Showing posts with label bawa anak bercuti. Show all posts
Showing posts with label bawa anak bercuti. Show all posts

Monday, September 6, 2021

Merdeka Staycation - Modern Hotel Georgetown

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pulau Pinang dah Fasa 2 dan PM ada umum yang dah boleh rentas daerah untuk negeri Fasa 2. Kebetulan saya ada apply cuti hujung bulan, bincang dengan husband nak check in Hotel. Saya book Modern Hotel Georgetown. Lama dah tak stay area Town. Asyik tepi pantai je. Saja nak try, sebab hotel ni recommend dari kawan Instagram. Saya book melalui Agoda. 


3 hari 2 malam - RM337

Deluxe Double with Bathtub

Penginapan dari hari Sabtu hingga Isnin.


Sebelum booking saya call hotel dulu untuk confirmation status hotel. Hotel masih beroperasi dan saya ditanya tentang status vaksin. Hotel hanya benarkan penginap yang dah lengkap 2 dos vaksin sahaja. Selepas booking dengan bayaran penuh, saya print booking form untuk urusan rentas daerah. Mengikut SOP MKN yang saya baca, tak perlu surat kebenaran untuk rentas daerah. Semasa sekatan jalan raya, tunjuk surat booking dan Mysejahtera yang tunjukkan dah lengkap 2 dos vaksin.


28/8/2021 - Sabtu

Lepas makan tengah hari di rumah, kami terus gerak ke hotel. Singgah beli jajan je kat kedai area rumah. Perjalanan ke hotel smooth. Tak de SJR, kereta pun tak banyak. Sampai hotel 2 petang. Check in pun kejap je. Masa sampai tu jam 2 petang. Memang on time untuk check in. Deposit RM100 dikenakan. Banyak parking area hotel iaitu tepi jalan. Kiri kanan banyak hotel lain dan kedai-kedai. Tak de masalah nak beli barang. Parking bayar guna smart parking. Semalam saya ada PM hotel request nak bilik yang bath tub di balkoni. Masa check in, staf dah aware request saya. 


Bilik kami level 1. Tak de lif. Sampai tingkat 1, ada lobi yang ada port yang nice untuk bergambar. Sofa pun ada kat situ untuk lepak. Bilik kami depan lobi je. Bilik dengan hiasan simple dan moden. Open Wardrobe. Stand mirror dengan hanger yang siap gantung bathrobe. Round mirror pun ada tepi television. Mini fridge hidden dalam cupboard bawah television. 2 bangku di sediakan. Atas table ada Aristo coffee machine dengan 3 capsule. 2 mineral water, cawan dan gelas wine. Kopi, teh, gula dan seangkatan dengannya tak disediakan. Nasib baik ada bawak siap-siap sebab dah plan cuti kali ni nak melepak dalam bilik je. 


Bathroom dengan glass wall tapi ada langsir untuk tutup. Katil cam saiz Queen je. Kiri kanan katil ada meja dan lampu juga plug. Plug banyak tersedia dalam bilik ni. Tepi sekali ada pintu yang berkunci dan balkoni dengan bath tub. Ada juga meja dan kerusi untuk istirehat, borak-borak minum coffee. Chandelier pun ada area sini. Saya suka corak tiles backdrop bath tub. Konsep Black and White. Kipas pun ada site sini. Untuk pengudaraaan dan privacy bahagian open area di tutup dengan blind.


Pihak hotel sedia shower gel, bathbomb dan sea salt di bath tub. Lama dah teringin nak guna bathbomb 😀 dapat gak merasa. Untuk towel mandi 2 helai, towel muka 2. Dua-dua towel muka letak depan bilik air dan balkoni. Sebab keluar bilik air kaki basah nak lap kaki. Keluar bath tub dan area balkoni pun kaki basah. Tong sampah ada 2. Bilik air dan bawah meja. Dah makan dalam bilik. Banyak la sampah. Wifi juga disediakan. Kena log in. Mula-mula tak leh log in. Lepas call frontdesk baru boleh. 


