Monday, August 17, 2020

Set Bilik Tidur

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
Sepanjang Perintah Berkurung Covid ni, macam-macam barang rumah rosak. Hari tu mesin basuh, ni almari baju lak. Almari lama dari rumah dulu, husband guna dari sebelum kami kahwin. Then almari kedua beli lepas ada Anas. Almari pertama masih diguna letak baju kurung dan set cadar. Cuma pintu tak dak. Pintu menggelongsor turun. Tak nak jatuh atas kaki anak, cabut terus pintunya. 


Almari kedua beli selepas almari pertama rosak. Rasanya sama umur Anas Syauqi. Jenis buka tutup bukan sliding dan lebih banyak partitions. Simpan la baju kami 4 beranak. Anas Auni dok buka. Bahagian laci berapa kali dah jatuh. Dah masuk bubuh semula. 


Lastly track untuk tolak masuk dah bengkok. Laci dah jadi susah nak tarik. Bising la Auni sebab baju dia kat dalam laci. Bahagian pelapik dah berapa kali jatuh tapi masih boleh letak balik. Engsel kat pintu, besi tercacak kot tepi. Kena tangan sakit. Kayu keliling daun pintu dah merekah. Pemegang pintu dah patah 2.


Selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), husband ajak pergi tengok almari di Cubic Furniture. Kami pernah beli kabinet tv dengan company ni tapi beli semasa Home Ecpo. Tak pernah pergi showroom. Sebelum pergi, PM di FB tanya kedai buka ke tak. Lepas dpt jawapan terus pergi masa weekend. Ukur dulu saiz besar mana yang muat kat bilik tu. Untuk tinggi maximum boleh 10 kaki dan lebar 8 kaki. 


Tengok katalog terus pilih nak yang mana. Tengok harga dan saya kata nak 8x8 dengan harga RM1799. Contoh almari tak de tapi saya nak tengok material bahan samaada jenis yang sama dengan yang lama atau tak. Dah tengok sampel dah puas hati terus bayar deposit RM500. Masa staf tengah tulis resit, saya scroll FB dan nampak ada promo di FB. 


Kalau ambil set yang atas ni dapat rebate RM500. So, harga rm1999 untuk katil, almari, side table dan make up table. Katil bilik kami baru je beli. Husband cakap masuk je bilik Anas katil ni, tilam queen yang lama memang ada, boleh guna. 

Masa sampai barang, husband ada di rumah. Husband la tunggu sampai siap. Saya balik kerja semua dah siap. Tinggal nak simpan kain baju je la. 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...