Wednesday, August 26, 2020

Review novel : Kekasih Cadangan Hati

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
Novel diberi sendiri dari penulisnya. Baru tau rupanya Aleya Aneesa dan Anggerik Mahwa orang yang sama. Antara penulis favourite saya dan ternyata karyanya tidak mengecewakan. Kisah rumah tangga yang agak berat tapi masih enjoy membacanya.

Sinopsis

Zehra berkahwin 7 tahun dengan Khalil dan hidup bersama naka mereka Iman. Malangnya perkahwinan mereka tidak seperti orang lain. Hidup umpama neraka bila Khalil selalu menghadiahkan sepak terajang kepada mereka berdua. Hidup mereka berubah selepas jiran baru mereka berpindah. Iman yang muram kembali ceria dengan teman spermainan baru Reha. Rupanya jiran baru mereka adalah teman baik Zehra semasa di kolej, Tasya dan Raimi. Raimi tidak sukakan Zehra kerana kisah silam mereka tetapi tidak Tasya. Baginya Zehra penyelamat anaknya. Raimi dan Tasya menyelamatkan Zehra selepas teruk dibelasah Khalil dan akhirnya Khalil meceraikan Zehra. Malangnya Khalil masih mengganggi Zehra. Demi menyelamatkan nyawa Iman dan menunaikan janji, Zehra berkahwin dengan Raimi selepas kematian Tasya. Perkahwinan mereka hanya di atas kertas. Hubungan mereka sekadar pelengkap kepada Iman dan Reha yang masing-masing tiada ibu bapa. Pelbagai dugaan menimpa mereka. Khalil yang tidak insaf, cubaan merogol Zehra, kehadiran Hidayah, wanita pilihan ibu Raimi menjadi kan mereka tersepit. Bahagiakah perkahwinan mereka? Bagaimana kesudahannya?

Best cerita ni. 4.5/5 saya bagi. Tak rugi memilikinya. 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...