SinopsisCle dan Ayra kembar seiras. Ayra melarikan diri ke Bandung tanpa pengetahuan keluarganya. Cle berusaha mencari tetapi pencariannya gagal. Sehinggalah Ayra ditemui kemalangan dan amnesia. Inspektor Ilham ditugaskan oleh keluarga Ayra untuk membawanya pulang tetapi Ayra masih mahu mencari ingatannya yang hilang. Dia ke semua tempat yang pernah dia pergi tetapi dia hanya nampk bayangan dirinya sendiri. Ferhad, tunangnya menyangkakan Ayra masih perlukan rawatan. Apabila Ayra diburu, Ilham terus membawa Ayra pulang ke Malaysia bertemu keluarganya. Malangnya berita kematian Cle mengejutkan Ayra. Naluri Ayra merasakan Cle masih hidup tetapi itu membutkan Ilham marah dan menjauhkan diri dari Ayra.
Monday, February 21, 2022
Review Novel : Persis
Monday, January 24, 2022
Review Novel - (DUA) ٢ - Ema DeeSyiaQis
Novel ini novel pertama saya baca di tahun 2022, dari Prolog Media saya beli di Shopee. Sebelum ni baca karya Anna Lee. Ni baru berjinak dengan penulis lain. Seperti AL juga, karya ni juga out of box. Tak cliche.
Sinopsis
Kisah Noura, seorang pelajar jurusan apa ntah kaji pasal bintang dengan galaksi ni. Zaman sekolah dia ada terima sebentuk cincin yang pelik dari seorang perempuan yang mati di pangkuannya. Dia ignore je cincin tu. Zaman belajar tu dia sarung cincin kat kalung lehernya. Since that, setiap kali tidur dia akan berada di tempat dimana Vesa Samuel berada. Vesa pun layan la borak-borak, ngopi dgn Noura. Mulanya dia ingat mimpi tapi day by day mimpi tu macam terus bersambung. Then barang yang Noura dapat dari mimpi akan ada ada dirinya masa terjaga dari tidur. Dia pun curious dan cari punca kejadian tu. Bila Noura beritahu Vesa. Vesa tak percaya. Vesa lak anggap Noura hantu sebab ada sekali tu pakcik Vesa tak nampak Noura tapi leh dengar suara Noura. Tapi cincin Vesa lak kena curi.
Best. Banyak ilmu baru dapat tentang angkasa, komet, meteor dan banyak lagi.
#readingchallenge #readingbooks #malaynovel #bookwork #hobimiza
Thursday, October 21, 2021
Review Novel : Terukir Cinta
SinopsisNadia Hussin, seorang kerani di syarikat biasa dengan gaji yang biasa. Dia bercinta dengan Imran, teman sekerjanya selama 5 tahun. Ibunya di kampung mendesak supaya Nadia cepat berkahwin tetapi Imran pula tak suka di desak dan dia masih belum capai targetnya untuk membeli rumah sebelum berkahwin. Kerana dicabar Imran, Nadia tarik tangan seorang lelaki di kedai mamak tu dan ajak bercinta. Mamat yang Nadia tarik tu dah la berjambang penuh. Rupa cam mat gian. Tertekan kerana sering didesak, Imran minta untuk berpisah. Mamat yang Nadia tarik tu lak, asyik mengekori Nadia. Siapakah mamat tu?
Monday, August 23, 2021
Review Novel : Viva Sakura
SinopsisSakura Alia belajar di Korea dengan tujuan nak mencari ibunya. Selepas 5 tahun, pencariannya masih gagal. Dia buat keputusan untuk mencari dan menyewa di Seoul. Semasa bekerja di kedai kasut, dia bergaduh dengan teman wanita Ryan Lee, anak usahawan yang terkenal di Seoul. Selepas itu berlaku beberapa kejadian antara dia dan Ryan. Ryan pula sasarkan Sakura sebagai penyebar email yang memburukkan reputasinya. Dia menyiasat berkenaan Sakura sehingga teman lelaki Sakura juga diambil bekerja dengannya demi membalas dendam.