Thursday, November 18, 2021

Review novel : Aku, Dia & Pinky Promise

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel hasil penulis Anna Lee tak pernah mengecewakan saya. Jalan ceritanya yang unik dan logik. 3 hari je saya ambil untuk habiskannya. Novel ni dah diadaptasikan ke drama. Semasa saya kenal dengan karya Anna Lee, novel ni dah out of stock. bulan September kot, penulis reprint novel dengan cover baru. Terus beli 😂

Sinopsis

Saleha ada impian iaitu nak kembali ke 16 tahun lalu dah nak ubah beberapa perkara. Dan impiannya jadi kenyataan. Semasa kembali ke tahun 1998, dia cuba merealisasikan beberapa impiannya. Tapi ada antara perkara yang dia alami tak seperti apa yang dia ingat. Adakah dia telah mengubah sejarah? Selepas terjadinya kemalangan dan dia sedar pad rahun kini. Tapi lebih teruk lagi, dia sedar ketika dirinya koma. Dia dapat mendengar dan merasa tapi tak dapat membalas. Selepas sedar dari koma, banyak benda baru yng terjadi. Rupanya dia hilang ingatan setahun yang terakhir. Hidup nya jadi kosong bila dia tidak tahu dia telah bertukar tempat kerjaya dengan kerjaya baru. Ray yang rapat dengannya tapi dia tidk kenal Ray itu siapa. Lebih teruk lagi, lagi sebulan dia akan berkahwin dengan Daniel sedangkan dia tidak rasa dia cintakan Daniel.

Lepas ni saya nak tonton drama ni pula.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...