Untuk makan petang husband beli McD drive thru. Memang lapar pun. Last saya makan nasi 10 pagi. Untuk malam kami makan steambot dan husband ada tapau masa keluar petang. So far hari first budak-budak ni berendam bath tub dari sampai. Rehat jap then malam sambung lagi mandi. Kami suami isteri lak makan area balkoni. Memang sesuai la untuk keluarga bilik ni. Biasa la dengar bunyi kenderaan lalu lalang masa istirehat dan makan-makan kat balkoni. Nyamuk tak de even open area.


29/8/2021 - Ahad

Tak de aktiviti. Plan datang sini nak rehat je. Mandi, makan, tengok televisyen, tonton netflix. Ulang-ulang yang tu dari bangun tidur. Sarapan husband beli roti telur, roti bakar dan telur setengah masak. Bancuh coffeemate 3 in 1, minum air masak. Malam order foodpanda. Order kul 6 Marrybrown. Set nasi ayam dengan pasta. Sekali tak cukup da. Budak-budak ni lepas berendam lapar lak. Kami laki bini pun lapar. Order sekali lagi nasi ayam dengan ayam 5 ketul. 


30/8/2021 - Isnin

Check out day. Pagi ni makan je lebihan makanan semalam. Ada nasi dengan ayam. Panaskan je. Biar Anas Auni mandi bath tub. Saya kemas barang-barang dan baju. 11 pagi kmi dah check out. 

Monday, January 18, 2021

Family Getaway : Natasya Riverside Resort

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ayah suka kalau kami sekeluarga dapat berkumpul dan bercuti di mana-mana. Memandangkan masing-masing dah kahwin, ada yg mengandung, baru bersalin, bekerja, susah la nak aturkan percutian. Plan asal nak pergi Langkawi April hari tu. Hotel dah book with full payment tapi sebab PKP dan tak tahu bila Covid19 nak reda, request untuk full refund dari Traveloka. Nasib la dapat full refund. Masa bulan September ayah dah bising suruh cari tempat nak cuti-cuti. Beberapa tempat kami list down. 



Lepas bincang adik beradik, kami pilih Disember walaupun saya tak berapa berkenan jalan-jalan masa Public Holiday dan cuti sekolah, tapi dah semua pun free masa ni. Dari tempat yang kami listed tu mostly full. Adik tag saya di FB location ni. Saya pun whatsapp tanya untuk tarikh yang kami nak pergi tu masih ada kekosongan atau tak. Masih kosong dan beberapa pilihan bilik di beri. Saya terus book 4 cabin dengan deposit untuk secured. 



Bulan 10 covid naik balik dan beberapa tempat PKPB sampai 20/12/2020. Lepas 20hb baru saya whatsapp semula pihak resort dan kawasan sini green zone. Kami pun bukan red zone, boleh keluar negeri dan daerah. 


26/12/2020 - Sabtu

Tol RM16.32

Minyak : RM69

Kabin RM180 x 4

Update di group family, jumpa 8.30 pagi di kedai makan. 9.30pagi baru bertolak dari kedai. Singgah RnR Gunung Semanggol, Beli Burger Ramly dan top up kad TouchNGo. 12 tengah hari sampai destinasi. Kami ikut maps je. 1 kereta silap destinasi. Adik saya drive ke Natasya Caravan. Sampai terus saya ke reception tanya berkenaan bilik. 2 petang baru boleh check in. Penginap lain baru serah kunci nak check out. 


Sementara nak tunggu 2 petang, kami turunkan beg dan lepak dekat meja yang di sediakan depan kabin. Saya tanya siap-siap kat kaunter, yang mana satu bilik kami. So, nanti nak bawa barang senang la. Banyak gak barang sebab kami nak BBQ sekali. Dari tempat kami lepak nampak la pekerja tengah bersihkan bilik. Kami jalan-jalan sekitar chalet. Area belakang ada sungai. Ada gym, wall climbing, dart dan tamn permainan. 


Ada yang berkhemah depan sungai. Cuaca panas terik, kawasan sungai takde tempat berteduh. Banyak batu dan air sungai agak deras. Tak leh biar budak2 mandi tanpa pengawasan. Husband bawa budak2 mandi sungai. Dia dah tak tahan panas. 2.10 petang saya pergi tanya kunci bilik. 


3 bilik dah ada kunci. Bilik last tengah pasang cadar. Ayah saya nak bilik tu, dia ada guna tandas dan cakap air bertakung. Saya sampaikan pada kaunter dan ada staf datang tengokkan bilik. Kena bayar deposit RM50 setiap bilik. Semua pilih bilik masing-masing. Last bilik dapat kat saya. Masuk bilik buka aircond dulu. 3 katil single, 4 plug, 3 bantal, 3 selimut, 2 tong sampah. 

