Monday, July 19, 2021

Review Drama Korea : Memories of the Alhambra



Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Drama ni saya tonton di Netflix. Tak de yang recommend tapi masa nak pilih drama saya masukkan genre Fantasy, ini antara drama yang keluar. Episod 1 tak berapa paham, scene di Spain, lari sana sini. Dah masuk second episode baru makin paham. 


Sinopsis


Se-joo call Jin-woo supaya datang berjumpa dengannya di Granada. Tak diberitahu apa sebabnya, just suruh Jin-woo baca email yang dia hantar. Lepas dia bagitahu benda tu, dia terus lari - macam lari dari something yang kita tengok macam takde apa-apa tengok belakang, then langgar orang beberapa kali sampai terjatuh, lepas tu baru tenang sikit bila da masuk dalam train ke Granada. Pagi-pagi sampai Granada, tiberr langit luar yang cerah tadi jadi gelap mendung dan guruh berdentum. Se-joo yang dah relaks jadi takut balik, dia bukak pintu bilik dalam train tu, then kena tembak. Erkkk! Tapi bila sampai stesyen Granada, tak ada pulak kesan tembakan pada tingkap keretapi yang sepatutnya ada dalam scene sebelumnya tu. Rupa-rupanya Jin-woo yang merupakan CEO syarikat pelaburan peranti optik tu mengeluarkan sejenis contact lens, yang bila uols pakai, akan membolehkan uols nampak visual game augmented reality. Se-Joo adalah pereka game tersebut. Jin Woo nak beli game tersebut tapi Se Joo tak muncul di lokasi yang dijanjikan. Nak elak dari pihak 1 lagi dapat game tu, Jin Woo beli hostel atas nama kakak Se Joo. Hidup Jin Woo jadi tunggang terbalik bila dia bunuh kawannya dalam game tapi realitinya kawannya mati tanpa kecederaan fizikal. Bermula dari situ, Jin Woo cuba satukan puzzle didalam game tu. 


Endingnya bagi saya tak best. Saya dah tonton drama W dari pengarah yang sama, dan drama ni juga lain dari yang lain. Tak rugi tonton. 



No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...