Monday, February 1, 2021

Review novel : Tidak Pernah Sesal

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Novel ni dibeli second hand. Tak ingat beli kat group FB ataupun Shopee. Beli sebab penulisnya. Saya dah selesa dengan karya-karya beliau. So, rasa rugi lak kalau tak dapatkan koleksinya yahg lain. Cuma dah lama beki tapi baru sampai turn nak baca. Agak slow sedikit ceritanya.ada gak part yang meleret. Kalau tak include part meleret dan rak penting tu mungkin novel boleh lebih nipis dan cepat ke penamatnya. Hanaya sekadar pendapat.

Sinopsis

Syed Azeem mengikut aturan keluarga untuk berkahwin dengan gadis pilihan mereka. Pada hari pernikahan mereka, gadis tersebut, Sharifah Zalia melarikan diri dan berkahwin di Thailand dengan jejaka pilihannya. Berikutan itu, Azeem membawa diri ke Taiping, mengusahakan kilang perabot ayahnya. Lia Hana, yang dahulunya bekerja di KL, diminta keluarga untuk bekerja lebih dekat dengan keluarga kerana risau akan keselamatannya. Dia berpindah ke cawangan Taiping. Pertama kali berjumpa Lia Hana, Azeem terpaku kerana rupanya seiras dengan bekas tunangnya, Zalia. Sejak itu, Azeem cuba mendekati Hana. Beberapa keadian berlaku, hingga Hana terhutang budi pada Azeem dan mereka menjadi teman baik. Hubungan mereka diketahui Syed Awaludin, ayah Syed Azeem. Dia hanya mahukan anak-anaknya berkahwin dengan keturunan yang sedarjat dengan mereka. Pelbagai cara dilakikan untuk memisahkan mereka. Tambahan pula, emak Hana juga membantah dan meminta Hana berkahwin dengan Abang Naim, abangnya. Pelbagai rahsia terbongkar satu demi satu. Dapatkah mereka berkahwin atau Hana berkahwin dengan Nqim seperti diminta emaknya? 

Novel ni tebal. 2 minggu gak nak habiskan. Ok la, saya bagi 3/5




No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...