Tandas ada di hujung, ada sinki dengan 2 bekas tak berlabel. Mungkin shower gel + shampoo. Shower dengan toilet sekali. Tak de tempat gantung towel dalam bilik air. Tempat sangkut tuala dan hanger disediakan depan pintu tandas. Tuala disediakan 2 helai besar, 1 kecil, tv 32 inci flat screen dengan limited basic channel. 

2 katil single kami rapatkan masa anak-anak saudara datang bilik. Masa nak rapatkan katil, kepala katil boleh lak tercabut skru. Mungkin dah longgar kot sebelum ni. Bila kami tarik terus tercabut. Husband pun adjust sana sini boleh la jadi seperti asal. Arah kiblat pun ada tapi diletaknya di depan pintu masuk. Agak confuse nak tengok arah. Mungkin kalau arah kiblat diletakkan bahagian tengah silih bilik atau hujung balik sana lebih mudah di lihat. 

Solat dan rehat. Lepas Asar kami mulakan BBQ. Awalnya nak BBQ lepas Maghrib tapi peralatan first come first served. Tempat panggang je yang disediakan, arang dan lain2 kena bawa sendiri. Yang lelaki bakar ayam dan kambing, perempuan menyembang. Masa ni dah hujan lebat. Budak2 semua mandi hujan. Sambil bakat sambil makan. Kami buat juga strambot selain dari makan ayam, kambing dan sosej bakar. 


Maghrib kami stop makan, angkut barang semua masuk dalam bilik. Dah ada orang lain nak guna BBQ. Dalam bilik tengok tv, baca novel, main handphone. Tapi line internet tak berapa ok dalam bilik. Saya jalan-jalan kat lobi cari line. Ok laju tapi nyamuk lak banyak. Nasib la kami ada bawa ubat nyamuk letrik. Masuk bilik, tengok Anas Auni tak de. Semua dekat bilik mak ayah saya. 


Husband lak lapar, ajak keluar cari makan. Kami keluar berdua je. Ada la kedai yang nuka tapi ramai orang. Kawasan ni kampung, gelap, susah gak nak cari jalan. Sesat la jugak. Pandu ikut maps je. Sampai ke jalan besar, banyak kedai tutup. Jumpa 1 kedai, beli bungkus je sebab Auni dah call tanya bila nak balik. Sampai chalet, Auni dah tidur. Masuk bilik, husband makan. Anas pun tertidur. Semua pun letih, mengantuk. Saya lak tak. Leh nak tidur. Banyak gangguan. Tidur ayam je la. Banyak terkejut, terjaga. 

Lepas Subuh, kemas barang, ayah dah ketuk pintu ajak balik. Ikutkan check out 12 tengah hari tapi ayah ada tempat lain dia nak tuju. Kami takde la plan apa-apa cuma saya teringin nak ke Kellie's Castle. Lepas check out, pulangkan kunci dan resit, ambil semula deposit dan kami cari trmpat untuk sarapan. Sarapan di kedai tepi sungai. Masa sarapan bincang destinasi seterusnya. Ayah naknke Pasar Karat. So, adik bawa dia ke sana. Saya tak nak ke sana, so saya nak terus ke Kellie's Castle. Adik lagi sorang nak follow saya. 


Follow maps je nak ke Kellie's Castle. Sampai je, dah ada lane in out, follow je. Sampai turn kereta kami, kena serah IC yang dewasa. Lepas tu beritahu bilangan dewasa dan kanak-kanak, kenna bagitahu umur budak sekali then bayar. Harga yang dikenakan.

