Assalamualaikum dan salam sejahtera, 1.1.2021 genap 10 tahun perkahwinan kami. Biasanya malam tahun baru kami dinner di Hotel. Tapi tahun ni tak banyak hotel provide new year eve dinner. Kalau ada pun, agak mahal harganya. Terfikir gak nak celebrate camna anniversary dengan covid tengah memuncak ni. Tanya husband cam biasa la jawapan lelaki, entah la, ikut la, apa pun tak pe. So, saya gamble je book hotel. Hahaha.. Tak de la gamble sangat, tanya gak pendapat husband, sebab hari check in hari kerja. Tunjuk gak la hotel yang saya nak book. Bila dia setuju, cepat2 check compare harga dan book. Hotel ambil dalam Pulau Pinang, tak nak ke luar negeri sebab :-
- Jalan mesti jammed sebab PH
- Sabtu ada kenduri kena attend
- Khamis kerja, kalau luar negeri lambat lak check out.
31/12/2020 - Khamis
3H2M - RM426.78
Saya keje half day. Balik 1 petang, balik rumah, mandi, solat, check semula barang mana yang tak lengkap. Barang dah siap packing semalam. Sedia baju Anas Auni dan terus ke rumah keluarga saya ambil Anas Auni. 3 petang baru bertolak ke hotel. Tengok maps, jalan sesak nak ke jambatan. 4 petang sampai hotel.
Husband drop dekat lobi, saya check in dulu. Ramai gak yang check in hari ni. Bagi IC, sign borang, masukkan nombor plat kereta dan dapat kad akses ke bilik. Tak perlu deposit. Terkejut saya, selalu hotel kalau check in mesti nak deposit, dah la saya tak bawa banyak cash. Masuk kereta dan ke parking. Parking di level 3-8.
Dah parking, pergi lif untuk ke lobi semula. Dari lobi, kena ambil lif lain untuk ke bilik. Perlu kad akses untuk tekan level bilik. Bilik kami tingkat 20 dan hujung sekali. Bilik hujung dapat la view elok sikit, menghadap komtar, nampak la dinosour The Top. Seronok la Anas dok tengok. Pastu laut pun nampak. Dalam bilik kemudahan asas semua ada. Iron board, kettles, mini fridge, wardrobe, table, television, bath towel, face towel, toiletries, coffee, tea set, mineral water, table lamp, side table, hair dryer, sewing kit. Tv siaran tak clear sangat. Channel astro ada, Channel basic. Plug banyak dalam bilik. Mineral water ada 4 botol.
Dalam bilik air separate shower dan bath tub. Luas jugak bilik air compare dengan bilik air hotel lain yang pernah kami stay. Bilik air, bath tub, sinki bersih. Basic toileteries, bath gel, shampoo, conditioner, lotion, shaver, sikat, cotton buds, berus gigi, shower cap. Towel rasanya ada 7 helai dengan 4 saiz berbeza.
Dalam wardrobes ada iron board, iron, safety locker, hanger, laundry bag, slipper. Bathrobes kalau nak boleh request dekat housekeeping. Lantai half carpet, half kayu. Kiri kanan katil ada plug, table lamp. Saya suka, sebab saya dok baca novel.
Masuk je bilik, rehat jap. Anas Auni dah bising nak mandi pool. Kami tak larat nak pergi pool, suruh je la diorang mandi tub dulu. Lepas Solat, husband keluar pergi Mcd sebab anak-anak lapar. Masa saya nak solat, bentang sejadah, nampak botol air bawah katil. Saja la jenguk bawah katil, banyak lagi sampah dan habuk. Terus call housekeeping buat aduan.
Lepas siap vacuum, kami makan, rest. Saya baca novel, Anas Auni kejap tengok fon, kejap main mainan. Tak plan nak keluar kemana pun. Nak pergi pool pun dah 6 petang. Siaran TV pun tak da yang menarik. Buka sekadar bagi berbunyi je la. Saya lak janji dengan Anas Auni nak tengok bunga api malam ni. Entah ada ke tak. Tak sempat 12 malam, husband dah tidur dulu. 11 lebih dah ada bunga api. Tepat jam 12 lagi la banyak bunga api. Kejap seberang, kejap depan hotel, kiri, kanan. Banyak sangat ada sampai Anas Auni tak kisah dah nak tengok. Habis tengok bunga api, siap2 nak tidur.
1/1/2021 - Jumaat
Sebelum Subuh dah bangun. Husband balik rumah, ambil laptop, charger fon tertinggal. Saya mandi, solat, bancuh nescafe dan baca novel. Baring-baring, tidur balik. Tengah hari bangun, suap Anas Auni makan nasi. Lepas makan bawa pergi tingkat 11, mandi pool. Ada pool dewasa dan kanak-kanak. Open air, agak sejuk sebab hari mendung cam nak hujan. Anas Auni masuk mandi kids pool, sejuk tak tahan naik.
Lepastu pergi pool dewasa pun sama sejuk. Saya rendam kaki je. Then makin ramai keluarga datang. Masa awal kami datang ada 1 family je. Ramai-ramai tu dah penuh dekat kids pool. Saya pujuk Anas Auni ajak naik bilik, mandi tub je, ada air panas. Nasib la pujukan saya berhasil. Masuk bilik berendam la diorang dalam tub 2 jam. Sampai habis la novel saya baca.
Seharian kami lepak je dalam bilik. Budak-budak ni tengok you tube, tiktok, main mainan, tengok luar. Channel TV tak menarik dan siaran tak clear. Malam order makanan delivery, saya buat kerja kat laptop. 1 pagi semua tidur.
2/1/2021 - Sabtu
Lepas Solat Subuh, saya kemas baju, barang, simpan dalam box. Sementara anak-anak tak bangun lagi. Kemas sampah-sampah, pack elok-elok dalam plastik. Tong sampah dalam bilik ni ada 2, kecik k=je saiz pastu takde plastik sampah dalam tongnya. Ada sisa makanan, takut meleleh, bau lak. Saya masuk dalam plastik. Bilik hotel ni tak kedap bunyi sangat. Kalau jiran bilik lain keluar, memang dengan borak, bunyi pintu hempas. Lepaps tu flush susah sikit nak tekan. Kena guna tenaga kuat. Saya pun agak susah nak tekan. Anas lagi la tak boleh. Paip air jenis spray yang splash kuat. Bath tub ok, ada pelapik kat lantai, so tak licin. Nak keluarkan air pun senang ada tempat nak pulas.
12 tengah hari kami check out. Smooth je, tak ramai. Staf minta parking kad. Saya tunjuk message FB kat staf di kaunter. Saya ada request di FB melalui PM untuk simple decoration sempena anniversary. Dapat Balasan yang saya perlu call ke hotel. Saya call dan buat request. Dari feedback yang diterima, staf tak janji tapi try buat the best dan akan inform manager. Keesokan harinya saya dapat message di FB yang pihak hotel tak boleh deco tapi akan ganti dengan 1 slice cake dan diminta booking ID saya.
Masa check in, tak de kek. Hari kedua pun tak de tapi ada la saya mesaage di FB tanya tentang kek, tapi takde balasan. Masa nak check out, saya tunjuk message pada staf di kaunter. Dia panggil manager dia. Manager minta saya tunggu untuk dia check. Dalam 10 minit manager datang bagi kek dan minta maaf. Katanya hotel full booking, diorang tak sempat. Saya ok je kalau tak bagi pun. Tapi diorang dah janji kan?
No comments:
Post a Comment
Thanks :)