Monday, August 23, 2021

Review Novel : Viva Sakura



Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Novel ni saya beli di Shopee. Lepas saya jatuh cinta denga karya Anna Lee, saya cari semua novel karya beliau. Cari gak di group prelove. Tak de rezeki saya. Banyak dah ada buyer. Saja search kat shopee, eh ada lagi. Ada yang boleh nego harga. Ok, berbalik pada novel. Karya pertama beliau. Bagi saya sama je cam penulis lain. Mungkin masih mentah dalam dunia penulisan. Masih dengan tema cinta dan keluarga. Endingnya agak rushing bagi saya. Mungkin boleh diperkemaskan lagi.

Sinopsis

Sakura Alia belajar di Korea dengan tujuan nak mencari ibunya. Selepas 5 tahun, pencariannya masih gagal. Dia buat keputusan untuk mencari dan menyewa di Seoul. Semasa bekerja di kedai kasut, dia bergaduh dengan teman wanita Ryan Lee, anak usahawan yang terkenal di Seoul. Selepas itu berlaku beberapa kejadian antara dia dan Ryan. Ryan pula sasarkan Sakura sebagai penyebar email yang memburukkan reputasinya. Dia menyiasat berkenaan Sakura sehingga teman lelaki Sakura juga diambil bekerja dengannya demi membalas dendam.

Malas dah nak taip 🤣
Baca la sendiri. Ada je jual lagi kat shopee. 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...