  • Dewasa - RM5
  • Kanak-kanak (4-12) - RM3
  • Parking RM2
  • Kamera - RM50

Sebab untuk kamera cas RM50, kami tak keluarkan kamera. Depan tu masuk terus parking. Ada je lagi tempat ppark dalam tu. Nak jimat RM2, park tepi jalan then jalan masuk. LEpas tu kami bergambar dekat entrance yang tulis besar Kellie's Castle. Nak masuk 1 je jalan. Staf jaga dan minta tunjuk resit. Saya tertinggal resit dalam kereta. Patah balik masuk ambil resit. Dah check resit, 




Monday, January 11, 2021

10th wedding anniversary - The Wembley - A St Giles Hotel Penang

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 1.1.2021 genap 10 tahun perkahwinan kami. Biasanya malam tahun baru kami dinner di Hotel. Tapi tahun ni tak banyak hotel provide new year eve dinner. Kalau ada pun, agak mahal harganya. Terfikir gak nak celebrate camna anniversary dengan covid tengah memuncak ni. Tanya husband cam biasa la jawapan lelaki, entah la, ikut la, apa pun tak pe. So, saya gamble je book hotel. Hahaha.. Tak de la gamble sangat, tanya gak pendapat husband, sebab hari check in hari kerja. Tunjuk gak la hotel yang saya nak book. Bila dia setuju, cepat2 check compare harga dan book. Hotel ambil dalam Pulau Pinang, tak nak ke luar negeri sebab :-

  • Jalan mesti jammed sebab PH
  • Sabtu ada kenduri kena attend
  • Khamis kerja, kalau luar negeri lambat lak check out. 


31/12/2020 - Khamis

3H2M - RM426.78

Saya keje half day. Balik 1 petang, balik rumah, mandi, solat, check semula barang mana yang tak lengkap. Barang dah siap packing semalam. Sedia baju Anas Auni dan terus ke rumah keluarga saya ambil Anas Auni. 3 petang baru bertolak ke hotel. Tengok maps, jalan sesak nak ke jambatan. 4 petang sampai hotel. 

Husband drop dekat lobi, saya check in dulu. Ramai gak yang check in hari ni. Bagi IC, sign borang, masukkan nombor plat kereta dan dapat kad akses ke bilik. Tak perlu deposit. Terkejut saya, selalu hotel kalau check in mesti nak deposit, dah la saya tak bawa banyak cash. Masuk kereta dan ke parking. Parking di level 3-8.

Dah parking, pergi lif untuk ke lobi semula. Dari lobi, kena ambil lif lain untuk ke bilik. Perlu kad akses untuk tekan level bilik. Bilik kami tingkat 20 dan hujung sekali. Bilik hujung dapat la view elok sikit, menghadap komtar, nampak la dinosour The Top. Seronok la Anas dok tengok. Pastu laut pun nampak. Dalam bilik kemudahan asas semua ada. Iron board, kettles, mini fridge, wardrobe, table, television, bath towel, face towel, toiletries, coffee, tea set, mineral water, table lamp, side table, hair dryer, sewing kit. Tv siaran tak clear sangat. Channel astro ada, Channel basic. Plug banyak dalam bilik. Mineral water ada 4 botol.



Dalam bilik air separate shower dan bath tub. Luas jugak bilik air compare dengan bilik air hotel lain yang pernah kami stay. Bilik air, bath tub, sinki bersih. Basic toileteries, bath gel, shampoo, conditioner, lotion, shaver, sikat, cotton buds, berus gigi, shower cap. Towel rasanya ada 7 helai dengan 4 saiz berbeza.

Dalam wardrobes ada iron board, iron, safety locker, hanger, laundry bag, slipper. Bathrobes kalau nak boleh request dekat housekeeping. Lantai half carpet, half kayu. Kiri kanan katil ada plug, table lamp. Saya suka, sebab saya dok baca novel.


Masuk je bilik, rehat jap. Anas Auni dah bising nak mandi pool. Kami tak larat nak pergi pool, suruh je la diorang mandi tub dulu. Lepas Solat, husband keluar pergi Mcd sebab anak-anak lapar. Masa saya nak solat, bentang sejadah, nampak botol air bawah katil. Saja la jenguk bawah katil, banyak lagi sampah dan habuk. Terus call housekeeping buat aduan. 


Lepas siap vacuum, kami makan, rest. Saya baca novel, Anas Auni kejap tengok fon, kejap main mainan. Tak plan nak keluar kemana pun. Nak pergi pool pun dah 6 petang. Siaran TV pun tak da yang menarik. Buka sekadar bagi berbunyi je la. Saya lak janji dengan Anas Auni nak tengok bunga api malam ni. Entah ada ke tak. Tak sempat 12 malam, husband dah tidur dulu. 11 lebih dah ada bunga api. Tepat jam 12 lagi la banyak bunga api. Kejap seberang, kejap depan hotel, kiri, kanan. Banyak sangat ada sampai Anas Auni tak kisah dah nak tengok. Habis tengok bunga api, siap2 nak tidur.



