Friday, December 27, 2019
Dinner celebration Husbands birthday
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kisahnya, tahun lepas menang contest dinner seafood kat Iconic Hotel. Memang sedap menunya. Ni link saya share masa menang last year. MENANG CONTEST
http://mizasasaki.blogspot.com/2018/08/seafood-buffet-dinner.html
Hujung November, husband tanya, hotel tu tak buat dah ke dinner menu seafood cam last year? Saya pun sepantas kilat buka FB Iconic Hotel. Eh tengah ada la. Promo untuk birthday person. So, PM dan book. Untuk birthday person dapat 50% + Anas dpt 50%. Laku untuk sepanjang bulan Disember. Dapat 1 slice kek jugak.
Kami book date 14hb, Sabtu + Deposit RM50. Seminggu sebelum date dinnee, husband terima call dari manager, minta tukar ke date 13hb sebab 14hb ada private function. Untuk tambahan dia gantikan 1 slice kek ke 1kg kek, adult dua2 bayar 50% dan kanak2 free. Proceed je la 🤣
Hari kejadian kami solat Maghrib di Petronas, lepas dinner terus ke Hotel, sebut nama terus staf bawa ke meja. Firstly kami round meja buffet dulu. Saya bawa Auni, suruh dia pilih nak makanan apa. Dia pilih nak cheese tart dan marshmallow. Tu pun sebab ada buah atas tu. Then saya pulak pilih makanan.
Ada coffee machine, buah-buah, spagheti, dessert, soup, roti, sashimi, kebab dan banyak lagi. Seafood masa pergi jenguk tak banyak tinggal. Ada la juga ambil ketam dan udang tapi tak fresh dan sejuk. Memang tasteless rasanya. Scallop cheese yang saya suka makan last year masih ada. Pastu ada grill station. Pilih la makanan depan station tu, ada sosej, ayam, ikan daging marinate. Ada staf akan grill kan.
Aiskrim pun ada. Sepanjang kami makan tak de pun orang datang sebut pasal kek. Tengok meja sebelah ada je kek staf datang hantar. Lepas kenyang makan pergi kaunter. Konon nak inform kek nak take away je. Sekali staf kat situ tak tau pun pasal kek. Husband tunjuk message conversation dengan manager yang call.
Staff call sana sini, kek memang tak de sebab manager tak inform kitchen. Sebagai permintaan maaf, kami tak perlu bayar. Bayaran kami berempat cuma RM50 deposit je. Lepas selesai semua tu, kami bergambar sekitar lobi hotel then terus shoot balik kampung.
Labels:
butterworth,
dinner,
hotel,
hotel di penang,
iconic hotel,
makan malam,
pulau pinang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thanks :)