Monday, January 13, 2020

Perbelanjaan sekolah Anas Auni 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tahun 2020 Anas Syauqi dah melangkah ke tahun 1 dan Auni Suraya belajar di Taska.

Anas Syauqi

Sama macam ibu bapa lain, kami pun teruja nak sediakan kelengkapan persekolahan. Seawal bulan November 2019 saya dah mula membeli uniform sekolah. Atas nasihat rakan, uniform saiz kecil sold out awal.


Mulanya kami ke Pasaraya Hari-hari, survey je dulu. Untuk baju just nice saiz paling kecil dengan Anas tapi seluar agak menggeleber. Kami beli baju sehelai dengan harga RM16.90 jenama No Problem. Selepas itu terus ke Long Wan.


Tahun lepas banyak beli kasut sekolah di sini. Harga memang murah. Uniform sekolah pun sama murah. Baju baru RM8.90 (QiGen) dan seluar RM18.90. Saiz pun sedang elok dengan Anas. Beli 2 pasang. Kasut sekolah putih beli juga sepasang harga RM5.90. Lain-lain saya beli pembalut buku untuk balut buku kemudian dengan harga RM1.50. Ok, uniform Anas settle.


2 minggu lepas tu balik kampung, saja masuk kedai area pekan tu. Uniform less 50%. Kain licin sikit tapi masih cotton. Husband beli sepasang tapi ambil besar 1 saiz. Total sepasang harga RM18. Stokin saya beli di Tesco 5 pasang RM5 dan underwear beli di Mydin 3 helai RM11.90

Lepas dapat semua buku teks masa hari suai kenal, mula la aktiviti membalut buku dan menulis nama. Buku teks semua dah balut. Yang kena balut buku aktiviti dan buku latihan. Buku aktiviti boleh terus balut guna pembalut yang beli hari tu. Cuma buku latihan saya beli pembalut segera sebab nama guru dan subjek belum boleh tulis lagi.


Untuk nama saya tempah sticker masa bulan November 2019 di Shopee. RM7 untuk 80pcs. Sangat mudah. Recommend. Atau boleh jugak guna stamp pad. Saya lagi suka sticker buat masa sekarang ni 😊
Stamp pad untuk buku latihan ok. Buku teks susah sikit sebab atas plastik kan?

Sambung cerita balut buku. Last2 saya beli pembalut saiz A4 untuk baki buku2 lain sebab lagi mudah dan cepat. Ada yang harga RM5-7 untuk 10 pcs. Untuk buku latihan kecil harga RM2 (10 pcs). Yang murah ni senang terkoyak. Kena secure dengan selotape. Anas complaint tak best. Dia suruh balut manual macam buku sekolah kat Pra. 😅


Lepas selesai semua buku, saya beli file dan asing buku ikut subjek. Fail berzip warna hijau dan pink macam kat atas tu harga RM1.50 satu, saiz buku teks atau A4. Untuk Bahasa Inggeris, buku teksnya saiz besar sikit, saya ambil fail berzip yang besar sikit harga RM2. Dari rumah dah ukur siap2 saiz buku English. Gail ni elok beli lepas dapat buku teks. Luar fail saya tulis nama subjek dan Nama Anas depan belakang guna marker.



Hari suai kenal, bayaran RM163 untuk buku2 latihan, pakaian sukan

Auni Suraya


Untuk Auni, tak banyak persediaan dari luar cuma kena sedia duit je. Taska Auni bermula jam 6.30 pagi hingga 6.30 petang. Setakat ni husband hantar, Auni ke Taska 7.30 pagi. In case Husband tak leh hantar, baru saya hantar jam 6.30 pagi. Anas balik sekolah, transit di situ sampai saya ambil.
Untuk Auni bayaran RM 1473 semasa sesi pendaftaran belum termasuk bayaran bulanan lagi.




No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...