1/1/2021 - Jumaat

Sebelum Subuh dah bangun. Husband balik rumah, ambil laptop, charger fon tertinggal. Saya mandi, solat, bancuh nescafe dan baca novel. Baring-baring, tidur balik. Tengah hari bangun, suap Anas Auni makan nasi. Lepas makan bawa pergi tingkat 11, mandi pool. Ada pool dewasa dan kanak-kanak. Open air, agak sejuk sebab hari mendung cam nak hujan. Anas Auni masuk mandi kids pool, sejuk tak tahan naik. 


Lepastu pergi pool dewasa pun sama sejuk. Saya rendam kaki je. Then makin ramai keluarga datang. Masa awal kami datang ada 1 family je. Ramai-ramai tu dah penuh dekat kids pool. Saya pujuk Anas Auni ajak naik bilik, mandi tub je, ada air panas. Nasib la pujukan saya berhasil. Masuk bilik berendam la diorang dalam tub 2 jam. Sampai habis la novel saya baca. 


Seharian kami lepak je dalam bilik. Budak-budak ni tengok you tube, tiktok, main mainan, tengok luar. Channel TV tak menarik dan siaran tak clear. Malam order makanan delivery, saya buat kerja kat laptop. 1 pagi semua tidur.


2/1/2021 - Sabtu

Lepas Solat Subuh, saya kemas baju, barang, simpan dalam box. Sementara anak-anak tak bangun lagi. Kemas sampah-sampah, pack elok-elok dalam plastik. Tong sampah dalam bilik ni ada 2, kecik k=je saiz pastu takde plastik sampah dalam tongnya. Ada sisa makanan, takut meleleh, bau lak. Saya masuk dalam plastik. Bilik hotel ni tak kedap bunyi sangat. Kalau jiran bilik lain keluar, memang dengan borak, bunyi pintu hempas. Lepaps tu flush susah sikit nak tekan. Kena guna tenaga kuat. Saya pun agak susah nak tekan. Anas lagi la tak boleh. Paip air jenis spray yang splash kuat. Bath tub ok, ada pelapik kat lantai, so tak licin. Nak keluarkan air pun senang ada tempat nak pulas.


12 tengah hari kami check out. Smooth je, tak ramai. Staf minta parking kad. Saya tunjuk message FB kat staf di kaunter. Saya ada request di FB melalui PM untuk simple decoration sempena anniversary. Dapat Balasan yang saya perlu call ke hotel. Saya call dan buat request. Dari feedback yang diterima, staf tak janji tapi try buat the best dan akan inform manager. Keesokan harinya saya dapat message di FB yang pihak hotel tak boleh deco tapi akan ganti dengan 1 slice cake dan diminta booking ID saya.



Masa check in, tak de kek. Hari kedua pun tak de tapi ada la saya mesaage di FB tanya tentang kek, tapi takde balasan. Masa nak check out, saya tunjuk message pada staf di kaunter. Dia panggil manager dia. Manager minta saya tunggu untuk dia check. Dalam 10 minit manager datang bagi kek dan minta maaf. Katanya hotel full booking, diorang tak sempat. Saya ok je kalau tak bagi pun. Tapi diorang dah janji kan? 

Wednesday, February 26, 2020

Sepetang di Ladang Nira Nipah Napiah


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pernah dengar Ladang Nira Nipah Napiah? Saya tak pernah sehinggalah husband ajak ke sini minggu lepas. Katanya tempat viral, kawan dia dah pergi. Kalau viral kenapa saya tak tau? Mungkin saya dah jarang buka Facebook sekarang, asyik menghadap Instagram je.


Kami ke Ladang ni lepas solat Zohor. Santai-santai je husband drive. Dekat dengan Tanjung Dawai. Sampai sini, ada tempat parking yang muat untuk 10 kereta. Masa kami sampai ada kereta tengah keluar. Dapat la parking. Lepas parking nampak dah signboard nama Ladang ni. Bahagian kanan ada perahu dan buaian. Anas Auni minta nak bergambar di sini.

