Assalamualaikum dan salam sejahtera,
12/8/2020 10:00 am Rabu
Tarikh operation ini yang saya pilih selepas pre op screening. Selepas hantar Anas ke sekolah dan Auni ke rumah keluarga saya, kami terus ke destinasi. Di rumah dah makan sarapan dan makan ubat Celebrex yang dibekalkan. Dari Isnin saya dah mula titis artificial drop. Semua ubat yang diberi kena bawa ke klinik termasuk kotak.
Masa kat rumah, Pn Zahira, Optometrist Klinik remind saya untuk jumpa di klinik jam 10 pagi. Saya sampai 9.30 pagi. Ramai orang tengah beratur di luar. Beratur gak 10 minit. Macam tak jalan lak. Saya message Pn Zahirah, dia terus datang dan saya di panggil masuk ke biliknya.
Saya diberi kaunseling tentang pembedahan yang akan dijalankan, ''do and dont's'' selepas pembedahan. Selepas dah paham tandatangan. Saya diminta tunggu dalam kereta. Dah sampai turn baru di panggil naik ke tingkat 1. Agak lama menunggu, rasa lapar dan kami ke kedai depan klinik untuk makan. Husband order bihun tomyam, saya ambil nasi lemak bungkus je. baru 2 suap makan, saya dihubungi klinik untuk masuk. Rushing la saya dan suami makan. 11.40 pagi kami masuk ke klinik.
Dah masuk klinik tanya la staf kaunter kata saya dihubungi untuk operation. Staf suruh saya tunggu kat dalam. Sampai 12.30 tengah hari masih menunggu. Husband pergi kaunter tanya. Dia dah sound staf situ. Bagi appointment 10 pagi tp sampai 1 petang tak boleh operation pun lagi. Lepas tu baru saya diminta ke tingkat atas. Tapi masih kena menunggu kat atas ni. Ada 5 lagi pesakit tengah menunggu. Masa ni staf yang lalu lalang semua pandang saya. Mesti berita dah tersebar yang husband saya bising kat bawah. 1.10 petang saya diminta masuk ke bilik hujung sekali. Di sini, kena serahkan resit bayaran dan staf ada terangkan prosedur yang akan dilakukan.
Pembedahan saya melibatkan 2 mesin. Mesin pertama untuk Femto, mesin kedua untuk Lasik. Saya kena ikut arahan Doktor. Mesin Femto saya kena pandang titik hijau, mesin kedua kena pandang cahaya merah. Lepas selesai penerangan, saya di arahkan untuk masuk ke wad 2. Disini saya kena tanggalkan tudung, inner (anak tudung), buka getah rambut, spek, jam, mask. Letak atas katil belakang tu. Di pakaikan OT Gown. Kemudian bahagian mata akan ditiskan ubat, LA (Local Anesthesia) untuk kebaskan mata. Dicuci dengan Povidone iodine dan water. Swab dan gauze diletakkan di bahagian telinga sebab masa operation akan dititiskan air. Ini untuk elak air masuk ke dalam telinga. Surgical mask dipakaikan dengan OT cap. Sekeliling dahi, telinga di letakkan micropore. Mata rasa kebas dan kembang masa ni.
Keluar kena duduk tunggu depan bilik OT. Staf iring masuk ke dalam bilik OT. Dalam OT ni ada 3 bahagian, Bahagian pertama ni kena tanggalkan kasut, pakai selipar yang disediakan. Dan masuk ke bahagian kedua. Bahagian ni ada 2 kerusi, macam kerusi urut tu. Tunggu kat sini sebab ada patient tengah operation di bahagian ketiga. Setiap bahagian tertutup pintu. Sama je macam bilik OT hospital kerajaan. Di bahagian 2 ni saya dengar bunyi mesin dan suara Doktor.
Selesai pesakit di dalam, saya di bawa masuk. Duduk di kerusi untuk Dr Razak check mata dan tanda kan bahagian dalam mata yang nak operate. Mata kebas masa ni, tak rasa apa.Dia suruh pandang dinding baca perkataan kat dinding. Tapi tak nampak tak leh la baca. Pastu baring atas katil, Mata dicuci, pastu Dr letak spekulum nak bagi mata terbuka. Sebelah mata lagi ditutup. Cuci mata masa ni lama gak lepas tu baru diletakkan bawah mesin Femto.
Mesin ni bentukkan flap dua belah mata kemudian katil berpusing ke mesin utk lasik lak. Dr Razak sangat membantu. Ikut je arahan dia. Dia akan puji kalau kita buat betul dan tak marah pun.
Lepas siap bangun pandang dinding dan nampak TAHNIAH, ANDA TELAH BERJAYA. Dah habis, Dr Razak suruh tunggu kat sofa, lepas habis patient selepas saya dia nak tengok balik mata. Masa ni pening sikit. Habis op patient lepas saya tu, Dr check mata saya dan semuanya ok. Keluar bilik OT pening sikit tapi nampak dah muka suami tunggu kat luar. Masuk wad 2, staf cuci muka, pakai tudung, mask ambil ubat kat luar. Ubat yg titis dapat hari tu diberi semula dan ditambah beberapa ubat lagi cam bawah ni. 1 minggu hingga 1 bulan elak mata direct cahaya matahari. Masa keluar klinik dah rasa mata pedih.
Dr pesan pejam mata dalam perjalanan balik dan sampai rumah tidur. Saya ikut je. Ada gak tengok fon update status whatsapp dan Ig 😂. Balik rumah tidur. Seharian tu saya babyak tidur. Malam tidur guna eye shield. Esoknya bangun tidur dah tak sakit. Pandang jauh tak de masalah. Semuanya nampak clear. Pandang dekat je masalah. Cam tengok hp, kejap kembang kejap ok. Pastu kakau fokus sangat mula la mata pening.
2.30 petang temujanji dengan Dr. Sampai je inform optometrists, terus masuk ke bilik 4. Sama prosedur cam screening hari tu. Check power mata guna mesin, ketebalan kornea, pastu duduk kat kerusi tengok skrin inform nampak huruf apa. Maklumat dari Optometrist rabun mata saya dah 0, silau masih ada 0.25 dan mata kering. Lepas tu check tekanan mata dan jumpa Dr Razak. Dr tanya keadaan saya. Saya inform tentang pandangan dekat saya. Dia kata kesan silau. Akan hilang dari masa ke masa. Tempoh penyembuhan 1 hingga 3 bulan. Selesai jumpa Doktor, tunggu untuk bayaran consultation RM40.
Bagi saya agak mahal kos di sini. Screening mahal, follow up still kena bayar. Compare dengan kawan saya yang buat di KPJ Ipoh, mungkin saya boleh jimat banyak. Tapi saya memikirkan saya perlu keluarkan duit tol dan minyak untuk screening, pergi op, balik selepas 1st day appointments, hotel untuk hari op, dan kos minyak tol untuk temujanji wajib seterusnya. Husband saya mungkin perlukan extra cuti dan meletihkan dia untuk ulang alik drive. Anas juga sekolah. Jarak rumah saya ke Sungai Petani lebih dekat dengan Ipoh.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)