23 Oktober 2018 - Isnin
Lepas Solat Subuh tidur jap. Bangun breakfast 8.30 pagi. Balik bilik kemas baju untuk check out hotel. Siap mandi, bersiap dan kami check out jam 10.30 pagi. Terus ke Zoo Johor. Anas nak masuk Zoo. Dari semalam menyanyi nak pergi Zoo. Parking tak di sediakan di sini. Pengunjung park di bahu jalan je. Risau gak kena saman. Tadi pagi kat hotel nampak ada kereta kena saman. Tapi tanya kat pekerja di kaunter tiket, katanya selamat, tak kena saman. Harga tiket RM2 (dewasa), RM1 (kanak²).
Zoo ni luas. Berbukit jalannya. Mengah gak la jalan dak tolak stroller. Ada tempat yang bertangga, stroller susah nak bergerak. Cuaca panas sangat dan tak banyak pun haiwan. Gerai makanan ringan dan air ada dijual merata-rata. Fridge magnet satu gerai je jual. Agak mahal. Tak beli pun. Habis pusing Zoo, kami pergi cari Murtabak Majid. Follow google maps je. Memang jumpa.
Orang tak ramai, kereta parking mudah di seberang jalan. Tak tahu nak order apa. Baca review kata order special. Dah sampai terkejut tengok murtabak cheese 2 biji bertindan. Harga RM17 kalau tak silap. Jenuh nak habiskan. Tak habis pun. Bungkus je. Order juga keropok lekor cheese kat gerai sebelah. Sedap gak. Yang tu pun bungkus. Cheese berlambak, Auni ratah cheese je. Keropok lekor harga RM5.
Habis makan kami bertolak pulang. Husband lak nak makan. Tadi menu tu semua forte saya. Kami cari Warung Mee Udang Pak Abu. Dalam kampung warungnya. Best, rasa santai je kena angin kampung. Dalam perjalanan kami singgah Kempas beli otak2 frozen.
Sebab jauh lagi perjalanan dan dah petang, kami plan nak stop kat Melaka. Tidur semalam kat Melaka. Saya book hotel guna apps Traveloka. Kami check in Avillion Legacy. 8 malam gak baru sampai. Request katil king tapi dah tak de. Tinggal double single je. Ok la, kami nak rehat je. Anas Auni seronok sebab ada bath tub dalam bilik.
24 Oktober 2018 - Selasa
Bangun tidur, kemas barang, mandi dan check out. Hotel ni kami tak ambil sekali breakfast. Kami cari makan dekat Roti Canai Kayu Arang. Ramai orang. Order roti tampal je. Biasa je rasanya yang unik sebab guna arang proses memasaknya. Agak lambat sikit la nak siap. Kemudian kami cari Coconut Shake Klebang. Tak dak orang masa kami singgah. Drive thru je beli.
Sebelum balik Penang kami singgah port wajib kat Melaka untuk bergambar. Lepas bergambar terus shoot balik. Alhamdulillah perjalanan lancar.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)