Menu
Lepas bergambar jalan masuk ke Ladang. Kita akan jumpa meja di bahagian kiri dan bahagian kanan ruang masak dan buat air. Kena order siap-siap di sini. Boleh pilih menu yang di gantung di belah  kanan. Tak banyak pilihan makanan. Pekerja suggest untuk cuba Megi Telur Sotong dan air Nira Nipah. Semua order serba satu je.


Lepas order, akan dapat kertas order yang di tulis nombor order dan boleh pilih tempat duduk. Kena lalu kawasan ladang, kiri kanan penuh pokok nipah. Meja disediakan di bawah pokok. Ada juga tempat makan nya di buat stail pondok / pangkin. Nak makan kena bersila. Kawasan redup, ada tasik buatan dan buaian dia bahagian sebelah sana tasik.


Dah jumpa tempat duduk yang sesuai kami berbual sambil dibuai angin. Sebelah kiri ada sawah padi. Anas Auni meneroka sekitar situ. Lepas 10 minit minuman tiba. Anas Auni suka air nira. Bagi saya agak manis.


Kemudian sampai megi, fries. Megi nya special dengan telur sotong je la. Anas Auni yang tak makan Meggi kari, pun jadi makan. Katanya sedap walaupun pedas. Habis makan kami gerak pulang. Singgah Tanjung Dawai beli ikan bilis. Perjalanan pulang baru nampak beberapa lagi kedai yang sama konsep macam ni.


Monday, November 11, 2019

Trip ke Melaka 2019 - My Birthday celebration - Day 4

26 Oktober 2019 - Sabtu


Semangat hari ni bangun awal pagi sebab nak berendam dalam bath tub sementara anak2 tak bangun. Kalau bangun semua nak join masuk sekali. Lepas solat Subuh kejut husband. 7.30 pagi turun breakfast. Simple je decoration cafe tapi nampak mewah. Menu pelbagai dan semuanya menyelerakan. Air panas ada teh tarik dan kopi. Saya makan makaroni cheese goreng, bread butter puding, buah, nasi lemak, bubur, salad, pelbagai jenis kuih, kek dan banyak lagi.


Lepas makan masuk bilik dan saya kemas barang. Anas Auni berendam bath tub. Kemudian siap2 untuk check out hotel. Cuaca hujan masa tu. Plan nak pergi port bergambar wajib kami. Hujan pun redah. Bawa siap2 plastik nak lapik duduk. Hari ni weekend dan esok Deepavali, orang sana sini penuh. Parking 4x pusing tak jumpa lagi. Kali ke5 baru ada tu pun nampak orang masuk kereta, tunggu sampai keluar.


Hujan makin lebat. Husband nak ke toilet, kami berteduh di kedai makan. Anas lapar so order la nasi ayam goreng berempahsementara tunggu husband cari public toilet. Sampaikan husband dah balik dari toilet makanan masih belum sampai. Hujan dah stop, cancel makanan dan pergi bergambar. Lepas bergambar masuk kereta dan cari kedai makan lain untuk Anas Auni.


Husband drive ikut maps. Jalan jammed start KL. Ikut route yang tak sesak tapi jarak agak jauh. Ikut selangor, Kuala Kubu Bharu, Sabak Bernam. Kami stop makan di KKB sekali isi minyak. Semua laluan bukan highways. Jauh tapi tak jammed. Di Taiping baru masuk highway balik. 9 malam sampai Parit Buntar. Husband tengok game bola team sekolahnya.


Habis game gerak balik, Anas Auni kata lapar. Masuk char kuew teow Sg Dua makan siap2. 12 malam gak la baru sampai rumah.

Monday, September 23, 2019

Jalan-Jalan Kelantan, Terengganu dan Cameron Highlands2019

Mee celup Morak

24/8/2019 - Sabtu

Kelantan + Terengganu

Minyak : RM80 + RM78
Hotel : RM119

Kami bertolak lepas Subuh , 7.45 pagi. Anas Auni masih tidur. Dalam perjalanan, beberapa kali kami stop untuk breakfast, ke tandas, mandikan Anas Auni. Kami selamat tiba di Kelantan jam 1 petang. Destinasi pertama kami adalah Pengkalan Kubor. Beli mainan dekat Anas Auni, coklat murah di sini, sama murah macam Langkawi dan selebihnya bergambar. Cuaca panas terik, saya beli aiskrim baba. Sedap. Kena try kalau pergi Pengkalan Kubor.

