Wednesday, August 19, 2020

Screening dan pre operation sebelum Lasik sugery


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
Tentu ramai dah pernah dengar tentang Lasik. Saya sendiri dah dengan pengalaman dari teman sekerja 4 tahun yang lalu. Masa tu terdetik juga nak buat tapi.. Takut.. Ye lah, mata kan. Risikonya menggerikan. Sehinggalah bulan 5 saya bertukar tempat kerja dan kebetulan 2 bulan sebelum tu ada baca experience Irine Nadia buat PRK. Sembang dengan colleagues. Rupanya dia pun dah buat Lasik 8 tahun lepas di Sarawak. Katanya ramai ahli keluarga dia dah buat, tak sakit, mudah dan seronok life specless. Saya pun buat survey. 

Optimax : RM4588 / each eye (screening RM120)
Pusat Pakat Mata dan Lasik Utara (PPMLU) : RM5500, RM7000 dan RM10500 / eye screening RM300. Harga berbeza mengikut prosedur dan harga utk dua belah mata.

Then, seorang colleague pun cerita dia dah book untuk Lasik di KPJ dengan harga RM4000. Eh lagi murah. Rupanya KPJ Ipoh. Jauh la pulak. Kalau sekali jalan buat semua tak pe la, screening hari lain, operation hari lain, pastu kena datang sehari selepas, 7 hari selepas untuk check up. Kalau ambil hotel dah berapa kosnya. Saya decide untuk buat di SP je. Boleh ulang alik dari rumah.

Terus booking slot untuk screening dengan Pn Zahirah, Optometrist. Hujung bulan Julai screening dan pre operation. Musim covid buat sama hari dan semua dengan temujanji. Target nak operation awal Ogos. Lepas screening ada tempoh masa sebulan untuk operation. Kena bawa RM300 masa ni.


Screening & pre operation

Temujanji saya jam 10. Bertolak dari rumah 9 pagi. Sampai kat PPMLU 9.40 pagi. Husband bawa anak2 makan dan saya je masuk. Ramai kat luar dok tunggu. Ingatkan full rupanya waris di luar, pesakit je masuk seorang. Meja daftar kat luar, bagi IC, scan QR code dan terus masuk ke bilik optometrist. Dalam bilik kena isi form butiran peribadi. Lepas tu mula la screening.

 
Mesin yang depan tu untuk check power mata. Sama macam kedai buat spec. Lepas tu pindah ke mesin belakang untuk screening kornea. Yg hujung sekali check ketebalan kornea untuk mata kiri dan kanan. Mata kena fokus pada titik oren. Lepastu kena besarkan mata. Dah cukup besar, akan muncul macam flash merah capture. Ulang benda sama untuk mata sebelah lagi. 


Dah dapat ukuran yang diperlukan, pindah ke mesin sebelah lagi untuk check bentuk kornea. Info dari Optometrist ada orang dilahirkan dengan bentuk kornea berlainan. Normal untuk procedur kena cembung. Keputusan dari saringan kornea akan dicetak. Sementara tu kena pindah ke kerusi lain pula untuk check power mata manual seperti di kedai spec. Check sekali mata dominan. Dah selesai check Optometrist suruh duduk dan explain tentang prosedut yang ada dan beza setiap satu. Keputusan untuk buat prosedur yang mana satu. Itu pun jika keadaan salur darah belakang mata masih sihat. 


Lepas selesai penerangan dari Optometrist, dia akan titis 3 jenis ubat untuk kembangkan anak mata sebelum prosedur seterusnya. Ubat yg pertama pedih. Yang kedua, ketiga ok. Kena tunggu di luar sehingga anak mata kembang. Katanya 30 minit. Lepas 10 minit, staf datang check, mata belum kembang dan dia titis lagi ubat. Katanya pejam mata lebih cepat kembang. Spec tak pakai dah masa ni. Dah 30 minit tengok hp pun dah kembang semacam. 

Nombor saya dipanggil untuk masuk ke bilik 2 nak check tekanan mata. Masa check ni rasa macam semburan angin ke dalam mata. Kejap je la. Dalam beberapa minit dipanggil masuk ke bilik 1, bilik Doktor Razak. Dia tanya saya kerja unit mana. Lepastu suruh pandang depan beritahu huruf apa. Memang tak nampak huruf nampak warna hitam je. Lepastu nak check salur darah. Titis ubat dulu dalam mata dan Doktor letak 1 alat di mata untuk besarkan mata. Mata yg ditutup memang tak nampak apa2. Mata satu lagi kena pandang depan dan tengok cahaya yang terang. Memang tak boleh nak buka mata sebab cahaya sangat terang. Tapi saya cuba juga dan ikut arahan doktor. 


Selesai 1 mata, mata sebelah lagi kena prosedur yang sama. Mata sebelah sini rasa lebih mudah dan cepat. Dah selesai, mata berair dan pembantu doktor tolong lapkan air mata. Then doktor kata mata ok dan proceed untuk operation. Dia tanya saya nak buat Lasik atau Smile then bila nak buat. Saya sebut tarikh pilihan saya dan Doktor pun setuju. Then kena tunggu di luar untuk ubat dan bayaran. 

Lama gak tunggu yang ni. Saya whatsapp husband kata dah selesai dan tengah tunggu bayaran. Cakap sekali yang mata pedih dan tak boleh tengok cahaya. Husband datang dan minta saya tunggu dalam kereta. Dari pembacaan blog sebelum ni, ada yang pesan bawa cermin mata hitam. Saya ambil spec hitam husband yang dalam kereta dan ia sangat membantu. Cumanya tak nampak la clear sebab spec yang ada power tak pakai. Masuk kereta pejam mata dan menjawab soalan anak2 yang pelik tengok mama pakai spec abah dia. 

15 minit gak Husband tunggu untuk bayaran dan ubat. Diberi resit, kad temujanji operation, jumlah yang perlu dibayar hari operation, ubat dan kertas yang tulis list sebelum, selepas surgery. Husband inform yang staf pesan, hari operation kena pakai inner, ubat titis kena titis 2 hari sebelum 4 jam sekali, ubat tahan sakit makan pagi sebelum operation. Pastu kalau bayaran transfer kena print resit dan bawa hari operation. Perjalanan pulang saya banyak pejam mata. Sampai rumah tidur. Bangun petang tu mata masih kembang even dah 6 jam. Malamnya mata beransur ok. 

Nanti free saya share berkenaan operation .

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...