Showing posts with label drama adaptasi. Show all posts
Showing posts with label drama adaptasi. Show all posts

Thursday, November 18, 2021

Review novel : Aku, Dia & Pinky Promise

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel hasil penulis Anna Lee tak pernah mengecewakan saya. Jalan ceritanya yang unik dan logik. 3 hari je saya ambil untuk habiskannya. Novel ni dah diadaptasikan ke drama. Semasa saya kenal dengan karya Anna Lee, novel ni dah out of stock. bulan September kot, penulis reprint novel dengan cover baru. Terus beli 😂

Sinopsis

Saleha ada impian iaitu nak kembali ke 16 tahun lalu dah nak ubah beberapa perkara. Dan impiannya jadi kenyataan. Semasa kembali ke tahun 1998, dia cuba merealisasikan beberapa impiannya. Tapi ada antara perkara yang dia alami tak seperti apa yang dia ingat. Adakah dia telah mengubah sejarah? Selepas terjadinya kemalangan dan dia sedar pad rahun kini. Tapi lebih teruk lagi, dia sedar ketika dirinya koma. Dia dapat mendengar dan merasa tapi tak dapat membalas. Selepas sedar dari koma, banyak benda baru yng terjadi. Rupanya dia hilang ingatan setahun yang terakhir. Hidup nya jadi kosong bila dia tidak tahu dia telah bertukar tempat kerjaya dengan kerjaya baru. Ray yang rapat dengannya tapi dia tidk kenal Ray itu siapa. Lebih teruk lagi, lagi sebulan dia akan berkahwin dengan Daniel sedangkan dia tidak rasa dia cintakan Daniel.

Lepas ni saya nak tonton drama ni pula.

Friday, June 5, 2020

Review Drama Korea : My Absolute Boyfriend



Drama ni mula tonton bulan 4 rasanya. Akhir bulan Mei baru habis. Di Viu 40 episod. Dah masuk bulan Mei dah tak. Leh tonton di Viu sebab drama ni kategori Premium. Akaun Premium saya tamat bulan Mei. Nak habis kan beberapa episod kena cari di saluran lain. 

Sinopsis 

Da Da merupakan seorang special effect makeup artist yang putus cinta hingga berjanji tidak akan jatuh cinta lagi selepas hubungannya yang dibina selama 7 tahun tiba-tiba saja kandas tanpa alasan yang masuk akal. Suatu hari, Da Da mendapat seorang robot yang diprogram untuk menjadi seorang teman lelaki yang sangat sempurna. Robot bernama Young Goo tersebut membuatkan bekas teman lelaki Da Da yang juga seorang pelakon itu cemburu.
 
Di sisi lain, Young Goo memang menjadi teman lelaki yang sempurna. Lantaran setiap hari mendapat limpahan kasih sayang dari Young Goo, tentunya Da Da sedikit demi sedikit mulai goyah. Da Da mulai jatuh cinta dengan Young Gu. Bagaimana pun pelbagai halangan menanti mereka dan orang sekeliling. Apatah lagi bila mereka menetahui identiti Young Goo. Bagaimana pengakhirannya hubungan mereka apabila Young Goo mulai rosak?

Ok la drama ni. Saya suka bila ada magik. Tapi tak de la. Magik mana pun. Robot bukan ada superpower. Tapi dah mula tengok, habiskan je la. 

Thursday, April 23, 2020

Review drama korea : Partner for justice 2


Cerita ni kesinambungan dari part 1 tapi kalau belum tengok part 1, boleh je paham part 2 ni. Lagi best kalau dah tengok, baru la paham apa kaitan setiap watak. Saya suka gambar ni. Tak de pun kisah cintan cintun. Setiap pelakon ada kekuatannya sendiri. Tak de nak overshadow memasing. Nilai persahabatan mereka kuat. Pwndapat peribadi saya, part 2 lebih menarik dari part 1. Habis je episod, nak tengok tengok dan tengok lagi. Cuma ending je cam geram. Tergantung. Dah la belum ada part 3. Tak sabar nak tunggu kejatuhan VIP.

Sinopsis
Doktor forensik Baek Beom mempunyai keraguan tentang kematian Oh Man-Sang. Baek Beom cuba untuk mendedahkan kebenaran sama ada Oh Man-Sang benar-benar mati atau tidak. Eun Sol masih bekerjasama dengan Baek Beom. Do Ji-Han adalah pendakwaraya yang akan bekerjasama dengan Baek Beom dan Eun Sol. Season kali ni Eun Sol dan Do bekerja dibawah ketua baru. Setiap episod ada kes kematian yang berbeza tetapi selepas bedah siasat ada hubungkait antara semua. Beberapa episod terakhir dah nampak siapa mastermind. Malangnya yang jahat berjaya melepaskan diri selepas menganiaya orang lain.

