Wednesday, April 1, 2020

Review Drama Korea : Hotel Del Luna


Drama ni antara drama yang best. Sesuai ditonton setiap peringkat umur. Mulanya saya ingat cerita hantu seram, tak mau la tengok sebab saya takut. Pasti tanya adik, dia kata langsung tak seram. Boleh la layan. Best kisahnya. Pelakon pun sedap mata memandang, tak kayu masa acting. Setiap episod ada kisah hantu yang berlainan. Di samping perjalanan ruan hotel. Cuma endingnya kurang best bagi saya.

Sinopsis
Jang Man-Wol, dia adalah CEO Hotel del Luna. Hotel ini terletak di pusat kota Seoul dan memiliki terlihat seperti bangunan yang sangat tua. Dia membuat kesalahan besar bertahun-tahun yang lalu dan sebab itu dia terjebak dengan Hotel del Luna. Dia cantik dan tidak tua walaupun menjaga hotel beratus tahun. Begitu juga dengan stafnya yang lain.
Koo Chan-Sung bekerja sebagai Assistant Manager International Hotel. Kerana ayahnya, dia terpaksa bekerja dengan Hotel Del Luna menggantikan managernya yang dah tua. Pelanggan hotel ini adalah hantu. Chan Sung perlu membiasakan diri dengan perangai Man Wol yang boros dan masalah pelanggan hotel yang tak boleh ke alam akhirat jika masalah mereka tidak diselesaikan.
Hotel Del Luna hidup dengan kehadiran sebatang pokok. Sepanjang hotel beroperasi, pokok itu tidak pernah berdaun dan berbunga. Jika berbunga dan Hotel akan hilang selepas gugurnya bunga terakhir. Sejak kehadiran Chan Sung, pokok itu mengalami perubahan. Bagaimana nasib pekerja hotel dan pemiliknya?

Kalau nak tengok search la kat google atau Facebook, banyak je orang share link video by episode.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...