Saya plan nak bercuti hujung bulan Mac sempena birthday Anas Auni. Dah booking hotel di Cyberjaya awal Januari lepas. Malangnya berikutan kes Covid 19, cuti saya dibekukan dan Perintah Larangan Pergerakan dikeluarkan. 2 minggu sebelum tarikh saya ke apps Agoda dan cancel booking.
Di apps Agoda ada dinyatakan Free cancelation due to Covid 19. Lepas klik cancel, terus dapat email dari Agoda yang cancelation berjaya. Kemudian tak diberitahu pula camna nak dapat refund. Berjanggut gak la tunggu talian dijawab di hotline Agoda. Sudahnya saya biar je.
Lepas 2 hari saya dapat email dari Agoda. Confirmation tentang cancelation dan refund yang akan dapat. Lepas tu diberi 2 option untuk refund.
1. Agoda Cash - terus ada kat apps. Boleh guna duit untuk next booking. Valid 3 bulan.
2. Bank transfer - kalau pilih option ni kena reply email ni dengan nama bank dan nama penuh. Akan terima email. Lain dari third party, Hyperwallet. Akan ada link yg valid 15 hari. Lepas tu mungkin ada bank charge sebab convert currency.
Saya pilih option 2. Nak ambil yang nombor 1, tak tahu bila yang akan reda Covid19 ni, then dah nak puasa, raya. Takut expired lak kalau tak guna ni. Saya pernah baca yang transfer ni renyah sikit step. Saya nak cuba la jugak sebab ada lagi bulan April punya hotel yang mungkin saya nak cancel jugak. Kalau yang ni berjaya, mudah nak guna next time.
Masa tu juga saya reply untuk option 2. Lepas 24 jam Agoda call, sama je isi percakapan macam email. Saya just cakap nak transfer dan inform dah balas email. Baru la yang call tu check dan proceed dengan pilihan saya. Katanya dalam 2-5 hari akan terima email dari Hyperwallet untuk next step.
Selepas 3 hari saya terima email dari Hyperwallet. Kena klik link. Di link tu dah ada nama saya dan pilihan bank macam saya request. Cuma kena tambah beberapa maklumat peribadi cam nombor akaun, alamat. Then terus sent. Ada dapat nombor ID. Lepas tu terim alagi satu email untuk track refund.
Lepas 24 jam rasanya duit dah ada dalam akaun. Dapat full macam yang saya bayar di Agoda. Bagi saya refund melalui Agoda sangat mudah. Sabar menanti je 😉
No comments:
Post a Comment
Thanks :)