Saya recommend gambar ni. Banyak ilmu dapat. Tak la bosan dengan drama cintan cintun. Pelakon pun biasa2 je. Tak la handsome sangat.

Monday, August 5, 2019

Review Novel : Sweet Dreams


Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Novel ni pinjam dari kawan bilik depan. Lama dah plan nak beli tapi tak beli² pun. Plan nak cari yg preloved tapi bukan rezeki. Hajat nak beli dan baca sebelum drama keluar tv. Sekali nampak kat bilik kawan, terus mintak pinjam dan habiskan bacaan dalam masa 24jam. Saya suka cerita Acik Lana yang ni. Watak lelaki ada superpower. Lebih best dari My Juna. Nak banding dengan kisah dalam novel AL yang lain yang ni saya paling suka. Watak utama pun tak dak extra handsome dan cun macam karya yg lain².

Sinopsis
Qash Adam adalah pelukis terkenal dengan nama pena Q Adam. Dia seorang yang misteri, tidak mahu dikenali umum, tinggal bersendirian dan tidak bersosial. Urusan kerja diiruskan oleh Fieza, PA nya dengan Mr Lee, agennya. Dia kerap bermimipi tentang seorang wanita misteri yang tidak dia kenali. Qash mempunyai kebolehan melihat bencana yang akan menimpa orang yang rapat dengannya tetapi wanita itu bukan kenalannya. Berturut² dia mengalami mimpi dan dia harus keluar menyelamatkan wanita itu berdasarkan klu pada mimpinya. Puteri, seorang gadis clumsy sedari kecil. Otaknya seperti tidak sama dengan pergerakannya. Tiang sebesar alam pun boleh dilanggarnya. Jawatannya sebagai PA Tuan Fadzil di sebuah syarikat majalah tergugat dengan perangai clumsy nya. Semasa Putri tergesa-gesa untuk ke mesyuarat, dia terpelecok di kaki tangga dan Qash datang menyelamatkannya. Tanpa sempat ucapkan terima kasih Qash hilang. Putri menerima tugasan berat bagi menyelamatkan kerjayanya. Dia harus memujuk Q Adam menjadi front cover majalahnya. Dia berusaha menjejak Q Adam tetapi usahanya sia² bila mengetahui Q Adam adalah Qash, lelaki yang telah menyelamatkannya 3kali. Bagaimana kerjaya Putri? Adakah Qash tampil di khalayak ramai? Apakah rahsia Qash sehingga menyendiri? Siapa Kamal? Viral kisah gambar Putri yang kurang sopan? 

Panjang kalau nak cerita semua. Rasa macam nak taip semua plot. Tapi tak best la pulak kan. Beli la novel ni. Nak beli yang baru cari kat Shopee. Leh guna coin dan Shopback. 😊

Sunday, April 28, 2019

Review novel : Cinta Jangan Tipu


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Novel yang dibeli dengan harga RM2. Pilihan secara rawak. Saya pilih sebab penulisnya well known. Tips nak tau penulis dah banyak karya ialah bila nama penulis lebih besar dari tajuk novel. Ini karya ke9 nya. Tapi jujur cakap tak de karyanya yang melekat di minda saya. Sebab perlu pilih 12 novel, daya select novel berdasarkan saiz nama penulis di kulit buku. Untuk karya ini, bagi saya boleh di baca dan boleh dijual.

Sinopsis
Nurain dijodohkan dengan anak kenalan keluarganya tetapi dia menolak tanpa mengetahui siapakah calon jodohnya kerana tanggungjawabnya pada Abil. Ibu bapanya berang bila melihat Ain menyusu bayi semasa kunjungan mereka ke Sydney. Dia dibuang keluarga tanpa mereka tahu kisah sebenar. Ain memelihara anak kandung Nabila setelah Nabila menyelamatkan nyawanya ketika kemalangan. Pulan ke Malaysia dia bekerja di Syarikat Faris atas bantuan Fasha. Fasha yang merasakan dia punya hubungan rapat dengan Imran rupanya bertepuk sebelah tangan bila Imran lebih berminta mencari anak kandungnya dari mempunyai hubungan dengan Fasya. Bagi Imran, dia nekad nak mengahwini perempuan yang menjaga anaknya. Bila Imran mengetahui Ain adalah ibu angkat Abil dia cuba mendekati Ain tapi Ain mengelak. Mereka dipaksa kahwin oleh bapa Ain bila mereka ditangkap berduaan di dalam rumah dengan syarat untuk merahdiakan perkahwinan mereka dari keluarga Imran dan rakan-rakan mereka. Ain di uji bila dia dituduh menggelapkan wang syarikat. Imran pula di desak meneruskan amanat keluarganya. Aina memusuhi Ain.

Novel ini penuh konflik kekeluargaan, perdahabatan juga percintaan. Agak berat juga. Kalau baca stop² memang tak pa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...