Monday, October 4, 2021

Review Novel : Puteri Karla

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Novel yang ke 17 saya baca untuk tahun 2021 dan yang terkhir untuk bulan September. Saya mengambil masa 4 hari untuk menghabisknnya. Kisah fantasi, purbakala. Ok la, sekali sekala berubah angin.

Sinopsis

Puteri Karla adalah puteri tunggal kerajaan Laikra. Disebabkan tanah Laikra semakin gersang, tumbuhan-tumbuhan semakin layu dna mati, ayahandanya ingin menjodohkannya Puteri Karla dengan Putera Mahkota kerajaan Hallas. Selepas berjumpa dengan wakil Hallas, Puteri Karla tidak setuju untuk berkahwin dna dia melarikan diri ke Hutan Laikra bersama Jenna dan Bogra. Putera Alex yang kecewa dengan kehilangan tunangnya turut keluar mencari. Di Hutan Laikra, Puteri Karla telah tahu kebenaran tentang kerajaan Laikra. Dia nekad untuk menghapus kan sumpahan itu. Di dalam hutan dia berjumpa Alex tetapi tidak tahu bahawa itu tunangannya. Dapatkah mereka bersama-sama tumpaskan Caisondra?

Novel ni sesuai untuk di baca oleh remaja. Bahasanya mudah dan banyak bahasa klasik. Sesuai dengan waktu kisahnya. 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...