Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel ni saya beli dari 09/2019 tapi beberapa hari lagi nak menginjak ke 2021 baru saya mulakan pembacaan. 1.1.2021 saya berjaya tamatkan pembacaan. Macam biasa la, novel Acik Lana kategori 'susah nak letak' bila dah mulakan pembacaan.
Sinopsis
Hayla, diminta berkahwin seawal usia 19 tahun oleh neneknya dengan lelaki yang tidak dikenalinya. Beliau dilayan dengan baik sekali oleh bapa mertuanya, Haji Nordin tapi tidak dengan Zafran, suaminya. Dia umpama punching bag, dipukul, ditampar, disepak bila dirasakan salah oleh Zafran. Selama 5 tahun beliau menanggung derita. Tetapi dia sangat takut untuk meminta pertolongan hatta dengan pembantu rumah sekalipun. Selepas diugut bunuh oleh Zafran setelah terbongkar rahsia berkenaan Julia, Hayla nekad untuk melarikan diri dengan bantuan Kak Salmah, pembantu rumahnya. Kak Salmah meminta bantuan sepupunya, Cik Dan untuk menumpangkan Hayla di rumah majikannya. Dengan kebenaran tuan rumah, Hayla bersembunyi dari Zafran. Tuan rumah tersebut adalah Tuan Anaqi, seorang pembunuh upahan yang telah bersara setelah kemalangan terbunuh insan tidak berdosa. Anaqi terlalu perahsia. Dia tidak mahu ruangnya dicerobohi hatta oleh pembantu rumah. Dia tidak ppercaya pada sesiapa pun. Dia terlalu banyak musuh, sesiapa saja mencarinya untuk menamatkan nyawanya. Hayla telah bertemu dengan Anaqi 2 kali di sebuah cafe. Anaqi menyelamatkannya tetapi dia tidak tahu insan yang menyelamatkannya dalah tuan rumahnya. Zafran berjaya mengesan Hayla dan Anaqi menyuruh Hayla mengikut suaminya. Sekali lagi Hayla di dera. Dia melarikan diri ke rumah bapa mertuanya. Perangan sebenar Zafran dibongkar sehingga Zafran diarahkan bercerai dengan Hayla. Selepas bercerai, Hayla bersendirian, tiada tempat ingin dituju. Kerana rasa bersalah, Anaqi meminta Hayla bekerja semula dengannya sebagai tukang kebun. Adakah Hayla menerima kerja itu selepas dibiasakan dengan kemewahan? Bagaimanakan kehidupan Anaqi selepas rumah persembunyiannya dikesan?
Cerita ini menarik tetapi biasalah AL kalau novelnya complete dengan watak hero heroin cantik, handsome nak mati. Then kaya semewah alam. Jalan cerita menarik. Bukan tipikal kisah melayu kahwin paksa, fall in love. cuma genre thriller kurang ummph. Ending cam rushing. Macam kisah Anaqi habis camtu je. Pendapat saya je la.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)