Monday, November 25, 2019

Bollywood Night O&G 2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Jumaat lepas bahagian O&G tempat saya belerja anjurkan dinner dengan bertemakan Bollywood. Kami dari tem medical dapat sponsor 20 orang dari pakar neurologi. Setiap department kena hantar 2 wakil.


Saya mewakili department saya. Saya bawa Auni sekali ke majlis. Majlis bermula 7 malam dengan sesi pendaftaran. Masa daftar dapat cenderahari payung dan nombor cabutan bertuah.


Majlis bermula 9 malam. Dimulakan dengan ucapan, persembahan tarian dari staf HSJ.


Ada juga nyanyian semasa menjamu selera. Makanan di hidang secara buffet. Panjang beratur nak ambil makanan. Agak sukar dengan Auni yang nak itu ini. Nasib la dia jumpa geng. Boleh la makan kejap.


Emcee juga sediakan permainan untuk tetamu dan semua sporting untuk join. Cabutan bertuah sempat tunggu 3 sesi je. Tepat 11 malam, husband dah datang jemput. Majlis masih belum selesai. Ramai jugak yg dah balik. Esok nak join fun run kena la balik.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...