Thursday, March 4, 2021

Review filem : Space Sweeper


Hari cuti panjang CNY rasa nak tonton movie. Movie la mudah dan cepat. Kalau drama kena pilih betul-betul yang kena jiwa. Kalau tak buang masa nak habiskan tonton. Filem ni recommend dari page yang saya follow. Permulaan cerita agak slow dan banyak tak paham. 


Sinopsis

Filem ni mengisahkan tentang Tae Ho yang dulu Komandan kat angkasa. Dia diberhentikan kerja kerana tidak boleh lagi membunuh. Dari situ kehidupan dia mula bermasalah. Lebih teruk bila anak dia hilang di angkasa selepas letupan yang kuat dan berkemungkinan mati tapi die still mencari. Bertahun dia kumpul duit utk scan lokasi anak nya.

So one day dia dan team jumpa seorang budak perempuan yg dikhabarkan sebuah bom bergerak yg robot tetapi kebenarannya, budak tu adalah sumber kehidupan yang boleh memulihkan kehidupan.

At first mereka nak jual budak tu sebab masing-masing perlukan wang. Tapi lama kelamaan mereka syg dan berjuang utk selamat kan Dorothy or nama koreannya Kang Nim.


CGI mantap. Cuma agak serabut di permulaan. Tak paham kisah. Pertengahan ke ending just nice. Ada la juga beberapa persoalan pasal James Sullivan yang panjang sungguh nyawanya, then kenapa dia macam kena recharge power. Pastu ayah Dorothy tu sikit sangat kemunculannya. 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...