BlurrpApa yang akan berlaku jika tiba-tiba muncul seorang lelaki yang hanya anda seorang saja boleh melihat dan mendengar?
Aya, gadis yang suka menyendiri. Jadual hidupnya ke kelas dan balik rumah. Namun ketenangan itu menjadi huru-hara apabila seorang lelaki menjelma dan ingin berdamping dengannya.
Siapa dia ni? Kenapa dia pilih aku? Nenek moyang aku membela ke?
K, lelaki sarkastik yang suka mencampuri urusan hidup Aya menyebabkan gadis itu kerap hilang sabar. Puas Aya halau, tetapi K tetap setia di sisi.
Akhirnya, mereka bersahabat. Namun ada sesuatu yang pelik tentang K yang membuatkan Aya nekad mahu mencari jawapannya.
Siapa K, pendamping dia selama ni? Kenapa dalam gembira K, terselit duka?
“Aya, kebaikan juga boleh membunuh.”
Monday, March 28, 2022
Review Novel : Rooftop
Monday, July 5, 2021
Review Drama Korea - A Korean Odyssey
Drama korea 20 episod. Drama tak berapa logik sebab kisah syaitan, iblis dewa dan manusia. Pastu syaitan tu mewakili haiwan. Ada lembu, anjing, monyet, babi, sotong kurita. Zombi, hantu, roh jahat baik semua ada. Tak sesuai untuk tontonan Kanak-kanak.
Sinopsis
Seon-Mi ada kebolehan tengok roh. Masa kecik dia bebaskan Son O Gong, pendeta agung dari Penjara Marmar. O-Gong janji akan bantu Seon-Mi tapi dia hilangkan ingatan budak tu untuk ingatkan nama dia. Sampai la dah besar Seon-Mi terjumpa O-Gong dan mereka terikat dengan Geumganggo. Geumganggo buatkan mereka jatuh cinta dan O-Gong sentiasa ada untuk selamatkan Seon-ami. Seon-Mi lak jadi buruan roh jahat sebab dia adalah Samjang. Samjang tu manusia pilihan untuk selamatkan manusia lain dari manusia yang jahat. Sampai ke. Episod terakhir dia terbunuh.
Monday, February 1, 2021
Review novel : Tidak Pernah Sesal
SinopsisSyed Azeem mengikut aturan keluarga untuk berkahwin dengan gadis pilihan mereka. Pada hari pernikahan mereka, gadis tersebut, Sharifah Zalia melarikan diri dan berkahwin di Thailand dengan jejaka pilihannya. Berikutan itu, Azeem membawa diri ke Taiping, mengusahakan kilang perabot ayahnya. Lia Hana, yang dahulunya bekerja di KL, diminta keluarga untuk bekerja lebih dekat dengan keluarga kerana risau akan keselamatannya. Dia berpindah ke cawangan Taiping. Pertama kali berjumpa Lia Hana, Azeem terpaku kerana rupanya seiras dengan bekas tunangnya, Zalia. Sejak itu, Azeem cuba mendekati Hana. Beberapa keadian berlaku, hingga Hana terhutang budi pada Azeem dan mereka menjadi teman baik. Hubungan mereka diketahui Syed Awaludin, ayah Syed Azeem. Dia hanya mahukan anak-anaknya berkahwin dengan keturunan yang sedarjat dengan mereka. Pelbagai cara dilakikan untuk memisahkan mereka. Tambahan pula, emak Hana juga membantah dan meminta Hana berkahwin dengan Abang Naim, abangnya. Pelbagai rahsia terbongkar satu demi satu. Dapatkah mereka berkahwin atau Hana berkahwin dengan Nqim seperti diminta emaknya?
