Monday, March 8, 2021

Review novel : Cinta Separuh Mati

 


Misi saya nak banyakkan membaca tahun 2021 ni tapi bila pegang satu novel yang fak boleh nak 'move on', lambatla nak capai target. Saya sangkut lebih 2 minggu dengan novel ni. Tak tahu lah kenapa tak leh nak teruskan pembacaan. Slow sangat kisahnya. Ending dah boleh agak. Mungkin saya terlalu tua untuk kisah camni. Maaf penulis. Penulis ni baru pertama kali saya baca kisahnya.


Sinopsis


Wardah dan Faisol berkawan rapat semasa di Melbourne. Wardah tamat pengajian setahun lewat dari Faisol. Dalam masa setahun pelbagai tragedi terjadi. Kepulangan Wardah dinanti oleh Faisol tapi tiada berita. Wardah menyepikan diri, dia melindungi Hazimah yang mengandung selepas dirogol Zamil. Nora juga menjadi punca Wardah mengelakkan diri dari Faisol. Mereka bertemu apabila pejabat mereka bekerjasama. Hubungan mereka kembali bertaut hingga bertunang tapi Nora masih tidak puas untuk memisahkan mereka. Berjayakan Nora? Dapatkah Anas mendapat tempat di dalam hubungan Wardah dan Faisol?



No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...