kami mula mencari uniform Anas. Minggu 1 dan 2 kami sibuk persiapan perkahwinan adik. Minggu 3 baru free. Pergi ke Tesco, Mydin, Longwan tapi tak de, tak jual, habis dan tak de saiz. Hari pertama kami balik dengan penat tanpa apa² hasil. Hari kedua tukar lokasi. Longwan juga tapi tak jual baju pra. Kemudian ke Kompleks Dato Kailan Kepala Batas. Parking kereta dan nampak kedai Wahab. Kedai Wahab adalah pilihan terakhir sebab kat sini harga agak mahal dan saya tahu kedai Wahab ada segala kelengkapan sekolah from head to toe.


Tanda nama : RM1
Lencana : RM0.60
Husband turun seorang nak tanya dulu ada ke tak de. Kalau tak de penat lak keluar masuk kereta semua orang. Dia masuk kedai depan kami park kereta iaitu sebelah Kedai Wahab. Dia datang panggil saya dan katanya ada jual uniform di situ. Ambil saiz paling kecil (26) dan seluar (24). Bagi Anas try dan fit elok. Terus ambil dan bayar. Kasut dan stokin pakai yang beli masa Kemas. Bulan November beli kasut baru sebab kasut lama dah ketat. Baju dan seluar pun tak beli banyak. 2018 saya beli 3 kali seluar track sebab saiz bertukar. Seluar 2x alter sebab makin singkat. Nasib baik masa awal² beli seluar labuh sikit. Masa awal tahun lipat masuk dalam. Tengah tahun buka semula lipat sebab dah singkat. Hari pertama sekolah pergi koperasi beli lencana dan tanda nama cikgu dah siap tempah.

2.1.2019 Rabu

Saya ambil cuti dan hantar Anas. Semasa taklimat diberi maklumat yang pelajar perlu berada di kelas sebelum 7.45 pagi dan pembelajaran bermula 8 pagi. 15 minit pertama untuk sarapan. Masa sampai, cikgu Anas label nama pada beg dan kasut sekolah. Kasut kena buka dan letak kat rak. Selepas hantar Anas ke tempat duduk saya terus ke koperasi untuk membeli lencana dan buku. Mula-mula Anas kata tak nak ke sekolah ni. Nak sekolah lama. Setakat mengalir air mata je la. Tak meracau dan meronta macam budak lain. Saya keluar pun tak meraung.

Lepas beli buku saya masuk semula untuk ambil tanda nama pada guru. Lepas tu inform kata nak balik. Saya tunggu la sekejap kat luar sambil tengok dia kot tingkap. Tengok dia ok, saya gerak balik. Kelas habis 12 tengah hari. 11.30 saya dah pergi. Tengok Anas dengan kawan² tengah bergambar sambil pegang goodie bag. Ada sambutan hari jadi. Keluar dari kelas terus Anas datang dan katanya best sekolah. Saya interview katanya ada sesi mewarna. Saya letak pensil warna dan alat tulis dalam beg. Berbeza dengan KEMAS, di KEMAS tak perlu bawa peralatan tulis atau pensil warna sebab semuanya di sediakan. Saya beli pensel warna Nikki di Eco, RM2.10 je. Warnanya terang elok. Anas cakap dia makan sikit sebab cikgu hidangkan nasi lemak dan pedas. Balik rumah banyak dia makan.

3.1.2019 Khamis

Husband cuti dan dia pula yang hantar. Anas dah okay, tak mengalir dah air mata. Pergi balik sekolah happy. Masih mewarna. Mungkin ada buag aktiviti lain tapi Anas tak ingat. Makanan husband kata hidang nasi lemak juga dan kue teow goreng dan anas kata pedas dia tak makan.

4.1.2019 Jumaat

Saya cuti, dan saya ambil giliran hantar Anas. Pagi ni saya bekalkan Honey Star dalam tupperware untuk Anas. Saya berjumpa dengan guru tanya tentang makanan dan nak bagi Anas bekal. Dia benarkan bawa bekal. Bekal tu untuk back up kalau Anas lapar dan tak selera nak makan makanan yang disediakan.








1 comment:

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...