Tuesday, May 28, 2019

Review novel : Milik Engkau Saja


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel ni saya pinjam dari room mate dan baca sejurus selepas habis ujian pertama saya. Tebal dan ambil masa 4 hari gak nak habiskannya. Menarik juga kisahnya. Bukan kisah cliche tapi part hero heroin handsome dan kaya nak mati tu harus lah ada. Acik Lana kan? Tau dah gaya pembawakan watak utamanya.

Sinopsis
Darlina yang memalukan keluarga dan bangsa Melayu 2 tahun lepas bila video lucahnya tersebar di internet. Walaupun dia dah bertaubat, dia masih malu nak tunjukkan mukanya pada umum. Dunianya hanya di rumah dan pet shop milik abangnya. Satu malam, pet shop didatangi lelaki serabai yang minta dia selamatkan kucing hitamnya. Walaupun dia bukan veterinar tetapi lelaki itu terhutang budi pada Darlina dan abangnya, Darwish. Sejak itu mereka rapat. Izz Arif adalah tunang kepada pelakon popular, Irina tetapi pertunangan mereka dirahsiakan dari media. Izz mula merasa bosan dengan permainan Irina. Tunangnya tidak seperti 10 tahun lalu. Tetapi dia sentiasa memberi peluang pada Irina dan sayangkan hubungan mereka. Bila Izz mulai rapat dengan Darlina, dia mula berasa happy dan perasaan sebagai kawan bertukar menjadi cinta. Irina yang Drama Queen nekad mengumumkan perkahwinannya bersama Izz pada ulangtahun kelahiran Izz. Hari itu baru Izz sedar cintanya bukan milik Irina.

Dapatkah Irina menerima keputusan Izz? Dapatkah Izz menerima Darlina yang telah popula


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...