Showing posts with label fum walk. Show all posts
Showing posts with label fum walk. Show all posts

Monday, February 3, 2020

Sweet Run 2020


Event : Sweet Run
Date : 2.2.2020
Time : 7.00 am
Venue : Hacks, Bukit Minyak
Distance : 6km
Fee : RM30


Assalamualaikum dan salam sejahtera
2.2.2020 fun run pertama kami join untuk tahun 2020. Tahun ni pilih yang harga <RM30 dan area Seberang Perai je. Harga asal RM38 tapi masa Kristmas 2019 dapat harga special Rm30. Laju2 daftar sebab saya suka join event under kilang atau banyak sponsor. Mewah.

Race kit boleh collect 2 hari, Jumaat dan Sabtu dari tengah hari ke petang. Banyak masa ada dan tak kelam kabut sangat. Mula nak pergi Jumaat tapi tak sempat, Sabtu pergi tengah hari. Race kit depan kilang je. Tak de orang, laju je. Sekali hidang air sunquick. Dapat goodie bag harga RM15, tshirt, wrist band sekali nombor lucky draw.


Flag off 7.30 pagi tapi masa collect race kit diminta datang seawal 7pagi sebab ada zumba. Kami sampai 7 lebih sikit2. Mula2 tak nak bawa Anas Auni sebab Anas tak sihat. Bangun pagi tu semua nak ikut. Masa sampai zumba dah nak habis, ucapan demi ucapan dekat kul 8 baru mula. Sejam gak la baru habis larian.


Ada 1 water station dan 5 check point. Kena collect all flavour every check point untuk tunjuj sebelum dapat medal malangnya masa kami sampai habis semua. 6km jauh gak rasanya tapi husband kata tak rasa jauh. Cramp juga lak kaki. Anas Auni naik scooter husband tarik. Saya lari belakang.


Collect medal, air mineral dan roti. Auni pun diberi medal. Tunggu lucky draw tapi tak de luck. Kat luar kilang ada jual air sunquick. 1 botol besar 770ml free 330ml harga rm10. 3 botol 330ml rm10. Perisa Ros Laici je yang dijual. Grab la sebotol. Murah sangat dah tu. Biasa 770ml harga lebih RM10.

Lepas bergambar terus balik. Anas badan mula panas balik.


Friday, November 22, 2019

Teluk Ayer Tawar Run for Fund


Event : Teluk Ayer Tawar Run for Fund
Date : 17 November 2019
Time : 7am
Venue : SKTAT
Distance : 5km
Fee : RM38


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Event berturut-turut dalam masa 2 hari. Sungguh letih tapi berbaloi. Race kit collect awal sehari. Lepas larian di Padang Kota terus shoot ambil baju yang ni pulak. Rushing sebab waktu collection pendek, 3 jam je.

Rupanya collection smooth. Pembahagian mengikut nombor pendaftaran, cepat je prosesnya kalau nak dibandingkan dengan event sehari sebelumnya.


Hari larian kami terus ke tempat larian. Anas Auni nak follow. Semangat bangun awal pagi. Stroller tak bawa, bawa scooter je. Tu pun ada satu. Kongsi la korang dua. Masa sampai semua dah berkumpul di garisan permulaan. Tepat 7 pagi peserta dilepaskan.


Larian sepanjang jalan raya dengan kereta lalu lalang. Ada trafik yang menjaga tapi masih saya rasakan bahaya. Kemudian laluan di bendang lak tapi masih di tepi jalan raya. Anas Auni keletihan. Bergilir-gilir naik scooter dan mintak dukung. Nasib la ada adik2 saya dan adik ipar. Mereka pun bergilir dukung.


Kami set apps di phone dan masing2 menunjukkan jarak larian melebihi 6.4 km tidak seperti iklan di banner yang jaraknya 5km. Memang letih dan penat. Habis larian, bergambar dan kami terus balik. Tak tunggu pun lucky draw. Balik semua menuju ke Kedai Nasi Kandar.

Tuesday, September 10, 2019

Butterworth Fun Walk 2019


BUTTERWORTH FUN WALK 2019.

Date: 08-09-2019
Time: 7.30 am
Location: Tepi Padang Haji Ahmad Badawi Butterworth.
Early Bird Fee : RM 31
Distance : 6.4km

Bulan September saya dah habis belajar, so boleh la join fun run balik. Ini event pertama saya join selepas habis belajar. Rasanya event ke 4 untuk tahun 2019.


Sehari sebelum ambil baju. Alamat penuh ada bagi tapi landmark office tak bagi. Jenuh pusing cari tempat. Lebih dari sejam baru jumpa. Tu pun saya call event management. Staf datang pick up tunjuk jalan. Sepanjang sejam tu memang jumpa beberapa orang yang sesat cari tempat.



Flag off 7.30 pagi. Anas Auni tinggal kat rumah family saya. Kami pergi naik motor je. Masa sampai tengah warm up. 7.30 pagi semua dilepaskan. Husband saya lari, saya jalan. Selepas 1 jam lebih baru saya sampai.


Dah sampai, ambil medal, air dan roti. Kami bergambar dan gerak balik.

Monday, April 15, 2019

Fun Run World Hearing Day 2019


Event : Fun Run World
Tarikh : 6 April 2019
Flag off : .7.45 pagi
Jarak : 3.5km
Fee : RM30
Tempat : Mini Stadium, USM Kubang Kerian



Event pertama saya di Kelantan dan yang kedua tahun 2019. Pakat cari geng ramai-ramai nak join sebab nak mudah gerak ke lokasi larian. Collect race kit dekat je dengan kolej. Dari 5 orang, lastly tinggal 2 orang je. Ada yang injured, ada yang emergency.


Race kit collectiom awal bulan dan boleh collect 3 hari berturut. Cuma Sebelum 7 pagi dah tunggu Grab depan kolej. Sampai sana just on time. Ada warming up 10 minit dan perasmian. Dengan jarak 3.5km rasa mudah je tapi bila dah lama tak buat aktiviti tercungap gak. Last kilometre saya ambil short cut. Ambil goodie bag dan selepas itu ada senamrobik. Dalam acara kata zumba tapi macam tak je. Kemudian tunggu lucky draw. Ingatkan ada la rezeki, tapi tiada.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...