Monday, February 3, 2020

Sweet Run 2020


Event : Sweet Run
Date : 2.2.2020
Time : 7.00 am
Venue : Hacks, Bukit Minyak
Distance : 6km
Fee : RM30


Assalamualaikum dan salam sejahtera
2.2.2020 fun run pertama kami join untuk tahun 2020. Tahun ni pilih yang harga <RM30 dan area Seberang Perai je. Harga asal RM38 tapi masa Kristmas 2019 dapat harga special Rm30. Laju2 daftar sebab saya suka join event under kilang atau banyak sponsor. Mewah.

Race kit boleh collect 2 hari, Jumaat dan Sabtu dari tengah hari ke petang. Banyak masa ada dan tak kelam kabut sangat. Mula nak pergi Jumaat tapi tak sempat, Sabtu pergi tengah hari. Race kit depan kilang je. Tak de orang, laju je. Sekali hidang air sunquick. Dapat goodie bag harga RM15, tshirt, wrist band sekali nombor lucky draw.


Flag off 7.30 pagi tapi masa collect race kit diminta datang seawal 7pagi sebab ada zumba. Kami sampai 7 lebih sikit2. Mula2 tak nak bawa Anas Auni sebab Anas tak sihat. Bangun pagi tu semua nak ikut. Masa sampai zumba dah nak habis, ucapan demi ucapan dekat kul 8 baru mula. Sejam gak la baru habis larian.


Ada 1 water station dan 5 check point. Kena collect all flavour every check point untuk tunjuj sebelum dapat medal malangnya masa kami sampai habis semua. 6km jauh gak rasanya tapi husband kata tak rasa jauh. Cramp juga lak kaki. Anas Auni naik scooter husband tarik. Saya lari belakang.


Collect medal, air mineral dan roti. Auni pun diberi medal. Tunggu lucky draw tapi tak de luck. Kat luar kilang ada jual air sunquick. 1 botol besar 770ml free 330ml harga rm10. 3 botol 330ml rm10. Perisa Ros Laici je yang dijual. Grab la sebotol. Murah sangat dah tu. Biasa 770ml harga lebih RM10.

Lepas bergambar terus balik. Anas badan mula panas balik.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...