Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Masih meneruskan pembacaan belian novel 12.12.2018. Banyak lagi stok novel belum baca. Saya rest jap membeli. Penuh dah rak buku saya sampaikan saya sedekahkan novel yang dah baca pada orang.
Ok, berbalik pada kisah novel ni. Ini pertama kali saya baca karya penulis ni. Kisah lak selain percintaan ada misteri, kekeluargaan dan persahabatan. Not bad juga hasil karya penulis ni. Boleh cari lepas ni.
Sinopsis
Jade dan Zed sepasukan dalam Agensi Perisikan Global (APG). Mereka merantau seluruh dunia dalam menyelesaikan misi - misi yang ditugaskan pada mereka. Mereka dipisahkan dalam tugasan menjejaki Mr. X. Jade ditugaskan mencari mikrofilem yang ada pada Mr. X, manakala Zed diarahkan menjaga keselamatan keluarga Mr. X. Jade yang trauma pada perkahwinan kerana kisah silam ibubapanya diminta oleh ibunya untuk berkahwin dengan anak kenalannya di kampung sebelah, Eisya. Eisya juga trauma pada lelaki kerana kenangan buruk bersama ayahnya. Sebagai anak yang patuh dia hanya mengikut arahan ibunya. Pandangan Eisya pada lelaki berubah bila kenal dengan Zain a.k.a Zed. Pertemuan pertama mereka semasa sesi temuduga bukanla kenangan yang manis tetapi hubungan mereka berkembang selepas mereka bekerja dalam satu jabatan. Jade di perantauan menjadi walang bila mengetahui Zed merancang untuk berkahwin dengan kekasih pilihan ibunya. Tetapi misi Mr. X perlu diselesaikan, dan bila dia di gesa oleh HQ untuk menamatkannya dengan segera. Siapakah yang m3njadi pilihan Eisya? Siapa Mr. X? Siapakah yang dapat menyelesaikan misi itu?
Novel terbitan 2014 ini rasa tidak rugi untuk dibaca berulang kali. Saya lak kalau jenis kisah sedap ni, sayang nak bagi kat orang. Simpan la buat tukun kat rak buku walaupun nak ulang baca tu entah bila 😂
No comments:
Post a Comment
Thanks :)