Monday, July 13, 2020
Review Drama Korea : The K2
SinopsisKim Je Ha adalah seorang bekas askar upahan untuk PMC Blackstone. Ketika dia bertugas di Iraq, Je Ha telah dituduh membunuh kekasihnya, Rania. Disebabkan itu dia telah melarikan diri dan menjadi buruan. Je Ha kembali semula ke Korea Selatan dan mendapat tawaran bekerja sebagai pengawal peribadi oleh Choi Yoo Jin iaitu pemilik JSS security company dan merupakan isteri kepada calon presiden Jang Se Joon. Je Ha telah menerima tawaran tersebut untuk mencari peluang membalas dendam kepada seorang lagi calon presiden iaitu Park Kwan Soo yg telah mengarahkan untuk membunuh kekasihnya. Dalam pada masa yg sama, Je Ha ditugaskan menjaga Go Anna iaitu anak perempuan Jang Se Joon yg identitinya disembunyikan.
Friday, June 5, 2020
Review Drama Korea : My Absolute Boyfriend
SinopsisDa Da merupakan seorang special effect makeup artist yang putus cinta hingga berjanji tidak akan jatuh cinta lagi selepas hubungannya yang dibina selama 7 tahun tiba-tiba saja kandas tanpa alasan yang masuk akal. Suatu hari, Da Da mendapat seorang robot yang diprogram untuk menjadi seorang teman lelaki yang sangat sempurna. Robot bernama Young Goo tersebut membuatkan bekas teman lelaki Da Da yang juga seorang pelakon itu cemburu.Di sisi lain, Young Goo memang menjadi teman lelaki yang sempurna. Lantaran setiap hari mendapat limpahan kasih sayang dari Young Goo, tentunya Da Da sedikit demi sedikit mulai goyah. Da Da mulai jatuh cinta dengan Young Gu. Bagaimana pun pelbagai halangan menanti mereka dan orang sekeliling. Apatah lagi bila mereka menetahui identiti Young Goo. Bagaimana pengakhirannya hubungan mereka apabila Young Goo mulai rosak?
Wednesday, April 15, 2020
Review Drama Korea : Partner Of Justice
Sinopsis
Drama ini menceritakan kisah seorang doktor forensik, Baek Beom yang bekerja untuk Perkhidmatan Forensik Kebangsaan dan pendakwaraya Eun Sol. Baek Beom mempunyai pengalaman luas dalam bidang forensik dan terkenal sebagai genius manakala Eun Sol pula punya ingatan yang luar biasa berkaitan fotografi. Keduanya bekerjasama untuk menyelesaikan kes-kes yang berlaku.
Drama ni ada sambungan. Part 1 saja ada 32 episod. Jenuh ligan. Tapi cerita best tak terasa sangat layan.
Tuesday, May 28, 2019
Review novel : Milik Engkau Saja
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel ni saya pinjam dari room mate dan baca sejurus selepas habis ujian pertama saya. Tebal dan ambil masa 4 hari gak nak habiskannya. Menarik juga kisahnya. Bukan kisah cliche tapi part hero heroin handsome dan kaya nak mati tu harus lah ada. Acik Lana kan? Tau dah gaya pembawakan watak utamanya.
Sinopsis
Darlina yang memalukan keluarga dan bangsa Melayu 2 tahun lepas bila video lucahnya tersebar di internet. Walaupun dia dah bertaubat, dia masih malu nak tunjukkan mukanya pada umum. Dunianya hanya di rumah dan pet shop milik abangnya. Satu malam, pet shop didatangi lelaki serabai yang minta dia selamatkan kucing hitamnya. Walaupun dia bukan veterinar tetapi lelaki itu terhutang budi pada Darlina dan abangnya, Darwish. Sejak itu mereka rapat. Izz Arif adalah tunang kepada pelakon popular, Irina tetapi pertunangan mereka dirahsiakan dari media. Izz mula merasa bosan dengan permainan Irina. Tunangnya tidak seperti 10 tahun lalu. Tetapi dia sentiasa memberi peluang pada Irina dan sayangkan hubungan mereka. Bila Izz mulai rapat dengan Darlina, dia mula berasa happy dan perasaan sebagai kawan bertukar menjadi cinta. Irina yang Drama Queen nekad mengumumkan perkahwinannya bersama Izz pada ulangtahun kelahiran Izz. Hari itu baru Izz sedar cintanya bukan milik Irina.
Dapatkah Irina menerima keputusan Izz? Dapatkah Izz menerima Darlina yang telah popula