Street Art di Pengkalan Kubor

Lepas Pengkalan Kubor, saya ajak husband cuba mee celup Morak. Lepas makan terus ke Kolej untuk ambil barang-barang saya. Lepas selesai, kami stop solat dan terus ke Kuala Terengganu. Sampai di Terengganu, kami terus cari Hotel untuk bermalam. Kami stay di J Suites dengan harga RM119 semalam untuk King Bed. Deposit RM100.

Kami pernah stay kat sini sebelum ni. Masa lepas mandi perasan yang Air cond leaking, so kami request extra towel. Nak tukar bilik tak larat dah. Sekali tu je air cond leaking, pastu ok je.

25/8/2019 Ahad
Terengganu

Check out hotel dan terus drive ke Jeti Marang untuk ke Pulau Kapas. Cerita saya di Pulau Kapas saya buat di entri lain. Kalau nak baca ini ENTRI nya.

26/8/2019 Isnin
Terengganu & Pahang
Hotel RM160

Lepas turun bot dari Pulau Kapas kami teruskan perjalanan. Tak de plan pun nak ke mana. Mulanya ingat nak pusing² Terengganu dan bermalam lagi sehari di sini. Husband stop beli Domino's Pizza untuk Anas, beli otak² dan kuih kat gerai tepi jalan. Saya ajak husband pergi makan Keropok Lekor BTB. Nak try yang cheese. Sedap di makan masa panas je. Harga mahal gak. Nak beli yang vacuum bawa balik takut tak tahan.


Kami plan nak terus ke Cameron Highlands je. Perjalanan 6 jam. Masa dalam perjalanan ikut Maps untuk avoid jammed. Kami singgah Kenyir Elephant Village. Anas ajak masuk tapi tiket mahal. Rm40 untuk dewasa. RM5 kanak² umur 1-6 tahun. Kami bergambar je.

9 malam kami sampai di CH. Sampai je masing-masing cari toilet. Masa kat toilet, phone saya jatuh dalam air. Cari hotel untuk bermalam. Search hotel lain tapi book hotel lain. Kami pilih Haji Saudi Hotel. Harga semalm RM80 dan kami ambil 2 malam. Hotel ni baru. Tak perlu deposit. Masuk bilik rehat.

27/8/2019 Selasa

Cameron Highlands, Pahang
Minyak RM75



Bangun pagi ni cari bank dulu. Cash kat kami dah habis. Lepas tekan duit, makan di food court depan Maybank. Order roti telur + nasi lemak bungkus + bihun sup + nescafe panas + teh o panas. Then isi minyak pastu masuk ke Kampung Sedia. Ini pertama kali kami masuk sini. Sebab dah kenyang, so tak makan. Bergambar dan beli strawberi je. Anas Auni nak masuk petik buah tapi tak boleh sebab buah tak menjadi.


Kami ke Ladang Teh Sungai Palas. Setiap kali datang CH, saya suka bergambar di sini banding dengan Ladang Teh lain. Biasanya kami berjaya drive je atas. Tapi kali ni tak berjaya. Ada lak yang menjaga. Parking kereta kat bawah dan mendaki tangga ke atas kami 4 beranak.

Sampai atas enjoy the view dan bergambar. Then turun. Anas nak pergi Bee Farm. Masuk la dalam farm. Free je tapi tengok dari atas macam luas sangat dan berbukit jalannya. Kami dua2 tak larat. Bergambar je kat luar tu then balik hotel.

Malam kami makan steambot kedai deretan hotel. Kami je yang makan situ. Udang habis kami ambik masak. Menunya boleh makan. Standard makanan di kedai steamboat. Harga RM36 seorang. Lepas makan balik bilik tidur.

28/8/2019 Rabu


Pagi ni bangun, kemas barang dan check out. Tak de plan apa pun. Kami stop bergambar dekat mana2 tempat menarik yang kami jumpa. Stop breakfast kedai area kea farm. Singgah kea farm beli jagung dan teruskan perjalanan balik ke Penang. Singgah ladang teh cameron Valley je bergambar dan shoot terus balik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...