Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Lama dah cari drama ni nak tonton tapi jumpa di viu je. Viu banyak iklan. Kena jadi premium baru takde iklan. Tapi baru ni dapat kod viu percuma selama 90 hari. Terus marathon tengok. Tengok sampai 3 pagi 18 episod ni. But worth it.
SinopsisPark Jung-Woo, seorang Pendakwaraya Seoul yang alami amnesia dan tetiba masuk jel sebab dituduh bunuh anak dengan isteri dia. Lebih merumitkan, Jung-Woo dah pun dijatuhkan hukuman mati dan dia langsung tak ingat yang dia benar-benar buat kesalahan tu ke tak. Setiap hari dia cuba untuk ingat semula. Nasib dia baik sebab dia dapat cellmate yang membantu. Bila dia dah kembali ingat, dia terpaksa pura-pura tak ingat sebab tak de siapa yang dia boleh percaya.Drama ni memang akan buat korang geram je memanjang, ditambah pulak dengan rasa tak sabar nak tahu kebenaran sebenar terungkap.Sebagai contoh best friend dia sendiri yang jatuhkan hukuman mati kat dia padahal best friend tu saksi utama la juga tapi sebab pangkat terus hapuskan bukti. Hakim yang berat sebelah dll.
Dalam penjara, pelbagai idea bijak untuk melepaskan diri, bagaimana terlepas dan terlibat dengan gengster2 dalam penjara dan rasuah tu perkara biasa. Dimana ada bukti tapi tak disabitkan kesalahan dan kematian tanpa bukti akibat wang ringgit dan kuasa.
Di dalam penjara lawyer ni ajar cellmate dia untuk dibebaskan hukuman. Dalam masa yang sama cellmate tu sebenarnya menculik anak dia.
Bagaimana lawyer ni dlm keadaan hilang ingatan cuba cantumkan clue2 dan perangkap penjahat dan bagaimana penjahat ni menyamar jadi banduan semata2 nak hapuskan lawyer ni.
Bagaimana dia terlepas dari penjara, kena tangkap balik dan terlepas balik. Kelakar pun banyak. Secukup rasa orang kata.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)